Pengalaman Hadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Sembilan_Pt Final - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Pengalaman Hadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Sembilan_Pt Final

13 Mac 2017

Pengalaman Hadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Sembilan_Pt Final

As Salam and greetings to dear readers.

Pengalaman Hadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Sembilan_Pt Final. Okay ini sambungan dari entry sebelum ini, nak tahu baca SINI

Oleh kerana masih awal lagi, maka tetamu-tetamu dijemput untuk breakfast terlebih dahulu di khemah yang telah disediakan. Kena jalan sikit untuk ke khemah breakfast tu. Food yang ada adalah nasi lemak dengan sambal sotong dan sambal biasa sahaja. Kemudian ada kuih karipap dan buah-buah anggur dan tembikai. Tak snap photo la pulok!!! ish..ish..ish... 

Walaupun dah breakfast tapi masih ada masa lagi...sebelum semua diminta masuk ke Balairong Seri. We both pun bersantai-santailah dulu di kawasan luar istana sambil selfie-selpot. Actually bukan we both aje, ramai aje orang yang selfie-selpot jugak muahhahaaa....

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran bintang dan pingat negeri sembilan
Gambar istana yang sempat Mrs. A snap
Istiadat pengurniaan darjah kebesaran bintang dan pingat negeri sembilan
Adoiii... cahayalah kat sini
Tak lama kemudian lebih kurang dalam pukul 9.15 pagi macam tu para jemputan sudah boleh masuk ke dalam Balairong Seri dan mengambil tempat masing-masing. Tempat duduk pengiring dan tempat duduk penerima tak sama pun. Tempat duduk pengiring khas untuk pengiring sahaja itupun ikut jugak jenis pengiringnya iaitu samada pengiring PJK, PMC, DBNS, DBS dan lain-lain lagi.

Walaupun dalam No 14 Adab dan Tertib di Balairong Seri telah tercatat larangan itu, namun manusia mudah lupa ataupun jugak sengaja buat-buat lupa huhuhuuu....

Pandai-pandailah snap tu ya jangan sampai kena tegur dengan petugas-petugas istana yang berbaju hitam, berdestar dan berselempang bagai tu malu oiii... dah tua-tua bangka kena sound tepek.

Negeri Sembilan
Mrs. A duduk di seat C-120 kecik aje nampak Tuanku Muhriz dan Permaisuri Aishah Rohani tu.
 Tapi kalau nak besar boleh jer..tengok  kat screen TV yang disediakan. 
Antara aturcara istiadat tu adalah setelah para jemputan semua mengambil tempat duduk masing-masing. Tidak lama kemudian YAB MBNS dan isteri pula masuk ke Balairong Seri.

Lebih kurang 15 minit kemudian diikuti pula dengan YTM Tunku Besar Tampin dan isteri, YTM Undang Yang Empat dan YM Tok Puan - Tok Puan masuk ke Balairong Seri.

Kemudian barulah DYMM Yang di-Pertuan Besar NS dan DYMM Tunku Ampuan Besar diiringi oleh YAM Putera Yang Empat berangkat masuk ke Balairong Seri. Time ini para jemputan diminta berdiri dan menghadap ke arah baginda sambil semua menjunjung duli. Kemudain sebelum duduk lagu Kebesaran Negeri Sembilan dilagukan.

Selepas DYMM dan isteri duduk di singgahsana, hah! part ni memang macam dalam drama melayu uols istiadatnya. Iaitu Orang Empat Istana (gelarannya) dengan pakaian adat-istiadatnya tu tampil mengadap DYMM memohon titah supaya istiadat dimulakan kena duduk bersimpuh dengan ayat-ayat lebih kurang macam inilah "exactly" Mrs. A tak ingat "Ampun tuanku mohon diampun, patik memohon kebenaran istiadat ini dimulakan".

Kemudian Mrs. A nampak DYMM angguk sambil kata dipersilakan kot tak dengarlah sebab jauh sangat. [huh! meremang bulu roma iols time tu]. Sejurus selepas itu bacaan Doa oleh YB Sohibus Samahah Mufti Kerajaan NS.

Then barulah emcee take over dan umumkan nama-nama penerima. dimulakan dengan penerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (D.B.N.S) yang membawa gelaran Dato'. Time ni (kali ke empat 2017)  hanya lima orang sahaja penerimanya.

Kemudian giliran penerima bintang DNS seramai 10 orang dan diikuti penerima pingat ANS seramai 25 orang kemudian DYMM dan isteri berehat dalam 10 minit sewaktu sesi penganugerahan berlangsung.

Para penerima dan jemputan hanya dibenarkan keluar setelah YTM Undang Yang Empat dan YTM Tunku Besar Tampin diiring ke bilik persenangan. Masuk semula ke Balairong Seri setelah waktu rehat hampir tamat. Di larang sama sekali pulang atau keluar dari kawasan istana.

