Stor Berpusat Di Nilai - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Stor Berpusat Di Nilai

14 Disember 2021

Stor Berpusat Di Nilai

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Stor Berpusat Di Nilai. Pada hari Khamis yang lalu 09122021 Mrs. A dan semua kakitangan yang terlibat dengan perihal dokumen departmen masing-masing telah diminta untuk pergi ke stor Nilai. Tujuannya adalah untuk sorting dokumen yang dah berterabur sewaktu dipindah oleh mover. Untuk rekod sebelum ini stor syarikat ada di beberapa tempat iaitu di Rasah, Lavender, Jalan Pasar dan Sg Terip.

Bagi tujuan penjimatan kos dan pengurusan stor yang lebih sistematik pengurusan tertinggi telah mengarahkan semua stor sediada ditamatkan sewanya dan berpindah ke Nilai to be exact ke bangunan Majlis Perbandaran Nilai (MPN). Menurut pengurusan tertinggi harga sewa di MPN jauh lebih murah berbanding dengan harga sewa stor-stor sediada sebelum ini. Kekdahnya pada hari tersebut berduyun-duyunlah we all ke stor berpusat di Nilai. Moh! layan gambar.

Stor Berpusat Di Nilai.

Stor
Bilik ini department Mrs. A yang punya tengok pun dah letih

Stor
Celaru sungguh luar kotak tulis lain bila buka department lain punya huhhuhu...

Stor
Dokumen dah bercampur-aduk kena keluarkan dari kotak

Stor
S dan M sedang sorting

Stor
Terpaksa sorting satu persatu nak hadamkan dokumen apa 😫😫😫

Stor
Gambar ni Mrs. A snap dari dalam keta sewaktu dalam perjalanan pulang 😎
1st time tahu kewujudan benda nih!😀😀😀

Stor Berpusat Di Nilai.

Pada hari Khamis 09122021 tersebut arrangement ke stor berpusat di Nilai telah diuruskan oleh Unit Pentadbiran (UP). Pada sebelah pagi telah disediakan breakfast dan pada tengahari pula turut disediakan lunch. Walaupun pada awalnya bos Mrs. A kurang setuju untuk department Mrs. A turut serta disebabkan tiada transport dan tiada mover untuk tolong mengangkat barang-barang di dalam kotak yang semua sedia maklum berat ya'amat. (kami semua gegirl jer...) Tetapi UP bertegas kena juga turut serta pada hari tersebut cause atas arahan Pengarah. Menurut UP Pengarah akan melawat stor berpusat di Nilai pada 16122021 dan beliau mahupun keadaan di stor tersusun dan semua dokumen telah ditagging dan dikenal pasti kepunyaan siapa.

Hasil perbincangan pic department Mrs. A kekdahnya department Mrs. A telah disediakan transport dan jaminan hanya tagging sahaja kerja angkat-mengangkat tidak perlu jika terpaksa pun boleh minta tolong abam-abam yang gagah perkasa dari deparment lain.

Bagi diri Mrs. A sendiri memang nak pergi ke stor untuk mencari dokumen-dokumen Mrs. A berkaitan Cosec. Dokumen Cosec yang telah dihantar ke stor dahulu kala adalah tanpa pengetahuan Mrs. A. Dokumen tersebut dihantar ke stor atas arahan bos dan officemate Mrs. A yang lain yang telah diarahkan sorting ke dalam kotak tetapi listing tiada pada Mrs. A. Dipendekkan cerita alhamdulillah akhirnya jumpa juga dokumen Cosec setelah Mrs. A buka beberapa kotak di stor pada hari kejadian. Kalau setakat tengok luar kotak aje memang sampai kiamat takkan berjumpa kerana realitinya di luar kotak tulis lain dan bila check di dalam kotak itulah dokumen yang Mrs. A cari gitttewww....

Dokumen-dokumen Cosec Mrs. A setelah sorting dan di masukkan semula kedalam kotak adalah sebanyak 3 kotak sahaja. Phewww!!! settle satu part. Next planning nak lupus pula kot. Tetapi dokumen-dokumen yang lain itu adalah dokumen department tetapi bukan Mrs. A yang punya walaupun begitu haruslah Mrs. A tolong juga apa yang patut. Dah tu ko ke stor dari pagi sampai ke petang haruslah ada progress yang baik.


6 ulasan:

  1. Aduh pening kalau fail tidak ikut label. Hehe akhirnya tersusun kan?

    BalasPadam
  2. kekdahnya macam pindah rumah jugalah sibuknya

    BalasPadam
  3. Maakkkaii bapak byk dokumen... Lagi haru bila luar nama lain dlm isi lain!!

    Klu kt opis kita ni, setiap dept kena htr semua dokumen yg lelama kat library utk letak kat arkib.. Mmg pening jugak la tgk drg buat sorting dl b4 pkp tu

    BalasPadam
  4. nasib ada kawan kak, kalau sorang-sorang seremmmm

    BalasPadam
  5. harap-harap shelf tu gagah berdiri..office lama ammi ada juga guna shelves camni utk stor. masa letak ok gagah...bila datang semula 3 bulan kemudian...melandut semuanya tak mampu nak tampung berat.

    masa beli kata boleh tampung berat 500kg chehhhhh

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah dapat jumpa semula dokumen yang diperlukan..
    Pening juga bila tagging luar kotak tak sama dengan isinya..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©