Tahniah! KSR SAINS Juara #ligapialapresidenPBNS2019 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Tahniah! KSR SAINS Juara #ligapialapresidenPBNS2019

28 November 2019

Tahniah! KSR SAINS Juara #ligapialapresidenPBNS2019

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

Tahniah! KSR SAINS Juara #ligapialapresidenPBNS2019. Malam tadi 27112019 Mrs. A telah berkesempatan menyaksikan perlawanan akhir Liga Piala Presiden PBNS di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi ("STAR"). Perlawanan akhir tersebut adalah di antara KSR SAINS vs Wan Mei FC. Okay sebelum tu nak bagitahu jugaklah KSR tu singkatan untuk apa walaupun dah banyak kali rasanya Mrs. A bagitahu kat entry-entry sebelum nih! K = Kelab, S = Sosial dan R = Rekreasi dan SAINS pulak Syarikat A ehh! lu pikir la sendiri ngeh! ngeh! ngeh!

Sebelah pagi di office ada sorang officemate tu tanya, "kak ko pergi tak games malam ni?" dengan confidentnya Mrs. A jawab "Apsal pulak malam ni 27 Sabtu la..." Oiii!!! ko mabuk ke kak 27 malam ni la" hahahhaaaa.... sambil tu Mrs. A tengok tarikh kat phone eh! iya lorr... Petang time balik kerja bila Mrs. A cakap kat Mr. A malam ni kita pergi tengok bola nak? Haish! tak sangka jawapan dia okay. Dalam hati riang tak terkata.

Tahniah! KSR SAINS Juara #ligapialapresidenPBNS2019
KSR SAINS juara liga piala presiden PBNS 2019
Bertiga sahaja Along dan Adik tak ikut
Mujurlah final Liga Piala Presiden ni, perlawanan KSR SAINS vs Wan Mei FC diadakan pada sebelah malam so dapatlah Mrs. A tengok. Kalau perlawanan sebelum ini contoh macam semi final KSR SAINS vs MPS, PBNS buat sebelah petang hari bekerja so tak "dapeklah den nak nolong". Perlawanan selalunya akan start pukul 4.30 petang. Mrs. A habis kerja pulak pukul 5.15 petang kelentang-kelentung by the time nak sampai kat padang tu silap-silap games pun dah habis muahahhaaaa... #alasansangat

Berbalik kepada perlawanan malam tadi perlawanan dijadualkan bermula pukul 8.45 malam tapi tulah Mrs. A bertiga sampai sedikit lewat perlawanan dah mula pun time we all sampai tu. Kalau tak silap dah mula dalam 15 minit, time tu kedudukan masih kosong-kosong. Tak lama kemudian KSR SAINS berjaya menjaringkan gol 1-0. Biasalah berdasarkan pengalaman yang Mrs. A tonton bila dah dapat gol mulalah leka so pihak lawan pun ambil kesempatan menjaringkan gol jugak so separuh masa pertama kedudukan seri 1 sama. Separuh masa pertama tu Mrs. A duduk sekali dengan supporter Wan Mei FC. Ini semua Mr. A punya pasallah orang dah kata pergi sebelah kiri grandstand haish! dia nak jugak ke sebelah kanan. Tapi bila separuh masa kedua we all dah pindah dah!

Tahniah! KSR SAINS Juara #ligapialapresidenPBNS2019
Duduk dengan ex-officemate yang dah kerja gomen tu tapi masih support KSR SAINS hiks!
Sedehhh!!! tak dapat bola ada signature YTM Syed Razman (Tunku Besar Tampin) merangkap Presiden PBNS. [poyo la ko Mrs. A hoiii!] Nak dekat breaks separuh masa pertama tu ternampak jugaklah Setiausaha PBNS bawak beberapa biji bola untuk ditandatangani oleh YTM Presiden ingatkan ada orang minta signature tapi rupanya bola-bola itu tujuannya untuk diberikan kepada penyokong/ penonton yang hadir. Banyak jugaklah dalam 10 biji bola kot lepas dah tandatangan bola tu YTM Presiden pun lontarkan bola-bola tu satu per satu ke arah penonton. Ada jugaklah 2 kali dia baling kat area tempat Mrs. A duduk tapi tulah kalau setakat duduk hulurkan tangan memanglah tak dapatkan, depa tu siap berdiri-diri sambil terlompat- lompat bagai haruslah dapat. Lagipun Mr. A siap jeling buat muka annoying muahahhaaaa... tu yang Mrs. A tak koserrrr! nak beria-ria.

Pada perlawanan separuh masa kedua lama jugak kedudukan satu sama tu. Penyokong masing-masing pun dah resah, risau pulak kalau tambah masa. ["adehh! lotih la esok acik kojo ha!"]. Alhamdulillah setelah berhempas pulas akhirnya KSR SAINS berjaya menjaringkan satu lagi gol. Gegak gempita STAR dengan Ultras KSR SAINS punya gendang, tambah pulak dengan jeritan-jeritan penyokong KSR SAINS we all lettew... memang meriah betul. Tengok Pengarah SAINS dan management  kat bawah pun sama excited habis. Lebih kurang 15 minit terakhir tu haish! macam-macam pulak players kat padang tu dua orang kena kat kuning, sana tergolek sini tergolek hahahaa... last sekali ada sorang player tu dapat red card ha amik ko keluar padang terus. Hurm... main bola je pun rilexslah bro ehh! tiber. Dipendekkan cerita Liga Piala Pusingan tahun ini adalah milik KSR SAINS. Bravo-bravo tahniah team KSR SAINS Mrs. A tumpang bangga.

Tahniah! KSR SAINS Juara #ligapialapresidenPBNS2019
Tahniah! KSR SAINS Juara #ligapialapresidenPBNS2019
Tu dia piala pusingan Liga Piala Presiden PBNS tahun 2019 milik KSR SAINS tahun 2018 milik Penjara FC
Tahniah! KSR SAINS Juara #ligapialapresidenPBNS2019
Management, Official dan player bergambar bersama-sama. Juara dapat RM15k dan juga piala pusingan
Keputusan penuh KSR SAINS (2) - Wan Mei FC (1). Tahniah! KSR SAINS Juara #ligapialapresidenPBNS2019. Get ready for play-off Liga M3 pula ya...





13 ulasan:

  1. Rajin jugak pi tengok noo.. Saya pon dah lama tak main bola. rindu nak tgok bola jugak

    BalasPadam
  2. tak pernah tengok bola live...penyokong yg meriah, ada gendang lagi...

    BalasPadam
  3. Lain macam rasa bila tengok bola live kat stadium, meriah!..
    Last LZ pi stadium tengok bola beberapa puluh tahun lalu di Shah Alam..

    BalasPadam
  4. TAHNIAH YG MENANG HEPI SANGAT NAMPAKNYA

    BalasPadam
  5. tahniah, paling best hadiahnya lumayan jugak tu kak... mesti meriah tengok di stadium

    BalasPadam
  6. Tahniah team KSR Sains. 2-1 kocik bonar tapi monang takpo :)

    BalasPadam
  7. Mrs A ni memanb sports lover kan :)

    BalasPadam
  8. wahhhh tahniah! lumayan tuuuu hadiahnya!

    BalasPadam
  9. taniah buat team yang menang.. mesti feel dia lain macam kan bila tengok live macam nie..

    BalasPadam
  10. Tengok sports live kat stadium memang seronok.
    Tahniah KSR SAINS.

    BalasPadam
  11. Thanks for taking the time to discuss this, I really feel strongly about it and love learning extra on this topic. The latest Tweets from Celebrity birthdays with 22 million users visit our website each month.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©