#SBAM2018 - Day 4 @ Last - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: #SBAM2018 - Day 4 @ Last

19 Oktober 2018

#SBAM2018 - Day 4 @ Last

Bismillahhirahmannirrahim...

As Salam and greetings to dear readers.

#SBAM2018 - Day 4 @ Last

Adeh! lama betul ha nak up-date kisah #SBAM2018 - Day 4 @ Last harap masih ada yang nak tahu la.. ya apa kisah di hari last tersebut. Eh! cerita sport lagilah nampaknya ya.

SBAM2018
Penghuni bilik 502 is ready to go for breakfast #kaminakbalikdah
Semua kontingen dan pegawai yang terlibat diminta turun breakfast di Coffee House seawal jam 6.45 pagi cos bas akan bergerak ke Educity Sport Complex kurang lebih dalam pukul 8.00 pagi untuk acara penutup iaitu sama juga lokasinya sewaktu acara perasmian di hari pertama tu [SINI]

Selepas selesai breakfast, sementara menunggu semua ready untuk naik bas. Kita bergambar dulu....

The bowler and the netballer not to forget the dragon penjaga Pulai Spring Resorts hiks!
Tudung sama color dengan Mrs. A tu SBAM Ipoh dia main netball SBAM Johor dia tukar kepada Ping Pong
The netballers and coach tapi bukan penghuni Room 502
Complete team with coach
Walaupun tak sabar nak balik rumah tapi tetap juga terbit sedikit rasa sedih kat dalam hati masing-masing ialah bilalah lagi agaknya dapat mengulangi moment cenggini bersama kawan-kawan office. Eh! emo pulak Mrs. A. Okay tak lama tu semua yang naik bas diminta naik bas dan kenderaan lain-lain pun sama gerak serentak ke Educity Sport Complex, Nusajaya.

Sesampai di sana ada juga kontingen dari negeri lain yang dah sampai. Dan di hari terakhir ni jumlah yang terlibat takdelah seramai sewaktu di hari perasmian/ pembukaan. Mrs. A difahamkan ada juga kontingen daripada beberapa negeri lain yang dah pulang awal dan mereka tak tunggu sehingga acara penutup. Ialah kalau dah takde apa-apa kepentingan buat apa nak tunggu sampai ke penutup iya dak? Kansss....

Tetapi kontingen SAINS telah diarahkan supaya tunggu sehingga acara penutup habis kerana berdasarkan pengalaman lalu iaitu SBAM Ipoh we all pulang awal tapi tulah kesian mereka yang tinggal dua tiga ketul tu bila naik ke pentas sendu takde penyokong katanya huhuhuhu.....

Eh! ada lori MILO la... Kenapa rasa air milo dari lori milo ni sedap? Rugi sesiapa yang tak cuba.
Oren nyer... SAINS. Nampak tak Mrs. A disitu?
Okay kasi gambar closed up sket!

GD & WD
Sis AJK SBAM
Setelah semua acara penyampai hadiah dan penutup selesai. Kontingen pun snap gambar beramai-ramai
Simbolik acara penutup SBAM Johor 2018. CEO SAJRanhill menyerahkan bendera kejohanan kepada CEO SADA yang bakal menjadi tuan rumah untuk SBAM 2020 Kedah Darul Aman
Dua team SAINS yang menerima pingat di hari penutup adalah...

Team Ping Pong. Tahniah uols keep it up for the better place. In Sha Allah SBAM Kedah 2020
dan semestinyalah team futsal 2nd place
Tahniah semua. Salute dengan semangat team work uols
Tamatlah sudah kisah SBAM2018 - Day 4. Apa lagi baliklah hahahaha... tak terus balik dear readers sempat pulak depa menyinggah di JPO huwaaaaaa....waaaa....waaaa... mana yang tak nak tu terpaksa jugalah layanzkan aje...abes tu ko nak balik camne? jalan kaki!? Mrs. A tak beli apa-apa pun kat JPO cuma craving nak minum kopi jer... so belilah kopi hipster kat SB JPO tu


Alhamdulillah finally selamat sampai ke Seremban dalam pukul 7.00 malam. Balik best time sampai tu Mr. A dah sedia menunggu. Yesss.... rindu A family.

The End.

6 ulasan:

  1. oo..dua tahun sekali SBAM..tahniah kpd yg berjaya..

    BalasPadam
  2. berapa kali beratur minum milo lori tu? hehehehe

    BalasPadam
  3. Teringat dulu dulu.... asal sukan mesti ada MILO lori ni. Sedap pulak tu.

    BalasPadam
  4. Next SBAM boleh la jadi penonton sebab buat kat kedah kan

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©