Kuantan - day 2 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Kuantan - day 2

30 Disember 2021

Kuantan - day 2

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Kuantan - day 2. Lagi sehari dah nak masuk tahun baharu 2022 kisah holiday ke Kuantan Mrs. A belum jugak habis posting lagi adehhh! Okay hari ini nekad nak habiskan jugak menulis entry Kuantan day 2 ini ehcewahhh! sambung kisah dari [SINI]

Di pagi hari kedua tu we all breakfast di Taj Restaurant (Sri Dagangan Business Center). Walaupun ada complimentary breakfast untuk guest Kosma Business Hotel tapi ntah kenapa Mr. A kata nak makan kat tempat lain cause nak cari roti canai. Pusing-pusing cari makan tu ternampak kedai mamak terus singgah.

Kuantan - day 2.
Kuantan day 2
Haruslah wefie dulu sementara menunggu roti canai, roti telur dan roti sardin sampai πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡

Kebetulan pada masa ini hari Jumaat 05112021 office Mrs. A ada program bacaan Yasin online (google meet) alhamdulillah sempat jugak Mrs. A dan anak-anak join sekali. Itulah pulak bagusnya online ni hatta di Penang dan sedang bercuti pun boleh jugak join kalau naklah hahahaha.... [gigih ko Mrs. A hoi!]

Selepas breakfast terus balik hotel untuk check-out. Sementara itu Mr. A keluar sekejap jumpa kawan katanya. Begitu begini lebih kurang pukul 12.00 tengahari we all pun check-out dari Kosma Business Hotel. Destinasi seterusnya adalah ke Balok. Pada waktu ini hujan di sepanjang perjalanan dari Kuantan City ke Balok. Sejujurnya Mrs.A ketiduran. πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘ Bila terjaga Mr. A cakap dah sampai Balok. Saya pusing-pusing nak cari tempat makan ni katanya. Planning nak makan nasi campur, alhamdulillah terjumpa satu restoren ni kat pantai Balok bersebelahan kubur, bila tengok banyak pilihan lauk-lauk we all pun terus singgah makan tengahari kat situ. Hurm... ntah apa nama restoren tu tak ingat pulak cari-cari dalam MySejahtera tak jumpa pulok! Tiada pulak bergambar di restoren tersebut huhuhuu... cause masing-masing tak sabar nak habis makan nak bergambar di tepian pantai di belakang restoren.

Setelah Mrs. A dan anak-anak habis makan we all sepakat ke tepian pantai untuk bergambar. Mr. A masih di situ kerana sedang we all makan-makan tu ada pula kawan dia (team bola ex u16 Malaysia 89/90) serta keluarga join lunch di situ.

Kuantan - day 2.
Kuantan day 2
Encem boi dah kurus

Kuantan day 2
Tak tahulah apa motif posing camni 😁😁😁

Actually ada banyak gambar ngeh! ngeh! ngeh! dua ketul cukuplah ya untuk tatapan readers blog 😊. Tidak berapa lama selepas itu we all pun gerak untuk check in di [SINI]  Lepak-lepak sahaja di dalam bilik meluruskan badan dan menunaikan kewajipan. Sebelah petang dalam pukul 5.00 petang baharulah we all turun untuk meninjau kawasan 😝. Planning nak mandi swimming pool terus tapi tertangguh sementara menunggu giliran. Disebabkan harus mengikut SOP bila mana hanya 50% sahaja dibenarkan berada di kawasan swimming pool so kita kena booking dulu (tulis nama dalam buku log petugas). Adik dah beratur siap-siap rupanya dan dah bagi nama. Datang semula dalam satu jam kata abam la petugas inform adik kepada ibu dan kakaknya hiks!

