As Salam and greetings to dear readers.
HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
Siapa join hari sukan negara Sabtu lepas a.k.a HSN? Okay sep sket cos Mrs. A pun join tau main netball ngeh! ngeh! ngeh! Dari apa yang Mrs. A tengok di Soc Med meriah sesangat hari sukan negara yang diadadakan secara serentak di seluruh negara pada hari Sabtu lepas [13102018].
Macam-macam acara sukan diadakan kepada mereka yang suka marathon boleh join marathon, futsal pun ada bukan setakat dewasa aje kanak-kanak pun ada juga haish! macam-macam sukan ada meriah sungguh uols itulah apa yang Mrs. A rasakan sewaktu turut serta dalam hari sukan negara peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi [KOMBES]
Walaupun pagi tu cuaca hujan tapi mujurlah hujan hanya di awal pagi subuh dan beransur renyai-renyai dalam pukul tujuh macam tu kemudian lebih kurang pukul lapan hujan dah berhenti sepenuhnya. Gang netball begitu bersemangat sekali dalam group WA seawal pukul 7.30 pagi ada yang dah sampai di KOMBES hahahahaaa.... tapi Mrs. A ntah kenapa mood ke laut so kekdahnya Mrs. A adalah yang paling akhir sampai hew! hew! hew! Okay sesampai aje haruslah posing dua tiga ketul dulu for WA status gitewww... #tolongjangankecam
Player import 1 |
Player import 2 |
Macam-macam aktiviti ada. Mrs. A join HSN Netball Open N9 |
Banyak sungguh team yang join untuk HSN Netball Open N9 iaitu sebanyak 21 team kesemuanya. Hebat betul sambutan Netball Open tahun 2018 ni. So organiser bahagikan kepada 7 grup, satu grup ada 3 team. Ha! cer cari mana team Mrs. A? Kalau cari SAINS sampai bulan depan pun tak jumpa kot hah haiiii.... cos team tak guna nama SAINS sebaliknya mengguna pakai nama Ayer 9 cos ada import dalam team ni bukan semuanya staff SAINS sedehhh! uols!
Games pertama Ayer 9 adalah perlawanan ke 9 gelanggang B vs. Uitm S3 |
Games kedua Ayer 9 vs. Kirana |
Sewaktu pertama kali mendapat WA cabutan undi group Ayer 9 bersama dengan Uitm S3 dan Kirana terus terkeluar perkataan "adoi! nape satu group dengan Uitm S3 dan Kirana. Nape tidak Netses". Haish! tangan siapalah yang cabut undi ni. Nampak tak, nampak tak [negative sangat ko Mrs. A oiii! hahaha...] Berdasar pengalaman Mrs. A dah tahu dedua group tu tough uols! Hurm! ntah pa pe jer... Mrs. A ni kan belum berjuang dah mengaku kalah. #tolongjangantiru
Sebelum bermula haruslah warm-up dulu. Ayer 9 pilih sudut kat luar ni. Ada lagi dua tiga team yang warm-up kat area ni tapi pandailah pula jurukamera ni ambil macam hanya ada team Ayer 9 je time tu.
Warm-up bebetul ha |
jangan nak cheating |
Masa permainan adalah 7-1-7 iaitu tujuh minit masa bermain, satu minit rest dan sambung lagi 7 minit. Sebelum game haruslah bergambar dulu. Lagipun tagline Ayer 9 gaya mesti menang. Adat bermain biasalah ada menang dan ada kalah ha gitew.
Rasa macam sorang tu yang paling over muahahhaaa.... |
Games pertama time Ayer 9 vs. Uitm S3 |
Oleh kerana masa sangat terhad so kebanyakkan team memang tak sempat bergambar dengan team lawan masing-masing. Cuma peringkat seterusnya dan final sahaja team vs. team diberi kelonggaran untuk bergambar.
Okaylah tak mahu cerita pangjang lagi keputusan Ayer 9 vs. Uitm S3 adalah 1 -7 mujurlah dapat pecahkan telor hew! hew! hew! Sementara games Ayer 9 vs. Kirana pula keputusan adalah draw iaitu 6 sama. Tapi Kirana dikira layak ke peringkat seterusnya cos ikut kiraaan mata Kirana lebih banyak berbanding Ayer 9. Time Kirana vs. Uitm S3 mereka dapat 5 mata berbalas 8. Bila dicampur 5 dan 6 mata mereka berjumlah 11 sementara Ayer 9 pula hanya mendapat 7 mata jika dicampur kedua-dua games tersebut.
Apa lagi dah kalahkan baliklah!!! muahahaaaaaa..... Sebelum balik sempat ajak coach bergambar. Coach time ni paling busy cos dia as usual jadi Ref. Tapi jangan risau time Ayer 9 lawan coach tak blow pun we all pun faham apa itu conflicts of interest.
Senyumlah walaupun kau dot...dot..dot... |
"mungkin kau terlupa bahawa yang menentukan menang dan kalah itu adalah DIA. Apa kau ingat kau ambil import kau boleh menang, kau leka mereka juga manusia biasa tiada daya upaya sekiranya DIA tidak izinkan. Sedarlah wahai engkau-engkau yang merasakan diri bagus dan perasan bagus itu kerana menang dan kalah bukan terletak pada kuasa kuat atau tidaknya sejenis manusia. Kalau kau amati dengan teliti team Netses itu tidaklah sekuat team kita berdasarkan FM lalu tapi lihatlah DIA punya kuasa, mereka yang lemah itu sebaliknya mampu maju dan pergi ke peringkat seterusnya. Pertolongan DIA hadirkan dalam pelbagai cara tanpa yang kita duga. Sedarlah dan bersatulah team jangan biarkan minoriti mengatasi majoriti."
Mana yang faham-fahamlah yang tak faham sudah bak kata Ustaz Kazim.
cuba lagi tahun depan, tingkatkan latihan....inshaaAllah..
BalasPadamtak pernah lagi join hari sukan negara..
TINGGI SEMANGAT BERSUKAN BADAN TMBH SIHAT KALAH MENANG ADATLAH ENJOY JE
BalasPadamSemangat kesukanan tu yang paaaling penting 😍😍 bestnya meriahh badan sihat and segar bila bersukan kan..
BalasPadamKalah menang adat pertandingan... Yang pasti dah keluar peluh tu, sihat tubuh badan nak banding dgn kita ni yang dah berjaman tak bersukan huhu
BalasPadamWahhhh.. meriah :)
BalasPadamTahniah Mrs A berjaya join HSN. Ana lama dah stop bersukan. InsyaAllah ada rezeki yang lebih baik utk team Mrs A akan datang.
BalasPadamInteresting. Saya boleh bayangkan kemeriahan di complex ini. Teringat kemeriahan temasya sukan di tempat ini di satu waktu dulu, berpanas berpeluh diatas tennis court di situ :)
BalasPadamrajinnya beriadah, bersukan...
BalasPadamsemangat kesukanan yg paling penting ;-) x mcm sy dok melepek je kt rumah haahah
BalasPadamTahniah! Kerana berjaya mengeluarkan peluh dan bersukan di padang. Hihi..
BalasPadamWah, Mrs. A memang aktif bersukan yer
BalasPadamRatu Netball ni hihi....
BalasPadam