'Keperluan' atau 'Kehendak' ? - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: 'Keperluan' atau 'Kehendak' ?

20 Mei 2015

'Keperluan' atau 'Kehendak' ?

Amboi! lamanyalah hai Mrs. A tak up-date blog. Walaupun setiap hari Mrs. A singgah di blog kesayangan ini tapi tidak berkesempatan untuk up-date story. Today terasa nak share kisah keperluan atau kehendak ni? Rasanya readers semua maklumkan maksud keperluan atau kehendak ni. 

Pada pendapat Mrs. A keperluan atau kehendak ini akan bertukar mengikut situasi seseorang itu. Contoh kenderaan untuk pergi kerja kalau cuaca elok boleh jer.. pergi naik motorsikal tapi kalau hujan kenalah naik keretakan..kan..kan nampak tak kat situ bila hujan kereta yang tadinya kehendak tu dah bertukar menjadi keperluan pulak. Faham tak? Ha! tak faham?? Tak faham buat-buat ajelah faham.

Okay! citer Mrs.A pulak Yun Nam HairCare Malaysia ada sent email kat Mrs. A subject kemain 'Reedem your Free Exclusive Birthday Gift from us!' Excited habis Mrs. A uols terus aje reply email tu walaupun time tu busy giler (ayat standard). Rasanya Mrs. A received email cenggini berdasarkan survey yang pernah Mrs. A joint tak berapa nak lama dulu. Mrs. A memang ada tick kategori personal care ni. Bukan setakat receive email dari Yun Nam jer ada lagi dua yang lain serupa marketing strateginyer 'Reedeem your Free bla..bla..bla... birthday gift from us!' Huh! FREE la sangatttttttttttttttttttttttttt.




Oleh kerana Mrs. A memang mengalami masalah rambut (oops! malu) to be exact masalah kelemumur atau bahasa omputifnya dandruff dengan lajunya Mrs. A telah redeem offer berkenaan. Amboi! cepat betul kekdahnya pihak Yun Nam telah menjalankan tugas depa hari ni replied email esoknya tu dah calling-calling tanya apa masalah yang dihadapi, kenapa choose Yun Nam Plam Mall lepas tu terus jer set appointment. Walaupun dalam hati memang terdetik sedikit persoalan tiada yang percuma dalam dunia ni kan..kan..kan... why not give it a try sementelah pulak Mrs. A memang menghadapi masalah dandruff yang memang sedang mencari jalan untuk penyelesaian. Bak kata pepatah orang mengantuk disorongkan bantal hah! apa lagi tidur ajelah.

On Saturday 16052015 lebih kurang pukul 2.45 petang we all (Babah & my kids) pun geraklah ke Palm Mall. Plannya Mrs. A pergi Yun Nam sementara Babah & kids pergi tengok wayang oklah tu kot budget masanya kat Yun Nam ni depa kata ambil masa 2 jam. Tengok wayang pun lebih kurang 2 jam.

'Posing harus' sementara tunggu registration
Kemudian we all pun berpecah ikut tujuan memasing. Lepas settle registration Mrs. A pun dibawa masuk ke bilik consultation kekdahnya kat situ jugaklah discan bagai kulit kepala yang bermasalah tu. Jangan bimbang ya kepada yang bertudung tu bilik tu memang untuk kita berdua aje alhamdulillah masih menjaga aurat. Kemudian ada sesi soal jawab ada lebih sepuluh soalan hah! satu yang Mrs. A paling ingat berapa kali basuh rambut dalam sehari biarlah rahsia ngeh!ngeh!ngeh!

Sambil scan sambil tunjukkan kat Mrs. A uuuuuwwiiiwwiii aiyaa Miss masalah u sudah sangat sangat serius ini mau ambil masa 1-5 bulan untuk cure itupun tak pasti lagi boleh cure ke tidak. Hah! yeke ai tak rasa gatal pun so i thot masih ok lagi ma.... aiyoo... mana boleh u fikir macam tu ini sudah sangattt...sangat....sangattttt.... teruk. Teruk yang si Elaine tu imagine buat Mrs. A jadi serammm uollllsss... pastu dia pun terangkan sambil draw lapisan-lapisan kulit rambut. Katanya lapisan kulit dibawah rambut ni ada empat lapis bila satu rosak satu lagi nih still boleh cover begitu jugalah sebaliknya yang tiga lapisan tu TETAPI Mrs. A punya keempat-empat lapisan sudah rosak ataupun sedang sakit sehingga sudah takde tempat nak masuk itu yang keluar aje jadilah dandruff yang sebegitu rupa. huhuuuhuuuu ngerinya.

Sebelum gerak ke tempat treatment tu ala tempat untuk cuci rambut tu dia pun terangkan apa yang perlu dilakukan step by step untuk cure masalah ni. Pastu siap bagitau sempena birthday u I kasi u discount 35%. Iya.... tapi sure kena bayar ma berapa budget ni? Takpe-takpe kita kasi u cuci dulu katanya!!!....

After shampoo dan cuci bersih kena pakai herba dia dan tunggu selama 20 minit.
Ait! babah message berapa lama lagi? hurm.. takkan wayang dah habis kot?

Amboi! kemain ko Mrs. A ferfiling O.K. lettew! Kemudian dah settle treatment tu masuk consultation room semula untuk scan selepas treatment pulak. Sambil scan sambil menerangkan Miss u see here after cucipun masih ada banyak lagi u punya dandruff. Kes macam u ni memang kena ambil masa tau untuk cure sepenuhnya. Miss I suggest u ambil 18 kali punya treatment. Kena ambil step ni 1 shampoo 2 tonic 3 herba apa ke mendanya ntah pastu 4 kena makan supplement dan 5 dan 6 dan 7. Adoyai Elaine u pendekkan ajelah berapa kena duit ni. Lebih kurang this amount katanya tapi I bagi discount 35%  so total this amount. Huhuuuuuhuuu terkejut beruk Mrs. A tengok amount tu. Tak main arrrr ratus-ratus, ribu-riban uolsss.... Sorry Elaine not affordable for me.

Walaupun dah janji pada diri sendiri takkan tergoda namun sedikit sebanyak Mrs. A tewas jugak. Ini disebabkan kehendak tadi telah bertukar kepada keperluan. Memang Mrs. A sedang dan perlu mencari penyelesaian kepada masalah dandruff Mrs. A ni tetiba lak Yun Nam tunjukkan jalannya itu yang Mrs. A redah ikut jalan Yun Nam tu. Tapi tak berapa nak ikut jalan tu jugak still ikut kemampuan lagiks.

Semoga masalah Mrs. A ini akan cure sepenuhnya In Sha Allah. Seandainyalah tidak Mrs. A akan cari jalan lain tak semestinya Yun Nam jer... mesti ada jalan lainkan..kan..kan... coz orang zaman dulu-dulu zaman emak/abah kita dulu mana ada Yun Nam Yun Nam nikan. Elok aje depa.

Moral of the story survey dulu sebelum pergi takut terjebak macam Mrs. A nih!



4 ulasan:

  1. kalau ada duit apa salahnya...yun nam penyelasaian masalah kelemumur.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kalau ada duit apa salahnya kan..kan..kan...
      Masalahnya budget lari laju lotih den nak kojar balik.

      Padam
  2. dah pernah kena kes mcm ni huhuh..then billa ada lagi kes mcm tu awal2 lagi dan tolak

    BalasPadam
  3. pergh.. lain orang lain perspektif dari segi keperluan dan kehendak..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©