Wordless Wednesday #55 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Wordless Wednesday #55

28 Oktober 2015

Wordless Wednesday #55

Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yang sama dan diedarkan oleh BNM.
Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi terpisah di bank dan beredar di masyarakat.
Bagaimanapun empat bulan kemudian mereka bertemu semula 
 secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda.
Maka mereka pun berbual: Wang RM100 bertanya kepada RM1; 
"Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"
RM1 menjawab; "Kerana sebaik sahaja aku keluar dari BNM, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."
Lalu RM1 bertanya balik kepada RM100; "Kenapa kau begitu baru, rapi dan masih bersih?"
RM100 menjawab; "Kerana sebaik sahaja aku keluar dari BNM, terus disambut oleh perempuan cantik dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks beli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga  dan jarang keluar dari dompet."
Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"
RM100 menjawab; "Belum pernah".
RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, ditangan anak-anak yatim-piatu dan fakir miskin bahkan aku bersyukur kepada Allah.
Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat.
Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

Moral of the story: Hidup kita janganlah sombong dan ego dengan kedudukan dan pangkat, kerana adakalanya sesuatu yang kita hina itu adalah lebih baik dan bermanfaat kepada masyarakat.

Share from WhatsApp Group


7 ulasan:

  1. wah terbaik .. byk makna tersirat di situ

    BalasPadam
  2. panjang wordless nyer ya ;-)

    kalau x silap sy penah dgr tazkirah psl cerita ni 3 thn lps

    BalasPadam
  3. Benar. Pangkat dan kuasa bukan alasan untuk menyombongkan diri dan menindas orang lain.

    BalasPadam
  4. terasa logiknya dan saya selalu perhatikan duit note seratus memang sentiasa elok berbanding note RM1 yang lusuh..koyak pun ada dan dibuang begitu sahaja.

    BalasPadam
  5. sgt betul :(
    penuh hikmah entry ni...

    BalasPadam
  6. maksud yang mendalam bagi org yang memahaminya

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©