Kemudian sambung lagi untuk lain-lain pingat iaitu PMC dan PJK. Lebih kurang pukul 12 tengahari barulah semua anugerah selesai diberikan. Istiadat penutup di Balairong Seri sama jugak macam, istiadat pembukaan tadi di mana Orang Empat Istana perlu memohon titah DYMM terlebih dahulu. Setelah mendapat titah kebenaran barulah selesai. Sebelum berangkat ke Dewan Bankuet kita nyanyi lagi lagu Kebesaran Negeri Sembilan.

Kemudian jom bersantap, di Dewan Bankuet. Haaip!!! jangan santap dulu tunggu DYMM serta isteri dan VVIP masuk mengambil tempat dulu. Kemudian lepas nyanyi lagu kebesaran dan mufti membaca doa barulah kita makan.

Negeri Sembilan
Duduk ikut no meja yang telah di berikan sewaktu registration pagi tadi
Negeri Sembilan

Negeri Sembilan

Okay jom layan gambar-gambar yang sempat Mrs. A snap sewaktu di Dewan Bankuet dan jugak di Balairong Seri selepas selesai acara santapan.

Negeri Sembilan

Negeri Sembilan

Negeri Sembilan
Sambil santap sambil didendangkan dengan live band
Negeri Sembilan
Dessert ini sedap sangat ntah apa ke nama dia. Santan, pulut  sagu dan nangka
Negeri Sembilan
Di mana-mana sahaja pasti ada cogan ini.
Negeri Sembilan
Kat syiling pun ada jugak cogan tu. Hiasan syiling pun cantik dengan lampu jurai-jurai tu
Negeri Sembilan
Sesi bergambar di Balairong Seri

Negeri Sembilan
Adoii... ramainya nak tunggu turn guna khidmat photographer
Negeri Sembilan

Negeri Sembilan

Negeri Sembilan
We both snap sendiri-sendiri jer bersama kawan-kawan yang sama tak mau tunggu yang berdedai-dedai tu
Negeri Sembilan
Cogan yang berada di mana-mana sahaja disetiap sudut dan barang-barang istana itu nama dia Changgai Puteri iaitu lambang kebesaran kerabat di raja Negeri Sembilan Darul Khusus
Hurm... takde pulak Mrs. A snap gambar hidangan makanan tengahari di Dewan Bankuet itu. Tapi yang pasti semua food yang dihidangkan sedap-sedap belaka dari nasinya hinggalah ke dessert memang kelas santapan istana gitew. Alhamdulillah.

Okay! tamat kisah Pengalaman Hadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Negeri Sembilan_Pt Final. Pengalaman manis yang sukar dilupakan.

14 ulasan:

  1. TAHNIAH HUBBY MRSA SELAMAT TERIMA ANUGERAH DI ISTANA DLM MAJLIS PENUH GILANG GEMILANG BERUNTUNG SUNGGUH...KAK XBERPELUANG LAGI MASUKI ISTANA YG GAH SGT TU..DUK MIMPI SAJA HEH..HEH..

    BalasPadam
  2. Tahniah kepada Mr. A dan puan is3.

    BalasPadam
  3. pergh.. pengalaman best nihh..

    BalasPadam
  4. Pengalaman yang bermakna ni berada di majlis2 istana. Apapun tahniah saye ucapkan^^

    BalasPadam
  5. salam kenai~ folo kat 288 na (^___^)

    BalasPadam
  6. overall, berapa lama ya sis majlis ni berlangsung? ye laa kan... byk protokol kan...

    wahhh pastu dpt mkn sedap2...blk mesti manyakkkk senyum kann ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laju jer... Anies kat Balairong Seri tu dalam pukul 12.00pm dah settle. Pastu gi bersantap overall dalam pukul 2.00pm tamat.

      Kemudian dah santap tu kalau nak bergambar di Balairong Seri dibolehkan time ni dah takde protokol dah hiks!

      Padam
  7. Tahniah buat Mr. A dan Mrs. A! Syoknya dapat pergi event macamni hehe.
    Negeri sembilan memang negeri yg penuh istiadat kan?

    BalasPadam
  8. Awak ni lama lama saya tengok ada iras arwah Ary Malik lah MA...
    Uhhh...mmg nampak sangat dessert dirajanya tu... Tu pulut ke biji sagu tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha... betullah tu sagu mata ikan. Apa kes ntah pi tulis pulut.

      Padam
  9. Thniah kak ! 😍

    Bestnya dapat pengalaman cam ni 👑

    BalasPadam
  10. Salam, wahhh untungnya dapat tgk majlis2 istiadat mcm ni, kat istana pulak tu...mmg banyaklah protokolnye ye..hihi.. sy tgk dessert tu pun nmpk terliur jugak sedap!

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©