As Salam and greetings to dear readers.
Kejohanan Pencak Silat anjuran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bahagian Negeri Sembilan (PSSGMNS). Kejohanan Pencak Silat ini telah berlangsung selama 3 hari bermula dari hari Jumaat 10 Mac 2017 hinggalah Ahad 12 Mac 2017.
Tidak berapa lama dulu Mrs. A pernah share kisah Adik masuk pertandingan silat anjuran pertubuhan silat Mega Cemandee untuk selection ke pertandingan inilah, ceritanya di
SINI. Walaupun time itu Adik tidak terpilih tetapi ntah bagaimana disaat-saat akhir namanya tersenarai la pulok! Alhamdulillah.
|
Kejohanan Pencak Silat anjuran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bahagian Negeri Sembilan |
Actually Mrs. A confused mana satu istilah yang tepat Pencak Silat ataupun Silat Olahraga. Dari apa yang Mrs. A faham melalui pembacaan adalah, silat olahraga itu adalah salah satu cabang dari Pencak Silat. Haish!! tak kisahlah nak panggil apa pun silat olahraga ke, pencak silat ke, pencak silat olahraga ke, yang penting kau bersilat dengan cara yang betul mengikut undang-undang.
Oleh kerana Adik dan cousinnya Imran tiada perlawanan pada hari pertama tu kekdahnya Saturday morning barulah we all datang ke IPG Kampus Pendidikan Teknik, Nilai tempat Kejohanan Pencak Silat berlangsung.
|
Pagi-pagi sampai haruslah dengar briefing dulu ya anak-anak |
Pagi-pagi hari sewaktu nak ke IPG Kampus Pendidikan Teknik, Nilai tu telah berlaku sedikit drama. Ini semua gara-gara Mr. A tulah tak baca betul-betul WhatsApp arahan jalan ke sana sebagaimana yang telah ditunjuk ajar oleh mereka-mereka yang telah sampai ke sana pada hari Jumaat tu.
Katanya lebih mudah ikut Gadong Jaya, We all pun ikutlah Gadong Jaya dan terus aje mencari Bandar Enstek sepertimana yang ditunjukkan oleh pakcik Waze. Pusing-pusing keliling tak jumpa-jumpa. Sekolah Bandar Enstek adalah pastu tanya orang yang tengah jogging. haish poyo!! lak hai orang tu siap berlari pusingkan kereta we all kononnya tak nak stop berlari pastu jawapan macam hampeh! sorry saya pun tak tahu sebab saya ni hantar anak main ragbi je kat sini. choii!!! sabar yolah.
Kemudian jumpa pulak Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat tanyalah kat pak guard tu... Adoi apalah malang tak tahu cakaplah tak tahu tunjuk sana, sini, situ last sekali cakap saya orang Kelantan bang. Ko rasa!!!
Dipendekkan cerita sewaktu singgah di Petronas Bandar Enstek tu untuk isi minyak mujur berjumpa dengan orang yang tahu. Katanya dah terlajak jauh kalau cakap Bandar Enstek memang sini bang tapi tempat tu kalau ikut kita-kita ni, kita panggil Labu nun kat LBJ sana. Demi mendengar aje LBJ terus berdesup Mr. A dah boleh agak tempat tu kat mana. Alhamdulillah akhirnya selamat sampai ke tempat yang dituju. Di kawasan berdekatan ini jugak senang kata jalan yang sama terletaknya Kolej Tunku Khursiah (TKC) yang baru dan jugak Institut Aminuddin Baki (IAB) bila dah terjebak ke sini barulah Mrs. A tahu.
Okay biarlah gambar berbicara.
|
Suasana di dalam Dewan Serbaguna yang dijadikan gelanggang ada tiga kesemuanya Gelanggang A, B dan C |
|
Adik dan cousinnya Imran |
|
Imran (sudut merah) ready to fight |
|
Hari ketiga sebelah petang berkumpul untuk acara penyampaian hadiah |
|
Piala pusingan dan medal emas, perak dan gangsa |
|
Ini dah otw balik Mama belanja McD kat Getaway katanya |
|
Adik menang hadiah disampaikan oleh Pak Abu |
|
Kasi chances la Mrs. A pun nak enter frame jugak. Ini hari kedua on Saturday. |
|
Di sekolah on Monday tu diadakan pula penyampaian sijil untuk mereka yang terlibat |
Actually hari penyampaian hadiah tu Mrs. A tak dapat datang pun. Mr. A pun hantar aje mujurlah ada Kaklong (biras Mrs. A) so kita tumpangkan anak-anak balik ikut Kaklonglah ya....
Alhamdulillah semua anak-anak dan guru-guru selamat tiada yang cedera dari team Mega Cemandee. Walaupun ada kecederaan dalam pertandingan silat tu tapi adatlah sikit-sikit ajepun takdelah sampai cedera parah. Lagipun doktor dan jururawat ada disediakan. Sebelum masuk pertandingan inipun peserta telah diminta untuk buat medical check-up terlebih dahulu.
Kejohanan Pencak Silat anjuran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bahagian Negeri Sembilan ini adalah terbuka kepada semua sekolah-sekolah dan pertubuhan silat di Negeri Sembilan. Tapi ada jugak Mrs. A nampak penyertaan daripada Uitm Alor Gajah. Mungkin sempadan agaknya kot.
Kejohanan yang ini adalah lebih teratur bebanding dengan Kejohanan Silat Terbuka Rembau dahulu. Cerita baca
SINI.
Tahniah Mrs. A ucapkan kepada anak-anak yang terlibat dan tak lupa juga berbanyak-banyak terima kasih diucapkan kepada guru-guru silat serta guru-guru SKKGV. Tahniah juga buat semua guru-guru terbabit.
Okay! itu sahaja kisah Kejohanan Pencak Silat. Akhir kata majulah sukan silat untuk negara.
Tahniah buat adik Mrs A. Boleh wakil negeri dan negara akan dtg. InsyaAllah
BalasPadamTahniah kerana terpilih..Bakat persilatan boleh diasah lg tu
BalasPadamEh samalah kita.. Tapi adik saya ikut taekwando. apapun tahniah buat adik mrs. A :D
BalasPadamTahniah buat adik ^_^
BalasPadamingatkan mrs A yg bersilat tadi... hehe
BalasPadamtahniah anakaanda mrs a
BalasPadamdah lama tak tgk kejohanan silat ni..dulu masa uni rajin ler gi usha2
BalasPadamwahhh tahniah buat adik mrs A...hebatttt!!!
BalasPadamtahniah buat adik Mrs A. wahhh, kecik2 dah aktif bersilat �� majulah sukan untuk negara, yeahhh
BalasPadamCayalah Adik, aunty proud of you..
BalasPadamMrs. A teruskan beri sokongan padu untuk Adik lebih aktif dalam seni silat..
bestnyaaa lama tak bersilat.. mesti dh lupa step2. dh habis study la katakan.. huhu
BalasPadamadik mesti terer ni