Kisah 01 Januari 2022 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Kisah 01 Januari 2022

4 Januari 2022

Kisah 01 Januari 2022

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Kisah 01 Januari 2022. Sengajalah nak mencoret di blog kisah 01 Januari 2022 biar jadi kenangan di masa-masa akan datang. Mrs. A plan dengan Aryssa nak ke Mydin untuk grocery shopping pada Saturday 01 Januari 2022 tu. Entah macam mana Along pun memang bercadang nak ke Mydin untuk shopping jajan, stok untuk dibawa pulang ke hostel katanya. Sedang Mrs. A berborak dengan Along tu Mr. A pulak mencelah kalau macam tu lepas ibu dengan budak-budak shopping nanti kita lunch kat luarlah. Lunch tempat biasa katanya. [SINI]  yesszaaa.... lompat bintang Mrs. A cause tak payah memasak 😀😀😀

Kononnya nak gerak ke Mydin Senawang pukul 11.00 pagi selepas Aryssa habis seminar online. Inilah namanya janji melayu kot janji pukul 11.00 nak gerak tapi lebih kurang pukul 11.40 barulah gerak. Sebelum ke Mydin tu singgah dulu ke petshop Harmony Cat World Ent., Senawang untuk top-up stok cat food dan cat litter anak-anak bulus. Suka pergi petshop yang ni cause senang satu jalan nak ke Mydin.

Kisah 01 Januari 2022 - Grocery Shopping Mydin Senawang

01 Januari 2022
3 beradik sedang memilih barang

Selalu yang pergi grocery shopping Aryssa dan Mrs. A sahaja tapi pada 01 Januari 2022 tu 3 beradik bergabung. 
01 Januari 2022
Meriah troli ha😀😀😀

Sebelum ke Mydin tu Mrs. A dah plan baik punya nak guna kad Meriah Mydin yang baharu apply bulan lepas. Ialah sebelum-sebelum ni setiap kali nak bayar mesti cashier akan tanya ada kad meriah tak? Mampu geleng kepala ajelah takde huh! lerrr mahh! Unfortunately pada 01 Januari 2022 tu Mrs. A dah ada kad meriah boleh pulak cashier tu tak tanya 😞😞😞

01 Januari 2022
Punyalah panjang dan meriah bilnya tu malangnya takde rezeki nak kumpul point 

Mrs. A pun boleh pulak terlupa dah ada kad meriah, bila dah settled bayar baru teringat. So adik chasier tu pun panggillah supervisornya tu nak swipe kad tu tapi so call supervisor tu cakap tak boleh sudah cause dah bayar. Ha! lah hai! rugilah sis setengah k tu dik! depa hanya tersenyum kelat sahaja. Choi! ntah pape je hampeh! tul emo iols! muahhaaa.. tetiba jadi kad tak meriah sudah! [astaghfirrullahalazim takde rezeki la Mrs. A oii!]

Disebabkan kejadian itu Mrs. A terus cepat-cepat nak balik aje nak pergi makan sedap hilangkan perasaan geram gittewww... On the way nak balik tu Aryssa dah call babahnya siap-siap (babahnya kat luar jumpa kawan) cause sebelum tu babahnya pesan on the way balik dari Mydin calling-calling dulu nanti senang nak timing.

Just nice bila sampai rumah sorting barang ke dalam rumah pun belum habis lagi Mr. A dah muncul. Terus ajelah we all gerak ke Casa Lagenda Seremban 2. Okay jom layan gambar makan-makan. Tak payah reviewlah ya cause dah pernah review.

Kisah 01 Januari 2022 - Lunch di Casa Lagenda Seremban 2

01januari 2022
Alhamdulillah semua ada I'm so happy

01 Januari 2022
Yeay! pucuk keledek favorite ada kali nih!

01 Januari 2022
Alhamdulillah semua menu favorite masing-masing ada craving satisfied 😋😋😋.

Selepas lunch kali ini terus pulang rumah aje. Babah a.k.a Mr. A ada appointment lain pulak haish! busy nau-nau. Apa-apa pun we all tetap gembira terima kasih Allah atas rahmat kasih sayangMU.


9 ulasan:

  1. rindu pulak dekat Mydin Senawang tu, lama sungguh tak pergi hahaha

    BalasPadam
  2. new year lunch yg kelihatan semua menu sedap2. happy new year sis

    BalasPadam
  3. Meriah shopping sayangnya takde rezeki point nak meriah jugak

    BalasPadam
  4. Meriah betul barang. Haha saya nampak 2 bekas aiskrim. Ini betul-betul makan jajan.

    BalasPadam
  5. sodap lak nampak pucuk keledek tu Mrs A.. banyak na kodai nak masuk dalam list ni..

    BalasPadam
  6. kad tak meriahh tapi makan ramai2 tu yg meriah., sedap kangkung belacan ke tuuh., ;p

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©