As Salam and greetings to dear readers.
Si Bobot Kencing Tak Lawas. Bobot tu adalah salah seekor kucing Mrs. A. Dah lama tak bercerita pasal kucing, kali nih! nak share kisah Bobot. Kali terakhir kisah kucing [SINI]. Sejak bila sebenarnya Bobot kencing tak lawas Mrs. A pun tak pasti tapi dalam minggu lepas dia selalu buat hal sendiri tak kisah sangat nak berebut-rebut Mrs. A dengan 5 ekor yang lain. [Perasan lak ko hai Mrs. A oiii hahaha...] Maksud berebut tu adalah pagi-pagi bila Mrs. A buka pintu bilik semua dah tunggu depan pintu, masing-masing menggesel minta dibelai dan garu-garu pipi tapi Bobot takde pun.
Menjawab persoalan seorang officemate macam mana Mrs. A boleh tahu Bobot sakit tak boleh kencing tu kalau kencing pun sikit aje. Dah jadi tabiat Mrs. A rasanya catlover memang ada naluri yang sama kot. Bila kekucing perangai lain dari kebiasaan Mrs. A akan perasan dan cari gali apa masalah depa. Begitulah dengan Bobot pagi-pagi Isnin (15112021) lebih kurang pukul 5.45 pagi rutin seorang Mrs. A adalah membersihkan cat liter anak-anak bulus. Sewaktu Mrs. A duk asyik scoop-scoop tu si Bobot ni pun sibuklah nak buat bisnes jugak so Mrs. A pun stop bagi laluan kat dia dulu tapi tengok setitik je kencing dia tak macam biasa laju macam air terjun yang akan menyebabkan clumping seketul besar tu. Belum habis scoop lagi dia dah masuk semula kencing lagi tapi air kencingnya tak keluar pun. Dari situlah Mrs. A dah dapat agak yang dia ada masalah kencing tak lawas.
Si Bobot Kencing Tak Lawas.
Mr. A yang bagi dia nama Bobot. Tapi bila emak Mrs. A datang rumah we all dia panggil Coweng. |
Planning Mrs. A nak bawa Bobot pergi jumpa vet pada hari Sabtu (20112021) tapi bila google kisah kucing kencing tak lawas, 3 hari je boleh membawa kematian terus hari Selasa petang minta kebenaran bos nak balik awal sejam cause nak bawa kucing ke klinik almaklumlah klinik yang Mrs. A biasa pergi tu tutup pukul 6.00. Kalau keluar pukul 5.15 petang memang tak sempat. Alhamdulillah bos memahami masa Mrs. A bagi tahu bos "I nak balik awal sikit petang ni", terus aje dia cakap kenapa kucing you sakit ke? [muahahhhaaaa... cet! membahan apo bos nih!] Sambil bos pesan jangan lupa tulis dalam log book.
Si Bobot Kencing Tak Lawas.
Ibu.... titer nak pi mane nih!😜 |
Kekdahnya lebih kurang pukul 4.15 petang Mrs. A pun terus balik ke rumah dam ambil Bobot. Carrier Bobot dah minta Aryssa bersihkan siap-siap. Time Mrs. A buka pintu rumah Bobot dengan Simba dah tercongok depan pintu tunggu masa nak keluar main petang-petang lettewww... Terus ajelah Mrs. A ambil Bobot dan masukkan dalam carrier. Adoiii! bising betul mulut dia time kat dalam keta.
Sampai kat Klinik Haiwan Ampangan ada seorang tengah tunggu turn. Lebih kurang 15 minit macam tu turn Bobot pulak masuk jumpa vet. Bila Dr. check pundi kencing Bobot katanya tak bengkak sangat pun. Pastu dia tanyalah ada tukar food ke? Mrs. A kata ada tapi food tu dah habis pun dah tukar yang lama punya semula. Lagipun yang lagi 5 ekor tu okay pulak takde masalah. Dr. bagi Bobot ubat lawas kencing untuk 7 hari dan minta tukar dietnya. Sambil tu Mrs. A kena pantau Bobot dalam seminggu ni bila dia masuk kat litter box kena check kencing dia normal ke tidak.
Si Bobot Kencing Tak Lawas.
Dr minta bagi RC urinary S/O dan ubat lawas kencing sekali sehari selama 7 hari |
Mrs. A dah pantau sehingga ke pagi tadi kencing Bobot masih belum normal lagi 😌😌😌 Tapi dia tetap aktif dan masih mahu makan seperti biasa. Harapnya petang nih! dah okay ialah baharu 3 hari je Bobot makan ubat masih berbaki 4 hari lagi. