I Hate Both of You

May 04, 2015

Lebih kurang seminggu yang lalu time balik dari sekolah Aryssa telah membawa pulang  si Koko dan Lilo. Ambil dan hantar kids sekolah adalah tugas babah.

Koko

Lilo
That is why Mrs. A memang tak tahu menahu coz depa (kids & babah) telah berpakat untuk tumpangkan 2 ekor cat tu di Jiboi. Kata Aryssa kawan dia minta tolong jagakan iaitu untuk 2 hari Saturday dan Sunday.

Tapi setelah Mrs. A soal siasat Koko dan Lilo tu mereka pakat-pakat bela kat sekolah di surau katanya.

Bila tahu cerita sebenar begitu sekali touching pulak Mrs. A. Opah dan atuk dah tak larat lagi nak membela kucing. Kekdahnya Mrs. A layankan jugalah permintaan kids nak bela si Koko dan Lilo tu. Tapi dengan syarat kalau betul nak bela kena bela sama-sama berak kencing dan sangkar dia kena bersihkan sendiri. Sanggup ke tidak? Aryssa, Along dan Adik semua kata sanggup. Otw balik dari Jiboi singgah kat petshop dulu beli sangkar dan whiskas si Koko dan Lilo.

Rumah baru

Sampai rumah Babahnya buat muka selamba aje sure dia dah jangkalah tu Mrs. A mesti mengalah punya. Dah agak dah sure awak kalah kata dia sambil buat funny face. Hurm... sabar yolah!

Tetapi bukan semua isi rumah suka akan kehadiran Koko & Lilo. Tak percaya? Ha! Si dia ni memang tak suka 2 ekor toddler tu muaaahaahaaa...

hemhemerrmmm!!!! Ketepi-ketepi...!!!

Bila Koko dan Lilo ada dia akan buat bunyi menderam 'ekerhemhemerrrmmmm..' bunyi yang biasa cat buat bila time nak gaduh ha! cenggitu la lebih kurang bunyinya. Kitiki memarah dan menakut-nakutkan 2 ekor kecik tu... si kecik tu konon-kononya nak ajak bergurau memang taklahkan kena marah  lagi adalah.


Nampak tak Abang kawasan tu. Nyah!! dari sini kata dia

Agaknya Kitiki jeles lettew! coz dia mesti  ingat nanti we all tak sayang dia lagi. Bila 2 ekor tu ada kat dalam rumah Kitiki akan angkat kaki blah...huhuhu cat pun tahu jeles uols.

Harap-harap setelah beberapa lama lagi nanti Kitiki boleh terimalah kehadiran 2 ekor tu dan berkongsi kasih hiks. Kitiki dont worry ya.. coz we all tetap sayangkan anda seperti selalu. Kasihanlah kat 2 ekor tu kecik lagi tak pandai nak berdikari lagiks. Tu yang Mrs. A buat keputusan nak bela 2 ekor tu.


You Might Also Like

4 comments

  1. comelnya Lilo dan comelnya Koko :-)

    ReplyDelete
  2. biasa ahli baru sementara nak kenal kenal dia buat sombong dulu..

    ReplyDelete
  3. part ni paling best.. 'ekerhemhemerrrmmmm..' ekekeke.. tgh cuba cemana nak pronounce bunyi die ni. hihiks

    ReplyDelete
  4. kitiki pun ada perasan...mesti dia rasa tersisih kan :-)

    ReplyDelete

Top Commenters

Shout Me