R.I.P : Momot - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: R.I.P : Momot

23 Ogos 2016

R.I.P : Momot

As Salam and greetings to dear readers.

Momot??? Siapa Momot tu? Sobs...sobs...sobs... Momot tu adalah salah seekor kucing Mrs. A yang mati mengejut pada malam Saturday lepas. Time tu Mrs. A baru aje habis mandi kemudian Adik panggil tapi Mrs. A buat tak tahu aje sebab nak bersiap pakai baju.

Kemudian keluar bilik tengok Mr. A tengah pangku dan usap-usap Momot yang mulut dan hidungnya sedang berdarah dan keluar buih. Meraung Mrs. A tengok!!! kenapa ni?? kenapa ni?? Tak tahu tetiba dia balik datang kat saya mengiau-ngiau macam mengadu, pastu dia macam nak termuntah, kemudian dia beguling-guling atas karpet ni tu saya bagi dia air yasin pastu usap-usap muka dia dengan air yasin ni.

Sambil menangis Mrs. A call klinik haiwan yang kat Senawang tempat Mrs. A selalu pergi tu plan nak bawak Momot gi klinik time tu jugak adoyai! berkali-kali call takde yang jawab. Maknanya klinik tu tutuplah lagipun Saturday malam. Kemudian tengok keadaan Momot macam dah takde harapan mata dia tak berkelip pandang pun selorong aje dah setengah jam usap-usap dan panggil-panggil dia.

Namun Momot tak membalaspun badan dia pun dah sejuk dan keras huwaaa...huwaaa..huwaaaa.... Momot dah pergi buat selama-lamanya. Sedih teramat sangat sebab Momot ini antara yang paling naughty dan manja dia suka sangat panjat badan Mrs. A buat macam tiang kayu sampai calar-balarlah dibuatnya. Kalau Mrs. A duduk kat lantai tumbuk cili nanti dia panjat terus naik atas kepala nampak tak tu betapa naughtynya dia. Dia sekor aje yang berperangai macam tu yang lain-lain takde pun. Sekarang dah takdelah si Momot yang suka panjat-panjat badan orang tu terasa-rasa jugaklah bila time nak bagi cats makan tu.

Favorite spot depa tidur berjemaah. Tengahari Saturday 20082016 Momot masih ada

Tengahari Sunday 21062016 tiada lagi Momot. Cuma ada Whiskas yang seakan Momot.
Beza Whiskas dan Momot adalah bahagian depan hidung depa.
In loving memory of Momot

Momot pulang untuk pergi selama-lamanya.

Kenapa? Mengapa? Apakah yang menyebabkan kematian Momot kami sekeluarga pun tidak tahu. sebab-musababnya. Tetapi bila Mrs. A cerita dengan Mil. Mil kata mungkin dia termakan racun kot sebab cara mati yang mulut dan hidung berdarah berbuih-buih macam tu biasanya kena racun. Huhuuuu...kalau ya dia termakan racun tak pastilah apa yang dia makan. 

Tetapi sudah setakat itu sahaja Allah pinjamkan Momot buat kami sekeluarga. Mungkin mati itu adalah yang terbaik buat Momot. Mrs. A redha semoga Momot damai di alam sana. We will always love you.

8 ulasan:

  1. keracunan kut Mrs A, si Kecik yang selalu kak ana bagi makan kat luar ni pun skrg selsema teruk, tak nak makan langsng dah beberapa hari :(

    BalasPadam
  2. macam kena racun cara kucing tu mati... sedih bila kucing kesayangan kita mati...

    BalasPadam
  3. Sedih bila dia pergi depan kita kan.. :(

    BalasPadam
  4. Sedih kan bila kucing yang kita sayang mati.
    Lagi2 kalau mati mengejut macam si Momot tu.

    BalasPadam
  5. Kucing ni ibarat teman baik...
    memang akan sedih la...

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©