Express Quick Laundry - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Express Quick Laundry

29 Oktober 2015

Express Quick Laundry

Last weekend Mrs. A terpaksa mencari alternative untuk membasuh pakaian yang agak banyak. Ini semua gara-gara washing machine yang telah membuat perangai. Tak tahulah apa yang dah Aryssa godek-godekkan washing machine tu sampai rosak. Washing machine tu bukanlah totallly rosak, spin dry masih berfungsi tapi sensor tidak mampu mengesan water level yang telah kita pilih. Bila Mrs. A masukkan air sehingga dah melimpah keluar pun washing machine tu buat donno aje tak start wash pun.

Sewaktu memula tahu washing machine jadi cenggitu memang Mrs. A hangin sampai tahap tendang washing machine tu muuaahhhaaaa.... Cer bayangkan time tu balik kerja pastu dengan terrr....rajin plan nak basuh baju bawalah sebakul baju masukkan dalam washing machine dah letak Dynamo plus letak pulak Downy Unstopables yang pink tu sesambil tu prepare nak memasak. Pastu confuse nape washing machine ni tak start-start lagiks air dah melimpah Downy mak pun dah berenang-renang keluar huuwaaaaaa....huuuwaaaa .. waaaaa... kenapa dengan washing machine ni!!!??? Pastu tanya kids memasing kata tak tahu, pastu Along kata last tadi Aryssa yang guna. Aryssa pulak jawab tadi dia guna ok jerrr... Pastu siap called babah tanya kenapa mesin ni rosak, stressed jadiknya, garang habis [drama sangat manalah dia tahu kansss..??] argue punya argue laaa.. ingat masalah besar sangat boleh dia kata cenggitu. Pastu last sekali Mrs. A cakap malas nak masak dah! awak beli jer... muuahhhaaaaa full stop. 

Friday petang lepas balik kerja Mrs. A tengok bebaju kids semua dah siap basuh dan dah kering. Dalam hati, aiks! washing machine dah elok kerrr??? Takkan babah basuh tangan kot, banyak tu bebaju tu semua.

Kekdahnya basuh di Express Quick Laundry daa....

Gambar kiri atas machine 28 kg (ada satu jer). Gambar kanan atas machine 14 kg (ada banyak tapi tak kira berapa).
Gambar bawah sekali tempat untuk letakkan sabun

Accidentally babah telah menjumpai self service laundry ini sewaktu dia on the way nak pergi solat Jumaat. Laundry ni terletak di Ampangan, dekat aje dengan area rumah we all. Actually we all memang tak tahu sejak bila laundry ini telah wujud. Rasanya dulu takde. Lagipun babah biasa hantar laundry kat tempat lain tapi bukanlah yang self service cenggini.

Tolong jangan ketawakan Mrs. A, ini memang pertama kali Mrs. A menggunakan self service laundry ini, kesian tak tahu guna sabar ajelah terima tunjuk ajar dari babah tu. Action si babah tu mementang dia dah tahu cara-cara penggunaannya. Tapi di machine itu pun ada cara-cara penggunaanya. Tapi itulah kalau ada tukang ajar kita lebih confidentkan.

Kalau tak buat-buat tahu aje ikut arahan tu. Memula masukkan kain baju, kedua masukkan sabun kat sebelah atas machine tu [tapi kalau tak nak letak pun ok jer.. sebab sabun automatik ada] tapi Mrs. A letak gak dynamo sendiri. Ketiga choose temperature nak hot, warm or cold. Bila time Mrs. A basuh toto tu ai choose hot [biar hama-hama sumer mati]. Keempat part paling penting masukkan coin 6 hengget. Ini kalau tak masuk memang tak gerak la machine ko.. tu ya..... ngeh!ngeh!ngeh! Last sekali press start button. Kemudian tunggu.....!!! selepas 25 minit siap.

Ini machine yang 14 kg RM6.00 untuk satu basuhan

Vending machine untuk tukar coin. Coin baru sahaja

Kemudian ada jugak dryer. Ini kalau kita dah basuh pastu malas nak jemur masukkan jer kat dryer ni kering terus. Bayaran untuk dryer ni pulak 4 hengget.

Dryer ada 4 machine. Kita boleh choose nak dry tahap mana regular, medium or hot.

Sewaktu Mrs. A sampai itu takde orang pun ada pun seorang aje. Dalam hati lorrr... takde orang ke tak laku laundry ni. Haish! tak laku ko! kata Mrs. A oooiii...??? Silap besar ya setengah jam kemudian berdedai yang datang. Fully utilies semua washing machine tu. Lagi satu yang buat Mrs. A rasa heaven kat sini disediakan Wifi percuma. Memang best sesangatkan sambil laundry sambil mentenet.

Untuk puaskan hati sendiri ertikata lain busybody bila wujudnya laundry ni Mrs. A telah menggoogle map tempat ni. Hasilnya memang sewaktu Google membuat map kat sini at that time memang belum wujud lagi Express Quick Laundry 24hour Self Selvice ni tak caya tengok ni.


Image yang Mrs. A amik dari google

Time tu yang wujud adalah Dobi Ummi. No wonderlah Mrs. A tak tahu. Pendapat Mrs. A laundry self service ini memang sesuai untuk orang-orang yang sibuk. Patutlah kawan Mrs. A yang duduk di Selangor tu suka jer... pi basuh baju kat laundry self service memang mudah dan kurang memenatkan.

Tapi tak semuanya positif adat membasuh guna washing machine bukan semua kita boleh basuh guna machine ya...idak?? Coz ada pakaian kita perlu basuh guna tangan jugak kalau tak kotoran tak hilang contoh macam bebaju sekolah kids tu memang tak lah kannnn..... Lagi satu kalau selalu-selalu guna laundry ni rasanya pakaian akan mudah reput al-maklumlah dia punya putar tu laju bangat sih!!

Moral of the story: Jangan kumpul kain baju seminggu baru nak basuh, basuhlah kain baju setiap hari dan jugak jangan terlalu bergantung harap sangat dengan washing machine. ngeh! ngeh! ngeh!


8 ulasan:

  1. laundry self tu utk orang yang sibuk dan malas jugak., hakhak2

    BalasPadam
  2. at least penah jg buat sy nk kalu suruh mmg haram x tau hehehe

    BalasPadam
  3. time2 musim hujan kena guna juga...

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #19 dan blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2015/10/senarai-url-blog-19.html

    BalasPadam
  4. Kalau datang malas ai, ai bawak pergi kedai untuk keringkan baju je.. basuh je dekat rumah.. bawak balik tinggal nak lipat je.. rajin dengan tak je.. hehehe..

    BalasPadam
  5. kat area umah suki pun ada self service laundry tp tak pernah try lg hihi

    BalasPadam
  6. Nampak juga pusat dobi macam gini. Memang ramai pelanggannya... Macam2 bangsa ade.
    Tapi khuatir le... sebab bangsa asing pun guna gak... huhu

    BalasPadam
  7. kat ampangan?
    sure depan tu hah aje. aida pun baru perasan.
    umah mak mertua aida kat blok c ni, mrs.A.
    nak ke giant mesti lalu depan laundry tu.
    baru kot lagi laundry tu :)

    BalasPadam
  8. Salam sukses dari kami
    untuk anda yang membutuhkan mesin pengering,
    setrika uap, konversi, dan perlengkapan laundry lainnya silahkan
    menghubungi kami di web www.bospengering.com atau langsung telpon kami
    ke 081221673020; pin bb 59F141F2, Line : Bospengering, Facebook : Bos
    Pengering

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©