Latihan Industri Dah Tamat Along Kembali Ke IKTBN - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Latihan Industri Dah Tamat Along Kembali Ke IKTBN

13 Januari 2023

Latihan Industri Dah Tamat Along Kembali Ke IKTBN

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Latihan Industri Dah Tamat Along Kembali Ke IKTBN. Pejam celik, pejam celik dah tamat 6 bulan Along menjalani latihan industrinya. Last weekend hantar Along ke IKTBN, Alor Gajah untuk sambung belajar semula bagi semester akhir. Semoga Along baik-baik sahaja dan rajin menuntut ilmu kerana Allah.

Jika hendak menghantar Along ni perasaan tu chill dan santai aje berbeza dengan Aryssa yang nun jauh di Penang lotih banyak benda kena fikir huhuhuu... Sebelum hantar Along masuk hostel tu we all singgah kampung dulu makan tengahari di sana. Along yang arrange dengan nenek dia hehehee... we all follow aje.

Latihan Industri Dah Tamat Along Kembali Ke IKTBN.

Along kembali ke IKTBN
Adik tak ikut nak settle homework katanya

Ingat barang-barang perempuan aje banyak. Barang-barang Along ni boleh tahan jugak banyaknya. Ntah! apalah masalah dia tak nak guna beg besar. Haruslah kena bebel dengan Mrs. A guna beg sedang-sedang tu yang sampai tiga empat beg adoiii! rimas Mrs. A tengok. 

Along cakap untuk semester akhir ni hostel lelaki sedang di ubahsuai so mereka ditempatkan buat sementara waktu di bangunan akademik jadinya tak dapatlah sebilik 6 orang. Ini betul-betul macam hostel sekolah satu dorm beramai-ramai.

Along kembali ke IKTBN
Keadaan dorm Along

Along kembali ke IKTBN
Lepak cafe selepas solat Isyak 

Esoknya tu tak nampak pun apa-apa status WhatsApp Along. Bila Mrs.A whatsApp tanya macam mana dia pun forward gambar kat atas tu baru balik solat isyak katanya. Cakap okay tapi muka macam tak happy je. Okay je jawab dia. Tulah dah 6 bulan seronok bebas kat rumah balik hostel semula tu yang lemau kot ngeh! ngeh! ngeh! Takpelah Along minggu depan dah boleh balik rumahkan. Cuti empat hari sempena CNY. 



9 ulasan:

  1. Saya dapat menyelami home sick dia hehe

    BalasPadam
  2. Ntah! apalah masalah dia tak nak guna beg besar 😁😁😁

    sm mcm opah sy. bg beg besar supaya sng kite nk angkat, tp beg kecik jg dia suka. kalau 1-2 beg ok lg. ni smpi 5-6 beg. mmg kena bebel je laa dgn mak cik sy😁

    BalasPadam
  3. 6 bln dok rumah, mmg heaven la kn.. Bila kena blk hostel balik.. Nk kena cari mood btul2 tu hehe.. Semoga along berjaya smp ke akhirnya

    BalasPadam
  4. kyra pun tiap kali balik asram sampai 3-4 bag kecik...dah kenapa tak masuk je semua dalam 1 bag.

    dorm abang dah boleh main galah panjang kat dalam tu..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah selamat belajar n sukses along

    BalasPadam
  6. Ooo... dia latihan industri dulu, lepas tu, masuk sem. akhir ye. Selamat belajar pada along.

    BalasPadam
  7. selamat kembali ke kolej, semoga sukses!

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©