Jom Ghayo Kek Sekolah 2015 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Jom Ghayo Kek Sekolah 2015

27 Ogos 2015

Jom Ghayo Kek Sekolah 2015

Jom Ghayo Kek Sekolah 2015 ini dialek orang Negeri Sembilan dalam bahasa melayu standard lebih kurang cenggini bunyinya "jom berhari raya di sekolah" ha.. ada faham??. Ini adalah kali kedua Mrs. A joint jamuan raya ex-Stadian. Tahun lepas Mrs. A pergi berdua dengan Aryssa je, baca sini 

Event berhari raya di sekolah ini adalah event tahunan Alumni STAD. Memula dulu nama dia moh ghayo kek sekolah tetapi atas sebab-sebab tertentu moh telah ditukar kepada jom. Tak kisahlahkan moh ke jom ke janji event raya. Walaupun tahun ini dah terlajak tarikh tapi tetap gak nak Jom Ghayo Kek Sekolah.

Tahun lepas purple telah dipilih sebagai tema tapi tahun ini temanya adalah biru. Walaupun begitu ada juga yang tidak mengikut tema. Contoh terdekat seperti dibawah ngeh!ngeh!ngeh!

My All

Yang ini mengikut tema kaaaataaaanya....

Zilla AJK yang rajin sangat. Salute you dear

Alhamdulillah tahun ini Mrs. A hadir sekeluarga happy sesangat. Bertambah-tambah happy dapat berjumpa dengan rakan-rakan ex-Stadian bertanya khabar dan merapatkan lagi ukhwah yang sudah sekian lama terjalin. Sewaktu majlis berlangsung diselitkan jugak dengan pelbagai acara dan persembahan.

Jom layan gambar

Persembahan Boria dari pelajar form 1 SMK Tunku Ampuan Durah

Ralit menengok persembahan Boria
Karaoke pun ada. Amboi! kemain lagiks Mr. A tu 

Persembahan nyanyian daripada Batch 1992 
Ex-classmate. Lucky draw tu Mr. A yang dapat

Ibuk-ibuk batch 92
Tudung hitam sebelah Mrs. A ex-classmate yang datang jauh dari Pendang, Kedah setelah 20 tahun

Lagiii...ibuk-ibuk Batch 92' biru mata hitam ku

Puchong - Seremban - Melaka

uols!! sempat bergambar di sini tak ajak pun

Alhamdulillah yaeeee.....!!!! kito monang lagi 

Batch 92' terbaiklah dua tahun berturut-turut menang kategori "Batch Teramai"
Eh! macam event batch 1992 ajelah pulak kan...ngeh!ngeh!ngeh! Kebenarannya bukanlah begitu semua bekas-bekas pelajar STAD dari pelbagai batch pun hadir sama. Mereka yang dah otai pun ada yang hadir, cuma Mrs. A lebih tertumpu kepada batch Mrs. A

Tak percaya tengok nih!!!

Meriah dengan tema biru walaupun tak seramai tahun lepas

Macam-macam biru ada

Kek pun biru sumbangan Tulip Rauqah [batch 92] apsal la...terbalik pulok gambar nih!

Sebelum event bermula iaitu pukul 12.00 tengahari disebelah pagi telah diadakan AGM Alumni ex-STAD seperti tahun-tahun sebelumnya. Tujuan utama AGM adalah untuk melantik AJK bagi sessi 2016/2017 dan juga membincangkan isu-isu berbangkit. 


AGM kali ke 8

Oleh kerana Mrs. A tak hadir AGM tu kekdahnya tak dapatlah Mrs. A nak citer secara detail ya. Sedikit info yang Mrs. A tahu penaung persatuan masih lagi YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hasan. Yeah!!! Tok Mat terbaik! 

AJK sessi 2016/2017 batch 1992 yang masih kekal menjadi AJK alumni adalah dua orang yang cantik manis dan handsome bergaya ini.


AJK Alumni sessi 2016/2017

Yang handsome tu telah dilantik sebagai Biro Sukan manakala yang cantik manis tu adalah AJK Keahlian. Bayaran pendaftaran untuk menjadi ahli Alumni adalah RM10.00 seorang, manakala untuk menjadi ahli seumur hidup bayaran adalah RM150.00 untuk jadi ahli biasa-biasa aje bayaran adalah RM36.00 setahun. Kepada ex-STAD yang hendak mendaftarkan diri menjadi ahli Alumni boleh muat turun borang dari wall Persatuan Bekas Pelajar SMKTAD

Tahniah diucapkan kepada semua AJK Alumni yang telah bertungkus lumus berusaha bagi menjayakan event tahunan ini semoga terus maju jaya. In Sha Allah Mrs. A sekeluarga dan juga kawan-kawan lain akan sentiasa memberi sokongan. Semoga ukhwah yang terjalin akan berkekalan baik dan indah hingga ke Jannah.

Kepada AJK sessi 2016/2017 tahniah diucapkan kerana telah berjaya dilantik semula mahupun lantikan baru Tahniah! tahniah! dan tahniah! semoga akan terus bekerja keras, gigih dan amanah untuk kebaikan bersama persatuan yang kita kasihi. Amin...

Some photos credit to #FB Nizam Shahabudin #WhatsApp [Zilla, Sue Ayuni, Matun, Rudi].

1 ulasan:

  1. Meriah sokmo.. Paling seronok Mr. & Mrs. A dapat join sejak sekali dalam satu majlis, terbaek!

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©