U olls time pagi raya senang ke tidak nak bangun pepagi tu??? Al-maklumlahkan malam raya majoriti takdenya yang tidur awal. Paling awal pun pukul 12.00 tengah malam kot. Hehheee confident je aku. Ini berdasarkan pemerhatian aku ler.. Yalah..mana yang ikut takbir raya dan rumah yang join takbir raya tu confirm tidur lambat nak-nak yang turn they all last sekali mahu sampai 1 ke 2 pagi. Lately ni kat kampung aku dah berubah sikit ler... contohnya kat kampung aku ni ketua kampung, pakat-pakat dengan anak buah bahagikan kumpulan takbir kepada 2 kumpulan. Imam 1 ketua kumpulan sebelah hulu dan Imam 2 ketua kumpulan sebelah hilir so takdelah lama sangat nanti nak sampai turn rumah orang-orang yang join takbir tu. Lagi satu mereka yang join takbir tu kekadang sampai dah tak larat nak bertakbir, kekenyangan pun ia jugak. Mahu taknya katalah dah pergi 5 rumah ha!! semua dok pakat-pakat bagi makan memacam mahu ko tak melepet. Tapi itulah yang seronok harapan aku takbir dari rumah ke rumah akan terus berterusan sampai bila-bila at least kat kampung akulah.
Time pagi tu kebiasaanya ibu-ibulah yang bangun dulu. Samalah macam emak aku sebelum subuh lagi dah bangun coz emak aku ni suka buat kuah kacang pepagi raya. If nak ikutkan boleh jer..buat malam raya tu tapi dia taknak, biar ajelah mak buat pagi esok katanya. Angah aku pun bangun awal gak dia selalunya yang tolong, adik-adik mak Maksu & Makteh we all dah tentulah pembantu setia. Aku dengan adik aku nih! kah..kah..kah..kah gelak dululah memang taklah kot bila dah kat kampung ni perangai aku 2 orang ni dah jadi macam budak sekolah rendah perasan kecik lagi kot Walhal dah jadi isteri orang tu.. adik aku tu ok sikitlah dari aku coz dia masih single. [Eh! ok kerr???] Takpe-takpe aku dengan adik aku membantu part lain ok ler..tu... [sila baca ikut intonasi Saida AF kakak Siti ye] part-part ke dapur ni bagi jelah kepada yang lebih berminat tu.
Sembahyang raya kat kampung aku nih! mula pukul 9.00 pagi. Emak aku pulak akan pilih nak naik keta siapa biasanya dia akan ikut sesiapa yang pergi paling awal. Raya kali nih! Alang aku yang gerak awal-awal katanya kena cepat takut nanti ruang dalam masjid penuh kena solat kat luar time-time raya masjid kampung aku penuh sesak. Faham-faham ajelah kebanyakkan yang di perantauan tu pulang berhari raya. Bukan semua adik-beradik aku yang pergi solat rayanya pun yang lelaki memanglah semua pergi tapi yang perempuan tak, kena tinggal separuh prepared apa yang patut. 2 tahun kebelakangan ni, selepas solat raya emak aku, Alang & Along, hubby & anak-anak aku akan terus singgah kat tanah perkuburan ziarah kubur arwah abah dan juger nenek. Tak ketinggalan bapak saudara aku (adik emak) tapi dia dah meninggal lama dulu. Bila they all dah balik turn aku pulak gi ziarah kubur. Time raya ni memang ramai sedara mara yang menziarah kubur. (Al-fatihah)
Sekarang ni pulak dah menjadi trend iaitu sesi bergambar seisi keluarga. Boleh dikatakan sesi bergambar ni makan masa jugak, lebih kot dari setengah jam. Contoh family aku sendiri, masa pagi raya masing-masing dah ready dengan camera dan phone masing-masing hah! setiap orang dewasa duk sibuk nak snap kat phone sendiri banyaklah juger... walaupun adik-beradik aku 5 orang jer... tetapi gegajetnya lebih dari 5. Cer bayangkan adik-beradik yang lebih dari 5 campur pulak husband and wife memasing huh! average time makan 1 jam kot photo session ni. Ermmm..nampak macam ada yang tak kena pulak di situkan??? Tepuk dada tanyalah diri-sendiri. Jawapan aku kepada diri sendiri ala-kadar sudahlah janganlah sampai ada tetamu datang minta suruh they all tunggu dulu. If dah ada tetamu datang tu stop ajelah. Esok lusa to be continue. As for my family sesi bergambar tu oklah tak mengganggu rutin dan biasa-biasa aje..buat kenangan di masa-masa akan datang.
Nak amik gambar Along aku ni...memang susah, coz dia orang yang tidak suka bergambar tolong ambilkan gambar dia suka. Ni actually snap last sekali selepas we all dah bergambar sampai lebam.
Nak amik gambar Along aku ni...memang susah, coz dia orang yang tidak suka bergambar tolong ambilkan gambar dia suka. Ni actually snap last sekali selepas we all dah bergambar sampai lebam.
Emak dan kami 5 beradik. |
Emak, Makteh & Maksu |
Emak & Along |
Angah sekeluarga |
Alang sekeluarga |
Tema we all purple tetapi tidak menjadi kenyataan di pagi raya. Kah...kah..kah..padan muka aku siapa suruh tempah last minutes so baju ibu & babah tak siap ye.. anak-anak. Takpelah asalkan baju you all siap. Pakai aje baju apa yang ada. Syukur alhamdulillah masih ada baju untuk dipakai.
Emak dan menantu-menantunya. |
Cecucu emak aku sekarang masih 6 orang lagi seimbang 3 lagi dan 3 perempuan. In Sha Allah coming soon akan lahir seorang lagi boy or girl tak tahu lagi tak kisahlah apa-apa pun jantinanya we all terima seadanya. Semoga sihat sempurna.
Oh! ya emak aku ada sorang lagi cucu.
Cucu angkat. Masuk tahun ni dah 2 tahun dia beraya bersama family we all.
Yang pakai tudung tuler..cucu angkat mak aku kira niece angkatlah pada aku dan adik-beradik lain.
Sampai di sini dulu citer pagi raya Mrs. A. Post lepas ni sambung lagi al-kisah raya lagi.
Dari cerita dah tau meriahnya raya. Hehe
BalasPadamGambar beraya dengan keluarga macam ni mesti kena ambiklah, peluang nak kumpul ramai-ramai .
BalasPadam