Malam 1 Syawal 1435H - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Malam 1 Syawal 1435H

4 Ogos 2014

Malam 1 Syawal 1435H

Memang betul-betul aku tak up-date blog seminggu. Hari ni paksa diri juger menulis. Walaupun time raya aku memang ada menghadap dan membaca blog kengkawan lain. Tetapi mood nak menulis dan idea takde. Ada juger aku membuat percubaan untuk mengupdate, tetiba la pulak anak aku panggil ibu ada tetamu datangla... habih! camno? 

Tahun ni meriah rumah mak aku semua anak-anaknya beraya sekali. Selalunya my brother yang Alang tu akan raya side wife dia dulu tapi tahun ni raya kat side we all dulu termasuklah aku. Along, Angah & family serta adik bongsu aku they all memang tiap-tiap tahun beraya side mak. Walau semeriah mana pun tetap tak sama macam masa arwah Abah ada. Bila part teringat ni masing-masing bergenang air mata. (Al-fatihah buat arwah Abah).

Malam raya tu anak-anak aku, niece & nephew bukan main lagi main bunga api ada juger... tuttt...  (biarlah rahsia). Walaupun aku nak beli tak jumpa tetapi adik and Alang aku ada membeli. Ntah mana they all dapat, macamana dapat takdelah pulak aku ambil kisah as long as ada oklah tu happy anak-anak ni dapat main bunga api. Pada they all if raya mesti nak main bunga api barulah terasa raya katanya. Malam tu berlawan-lawan bila rumah aku dah! berbunyi rumah jiran sebelah pulak membalas then sebelah lagi macam tulah seterusnya berlanjutan dalam satu jam jugaklah.


Habis satu rumah kelabu dengan asap bunga api
Kalau kita benarkan anak-anak main bunga api kita sebagai ibubapa perlu joint sekali untuk mengawasi mereka. Janganlah biarkan mereka tanpa pengawasan orang dewasa, "better safe than sorry". Tetapi ikut kata mak aku lebih baik jangan main langsung jangan belikan ajer... membuang duit ajer... katanya ngeh!ngeh!ngeh!



4 ulasan:

  1. Hehe. Betul tu. Tanpa bunga api semacam tak meriah. Tak mcam dulu2. tapi tu la. bila dengar berita putus jari, tangan tu yang tak sanggup tu.

    BalasPadam
  2. salam lebaran Mrs.A, kak ana pun main gak bunga api ni dengan anak2 buah..cuma kita tak boleh biarkan sahaja anak2 kecil bermain tanpa pengawasan kan...

    BalasPadam
  3. selamat hari raya diucapkan ;-) teruskan berkongsi ya dengan pengalaman dan cerita baru..baru dapat info lebih skit kan.. ;-)

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©