Kekdahnya we all pun gerak ke pantai dahulu (ini pantai yang berlainan bukan yang di belakang restoren tu) sementara menunggu giliran nak mandi pool. Pantai ini terletak berhadapan dengan Timurbay Seafront Residence ("TSR"). Kepada guest TSR yang nak ke pantai kena ikut gate yang nak bukanya tu wajib ada access kad. Adehhh! time ni access kad ada pada Mr. A so terpaksalah we all buat muka tebal tumpang access kad sesapa yang nak ke pantai muahahhaaa... Meriah di tepian pantai ni ada aktiviti sewa ATV jugak.

Kuantan - day 2.
Kuantan day 2
Aryssa dan Adik sedang mandi laut Mrs. A tengok je sambil jaga selipar dengan HP πŸ˜„

Kuantan Day 2
✌πŸ’–

Kuantan day 2
Buai-buai buai ku laju 😜

Kuantan day 2
Aryssa

Kuantan day 2
Adik

Agak-agak dah sampai giliran we all untuk mandi pool so we all pun gerak semula ke swimming pool Timurbay Seafront Residence. Alhamdulillah timing just nice sampai-sampai aje nama dipanggil, siap depa check attire lagi tu sesuai ke tidak nak mandi pool. Okay sesuai lepaslah masuk pool. Ada beberapa jenis pool, dewasa, kanak-kanak dan jakuzi. Memang happening cause tak ramai manusia gittewww...

Kuantan Day 2
Pool dewasa yang luas

Kuantan day 2
Ini di jakuzi kalu tak silap namanya
 
Kuantan day 2
Nak tengok sunset kononnya

Kuantan Day 2
😍😍😍

Kuantan Day 2
Ha! tu dia kena kering baru dibenarkan ke lif

Disebabkan telah kedenganran azan maghrib makanya we all pun bergegaslah untuk naik ke bilik. Terpaksalah mengelap baju/seluar dengan towel, gigih dan bersungguh sampai takdak air menitik muahahhaaa.... Alhamdulilah dipermudahkan elok je dapat naik lif terus.

Malam tu Mrs. A dan anak-anak lepak bilik aje dinner pun Mr. A yang tapaukan. As for Mr. A pulak dalam pukul 10.00 macam tu depa ada perjumpaan di dewan kalau tak silap untuk penyerahan jersi katanya. Actually ada juga sesi bertukar-tukar hadiah dikalangan para isteri. Tapi disebabkan pada ketika itu Mrs. A belum masuk lagi dalam group WhatsApp Mommies Kebabooommm so Mrs. A tak joinlah. Mrs. A tahu pun esoknya tu ketika breakfast Zarin (wife abam Jamil bukan nama sebenar) tanya awat malam tadi tak join sekali. Sorry dear sis tak tahu Mr. A tak de cakap apa-apa pun. Kekdahnya terus Zarin add Mrs. A dalam grup Mommies Kebabooommm. Okay itu sahaja kisah Kuantan - day 2. Next Mrs. A sambung lagi Kuantan - day 3 pulak. InSyaAllah. Doakan Mrs. A rajinπŸ’ͺ





11 ulasan:

  1. SERONOKNYA BERLARIAN N MANDI MANDA DI TEFIAN PANTAI

    BalasPadam
  2. bestnya mandi kolam. kat sini bermandi hujan aje.

    BalasPadam
  3. hahahaha terus dan2 kena add dalam group mommiesssss eh :p

    BalasPadam
  4. Hehe Mr A tidak beritahu sebab tidak bawa hadiah juga agaknya.

    BalasPadam
  5. Selamat bercuti. Bagus dapat spend masa dengan famili.

    BalasPadam
  6. Wah seronoknya mandi pantai.

    BalasPadam
  7. lama tak turun kuantan. sesekali bercuti cmni ok gak kan.. setelah sekian lama berkurung

    BalasPadam
  8. bestnya..dapat mandi laut & berendam di swimming pool..denda RM100...byk jg tu..lebih baik lap sampai kering..

    BalasPadam
  9. Bestnya bercuti di Kuantan. Mandi laut dan mandi pool both pun best

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©