Moh ghayo kek sekolah 2014 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Moh ghayo kek sekolah 2014

25 Ogos 2014

Moh ghayo kek sekolah 2014

Sabtu 23082014 aku gi event moh ghayo kek sekolah. Semenjak aku join alumni ni rajin gak ler... aku mengaktifkan diri join memana program yang aku suka dan yang paling penting if badge aku ramai yang join lagi pulak teruja sangat nak jumpa semula kengkawan zaman sekolah dulu yang dah berpuluh tahun tak jumpa. Memang ada yang aku dah tak cam ada jugak yang rupa masih sama jer... maintain awet muda cenggitu.

Sebelum ni aku dah pernah postkan entry kat wordless of Wednesday kad jemputan event ni, this time aku nak sambung citer dia pulak. Event ni sebenarnya pihak alumni dah plan dari awal tahun lagi tapi bukan semua orang tahulah hanya AJK aje yang tahu aku tahu pun coz di antara reramai AJK tu dua orang sama batch dengan aku iaitu batch 92 dan we are ngam. Dua orang ni memang aktif habis kiranya sebab mereka berdualah batch 92 paling ramai dan paling happening bukan kat event moh ghayo ni aje lain-lain event pun sama, contoh macam event Bowling sebelum ni badge 92 jugak yang paling ramai dan happening.

Ni ler...dia AJK-AJK yang berusaha tu...
Batch aku yang berdiri tu (Zila) dan yang baju melayu jauh sikit ke belakang tu (Hasba)

Photo:  Kredit to FB Kay Adinda

Event tu buat kat dewan ni la..
Time aku dulu dewan ni belum wujud lagi

Photo: Kredit to FB Ijah Cloudy R

Event ni mula pukul 12.00 tengahari hingga pukul 5.00 petang sebelum tu alumni adakan Mesyuarat dulu tapi aku tak gi yang part Mesyuarat tu ngeh!ngeh!ngeh!.

Aku pergi dengan my only doter Aryssa, gerak dari rumah dalam pukul 2.00 petang coz Aryssa ada tuisyen sebelah pagi lepas dia balik tuisyen barulah we all pegi. Walaupun aku nak gi sekeluarga tetapi... hubby aku ada hal lain la pulak so the boys tak ikut depa ikut babah.

Aryssa suka sangat dapat bergambar dengan retis. Ibu...itu pelakon Afi dan Abahlah kata dia. Bila sampai rumah aje terus dia pi tunjuk gambar tu kat babah, along & adik. 



Marissa pun datang. Dia pun sekolah sini dulu tapi dia batch SPM 94. Dulu we all Aspuri lagi... Ada sorang blogger terkenal tu pun sekolah sini jugak yang tu sama batch dengan aku if aku mention siapa sure seantero dunia blog Mesia kenal.

Ni salah satu acaranya, semua batch yang hadir kena nyanyi beramai-ramai kat atas stage. Time ni batch Mrs. A ler...yang paling ramai. Tima kasih kepada Hasba & Zila yang berjaya kumpulkan batch 92. So we all pun panggil ler..Hasba ketua tingkatan dan Zila pulak penolong ngeh!ngeh!ngeh!





Gang-gang Aspuri dodulu dengan anak-anak memasing

Ni batch yang paling otai yang hadir iaitu tahun 1969/1970. 
YDP YBhg Dato' Dr. Suffian, YBhg Dato, Mohd Jai, En. Mohd Zakri, Puan Aini Awaludin, Puan Zaiton Bustam dan Puan Rubi.

Photo: Kredit to Nizam Shahbudin FB

saya nurse

saya cikgu




Closing photo gambar beramai-ramai batch 92 yang hadir time tu. Setelah lebih 30 tahun berlalu memang zaman sekolah adalah zaman yang paling best. Sekarang ada yang dah jadi nurse, jadi cikgu, bisnessman/ woman, jadi footballer, jadi artis, jadi blogger huh! macam-macam lagilah....

In Sha Allah panjang umur kita berjumpa lagi. Semoga persahabatan kita akan terus terjalin hingga ke Jannah. Amin...


6 ulasan:

  1. kak ana yakin ia suatu kenangan yg paling indah utk dikenang semula, Tahniah Mrs.A.

    BalasPadam
  2. Wah... bestnya ada event mcm ni... saya setuju... zaman sekolah la zaman yang paling best n sukar utk dilupakan...

    BalasPadam
  3. batch 92? Kakak saya SPM di sini 1990. Kenal kut..Wan, Shamsiah, Ita dan lain-lain

    BalasPadam
  4. meriah raya buat perjumpaan macam ni, mungkin tak cukup masa nak bual panjang, tapi cukupl baiklah dapat jumpa kawan-kawan lama.

    BalasPadam
  5. seronoknye reunion balik..^^

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©