Team Building a.k.a Bina Wadah - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Team Building a.k.a Bina Wadah

20 Januari 2023

Team Building a.k.a Bina Wadah

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Team Building a.k.a Bina Wadah. Kisah team building Mrs. A pada 14 dan 15 Disember yang lalu. Dah beberapa kali Mrs. A berjaya mengelak untuk pergi team building anjuran office ini. Tapi akhirnya tewas ngeh! ngeh! ngeh! lagipun kena pergi jugak untuk tahun 2022 ini bagi mencukupkan training hours ataupun kpi gittewww... Team building ini juga dikenali dengan nama Program Bina Wadah oleh syarikat. 

Kumpulan pertama Program Bina Wadah bermula pada bulan September 2022 yang lalu dan seterusnyalah setiap minggu ada program yang disertai oleh kakitangan dari kesemua pejabat, HQ, daerah dan juga loji-loji syarikat. Sampailah giliran Mrs. A dah kumpulan 8 tempatnya di DRB Hicom Port Dickson. Syarikat Perunding/ penceramah yang dilantik adalah Bina Wadah dan juga Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan a.k.a KAYNS.

Oleh kerana syarikat mahu berjimat cermat (#yolahtu) kekdahnya kakitangan dibenarkan car pool kenderaan sendiri ataupun menggunakan kenderaan syarikat ha! pepandailah kau arrange cari kenderaan syarikat yang available untuk diguna. Mereka yang guna kenderaan sendiri dibenarkan claim mileage dengan syarat mesti car pool. Sewaktu batch pertama dahulu memang ada disediakan bas itu yang syarikat kata mahal sewa bas berbanding kenderaan sendiri. Kekdahnya batch kedua dan seterusnya tiada bas disediakan lagi huhuhuu... Okay jom Mrs. A sambung cerita bergambar 😊

Team Building a.k.a Bina Wadah
Team Building
One for the memory

Team Building
Gang car pool kenderaan akak baju purple😍

Team building
Yeay! berjaya merebut katil bawah sebab sampai awal ngeh! ngeh! ngeh!

Team Building
Gambar candid! 😝 yang sampai awal boleh sarapan dulu yeszaaa...

Team Building
Rembau dan HQ bertemu di sini gitttewww... #gangnetball

Walaupun dalam tentative program hari pertama dijadualkan pukul 9.00 pagi tetapi ramai juga yang tak sempat sampai pada masa yang ditetapkan al-maklumlah ada dari daerah Jempol, Jelebu mereka semua tu jauh-jauh belaka. Sis okay je faham tu eh! hahahaa... Lebih kurang pukul 10.00 pagi cenggitu barulah semua peserta sampai. 

Alhamdulillah semua selamat sampai kurang lebih 47 orang hadir. Paling ramai setakat ini dan paling happening kata fasilitator. 😝 Setelah selesai sesi ice-breaking. Semua diminta berdiri di depan stage kemudian acara nyanyi-nyanyian uols! Adeh!!! lama betul dah tinggalkan aktiviti nyanyi beramai ni muahhaaaa...

Team Building
Kemahen! semua bernyanyi riang πŸ˜‚

Team Building
Setelah beberapa kali mendapat kumpulan lain akhirnya inilah kumpulan Mrs. A sehingga ke akhir program. Kumpulan Bunga Kertas nama diberi

Team Building
8 orang dari HQ 2 orang dari daerah. Aktiviti sebelah pagi dalam dewan sahaja

Team Building
Sebelah petang sebelum aktiviti luar bergambar bersama logo kumpulan Bunga Kertas
Aktivit luar explorace cari klu dan selesaikan soalan yang diberi.

Team Building
Gigih ha! masing-masing mencari klu untuk kumpulan masing-masing

Team Building
Dah jumpa klu  kena menjawab daa....

Team Building
Dah settle semua check point masuk semula ke dewan untuk tentukan jawapan dan markah setiap kumpulan

Team Building
Sementara tunggu waktu isyak kita selfie-selpot 😍

Team Building
Persembahan tarian Din Din Badindin oleh Kumpulan Bunga Kertas 

Team Building
Selain itu kumpulan bunga kertas sepakat pilih Mrs.A jadi juri persembahan

Team Building
Susah rupanya jadi juri bila komen mudah lupa diri muahhaaahhaaa... #macampro

Aktiviti sebelah malam tu setiap kumpulan kena buat persembahan kebudayaan. Setiap kumpulan kena pilih satu persembahan tak kisahlah tarian, nyanyian, lakonan, puisi dan lain-lain asalkan berkaitan dengan kebudayaan. Ada 5 kumpulan kesemuanya. Ketika kumpulan lain buat persembahan juri-juri dari kumpulan lawan yang bagi markah ikut kategori markah yang telah di tentukan oleh penganjur iaitu 30% untuk persembahan, 30% untuk penglibatan kumpulan, 30% isi dan 10% markah bonus.

Esoknya tu sambung lagi aktiviti. Sebelah pagi selepas sarapan aktiviti senamrobik. Selebihnya tu sehinggalah program berakhir aktiviti di dalam dewan sahaja.

Team Building
Ketika aktiviti meletop belon pihak lawan 2 orang dari kumpulan bunga kertas berjaya mempertahankan belon mereka.

Team Building
Adeh!! ini aktiviti paling susah cita-cita kerjaya 5 tahun akan datang 

Team Building
Dapat souvenir 😍

Team Building
Akhir sekali sebagai acara penutup haruslah bergambar beramai-ramai

Alhamdulillah tamat akhirnya sesi team building 2 hari sahaja. Alhamdulillah hari pertama paling seronok tapi ntah kenapa hari kedua tu macam tak best sangat huhuhuuu...


8 ulasan:

  1. Kalau budak-budak seronok buat aktiviti begini.

    BalasPadam
  2. meriah sesangat ni! semua sporting belakaπŸ‘opis lama mmg rajin buat program mcm ni. skrg jd sejarah je laa

    BalasPadam
  3. seronok beraktiviti ramai2 wah MRSA jadi juri hebat tu

    BalasPadam
  4. Terasa macam jadi remaja balik tak akak bila join program macam ni? Hehe

    BalasPadam
  5. Seronok. Saya pernah join team building tahun 2017 dulu. Program kami sehari semalam je. pendek sangat.. rasa tak puas

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah turn LZ pun sudah berlalu.. Kalau tidak bagai igauan ngeri bermain-main di minda.. Bila dah lalui rasa cepat sangat masa berlalu..

    BalasPadam
  7. dah lama x gi event mcm ni...part persembahan tu yg selalu nak ngelak....haha..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©