Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM) Datang Lagi - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM) Datang Lagi

26 Jun 2023

Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM) Datang Lagi

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM) Datang Lagi. Sukan Bekalan Air Se-Malaysia atau ringkasnya SBAM adalah sukan untuk semua operator-operator air di seluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak serta syarikat yang berkaitan dengan air seperti IWK dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) ianya diadakan secara dwi-tahunan. Ianya adalah anjuran bersama Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Ketsa) (eh! ntahlah selepas kerajaan dah tukar-tukar Mrs. A pun dah confused kementerian apa sebelum ni KeTTHA) dan Jawatankuasa Tindakan Jurutera-Jurutera Air Daerah Se-Malaysia yang JTJAD ni masih sama namanya tak tukar-tukar muaahhaaaa...

Sepatutnya ianya dijadualkan berlangsung pada tahun 2020 dengan Syarikat Air Darul Aman (SADA), Kedah sebagai tuan rumah, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana pada tahun tersebut umum sedia maklum dunia dilanda pandemik Covid 19 kekdahnya seluruh negara terpaksa mengharungi perintah kawalan pergerakan (PKP) dan larangan berkumpul beramai-ramai gittewww...

Okay sebelum bercerita kisah persiapan syarikat tempat Mrs. A berkerja ke SBAM Kedah 2023 a.k.a 'Road to SBAM Kedah 2023' sengajalah Mrs. A nak recap kisah-kisah SBAM yang Mrs. A pernah turut serta sebelum ini. SBAM pertama Mrs. A  adalah mini SBAM Melaka ketika itu Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) sebagai tuan rumah iaitu pada tahun 2011. Masa tu my blog my stori pun belum wujud lagi muahahhaaa... mujurlah ada FB so dapatlah imbas gambar-gambar kenangan di situ.

Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM) Datang Lagi.

SBAM Melaka 2011
Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM)
Registration times 😇 Mrs. A yang belakang tu masa ni belum berhijab lagi 

Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM)
Last day sebelum pulang ke Seremban team netball dah kalah so pergi support team bowling yang berjaya masuk final dan menang tapi lupa tempat ke berapa ntah! huhuhu...

Selepas SBAM Melaka 2011 kemudian muncul pula SBAM Perak 2016 tak pastilah SBAM sebelum 2016 tu ada ke tiada yang pasti Mrs. A tak turut serta gittewww... Kisah SBAM Perak 2016 pulak [SINI] unfortunately itu sahaja yang Mrs. A blogkan kisah day 1 hingga day last tiada uols! aduh terasa sedikit kekesalan di situ. Tapi nak share jugaklah beberapa photo SBAM Perak 2016.

SBAM Perak 2016
Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM)
Sebelah pagi sebelum mula Tuan Pengarah (previously) datang melawat team netball

Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM)
Happy menang game pertama grouping

Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM)
SAINS vs team mana ntah! lupa daaa....

Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM)
Team SAINS keseluruhan

Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM)
Netballers

Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM)
Last day

Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM)
Haruslah bergambar di sini tanda pernah sampai gittewww....

Okay itu je recap kisah SBAM Perak 2016 ngeh! ngeh! ngeh!

Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM) Datang Lagi. Kemudian pada tahun 2018 SBAM datang lagi kali ini tuan rumahnya adalah SAJ Ranhill a.k.a SBAM Johor 2018. Tidak mahu sesal kemudian SBAM Johor 2018 memang full kisahnya from day 1 till day 4 Mrs. A blogkan 😊[SINI]

Sekarang ini bahang SBAM Kedah 2023 dah mula terasa semenjak awal bulan Jun yang lalu. Kelab Sukan & Rekreasi (KSR) syarikat serta AJK-AJK terlibat dah busy mencari player untuk team masing-masing. Selection untuk games yang dipertandingkan pun telah selamat diadakan. 

Untuk SBAM Kedah 2023 ini Mrs. A pun pada mulanya dalam dilema sungguh samada nak main bowling ataupun nak main netball huhuuuhuu... Okaylah itu nanti Mrs. A sambung kisah Road to SBAM Kedah 2023 doakan Mrs. A rajin menulis.

11 ulasan:

  1. Aktif bersukan tu...netball lama dh xmain..masa awal2 start keje 2002 dlu ada join lpstu cedera...kalo bowling ok lg la..xde la kena berlari2 hehe

    BalasPadam
  2. wahhhh terbaiklah punya throwback👍👍👍 so kalau buat kat kedah nanti si aryssa akan datang sokong tak?😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... tak kot sebabnya masa tu dia baharu je habis semester break. Sekarang ni ada kat rumah 2 bulan coti...

      Padam
  3. rindunya nak main netball.. bab nama kementerian bertukar² tu mmg pening.. kettha, ketsa, kasa, nrecc.. jem otak nak ingat mana satu..

    BalasPadam
  4. Tempat kerja en suami pun sakan bersukan sejak kebelakangan ni...
    All the best Mrs A & team 💪

    BalasPadam
  5. Bagusnya Mrs. A rajin join aktiviti sukan yg syarikat anjurkan. Saya dulu kalau sebut sukan je memang terus hilang, taknak kena pilih 😂 takde bakat sukan langsung 🤭

    BalasPadam
  6. bersukan sampai Kedah bagus no siap p aloq staq jgn putaq2

    BalasPadam
  7. seronok join sukan, boleh jumpa rakan sekerja dari negeri lain...

    BalasPadam
  8. Bagusnya, ada aktiviti sukan di tempat kerja. Kalau saya pun, mesti masuk. Kipidap, Mrs. A.

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©