Jemput Along Cuti Semester - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Jemput Along Cuti Semester

28 Disember 2021

Jemput Along Cuti Semester

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Jemput Along Cuti Semester. Kisah hari Jumaat 24122021 lepas Mrs. A bercuti untuk jemput Along di IKTBN, Alor Gajah. Along cuti semester satu minggu sahaja. Walaupun planning awal IKTBN cuti semester adalah dua minggu. Tetapi entah macam mana Pengarahnya tukar fikiran satu minggu sahaja sudah memadai katanya.

Menurut Along Pengarah tak nak tempoh menunggu sebelum dibenarkan masuk belajar semula nanti jadi lama disebabkan tempoh kuarantin wajib satu minggu. Kekdahnya cuti seminggu bersama keluarga kemudian lagi seminggu itu diminta untuk menjalani tempoh kuarantin di asrama pula kira bercuti jugaklah cuma bezanya terkurung di asrama huhuhu....

Jemput Along Cuti Semester.

Along
Along dan rakan-rakan seperjuangan 💪💪💪

Oleh kerana pada masa yang sama adalah musim cuti sekolah kekdahnya Adik dan Aryssa pun sama-sama ikut sekali. Planning we all memang selepas ambil Along akan singgah kampung dan tidur semalam lalu. Jadinya pagi-pagi Jumaat lebih kurang pukul 9.00 pagi Mrs. A tiga beranak pun gerak dari rumah Seremban untuk ambil Along. 

Tapi planning sedikit bertukar disebabkan bonet dah penuh dengan barang-barang 3 beranak 😆😆😆 kekdahnya terpaksalah singgah kampung dulu turunkan barang-barang. Aryssa pun tak jadi ikut bila dah berjumpa dengan sepupu-sepapatnya (anak-anak Paklang & Maksu) kat rumah nenek. Mereka dah sampai kampung sehari sebelum tu. Setelah turunkan barang-barang Adik dan Mrs. A pun pergilah ambil Along. Time Mrs. A sampai di IKTBN haruslah singgah di pondok pengawal terlebih dahulu untuk ambil suhu dan scan MySejahtera setelah itu baharulah dibenarkan masuk ke blok asrama lelaki. Walaupun Mrs. A sampai lambat lebih kurang pukul 10.30 pagi tapi masih ramai lagi anak-anak yang menunggu ibu bapa masing-masing takdelah Along tu syahdu sangat happy-happy aje dia bersama kawan-kawanya. 😊😊😊

Alhamdulillah planning ambil Along dan singgah di kampung memang terbaik cause dapat berjumpa dengan adik-beradik Mrs. A yang lain iaitu Alang dan Adik Mrs. A serta keluarga masing-masing. Angah Mrs. A pun ada juga balik cuma dia tak tidurlah sampai tengahari balik malam. Friday and Saturday well spent.



10 ulasan:

  1. sonok sekali balik kg semua dapat berkumpul kan :) eh eh kg mrs A kat mana eh??
    Dari seremban ke Alor Gajah, singgah sebenatr di kg.... adalah kg mrs A di area tampin? rembau? hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kampung Mrs. A sempadan negeri Melaka pemisahnya adalah jambatan Lubok China.
      Kalau dari Rembau sebelum jambatan dikira Negeri Sembilan selepas jambatan negeri Melaka. Pekan lubok china masuk TV baru-baru nih! kerana banjir telah menenggelamkan balai polisnya eh! tiberrr...

      Padam
  2. sabar jelah musim pandemik. cuti 2 minggu cut jadi seminggu. Alhamdulillah dapat jugaklah bercuti

    BalasPadam
  3. Hehe itulah dilema banyak barang.
    Alhamdulillah seminggu pun jadilah daripada tiada.

    BalasPadam
  4. kekdahnya sambil menyelam minum api
    Ambil along dapat balik kampung

    BalasPadam
  5. Bila dapat berkumpul ramai-ramai inilah yang paling indah. Bahagianya lain macam.

    BalasPadam
  6. selamat bercuti along mesti hepi ramai yg jemput

    BalasPadam
  7. seronok ya ada anak yang masih remaja. sibuk kita lebih dari mereka.

    BalasPadam
  8. Nak tidur semalam je tapi beg sampai penuh but kereta ye Mrs A hehe...
    Selamat bercuti Along.

    BalasPadam
  9. seronok dpt berkumpul adik-beradik, sepupu..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©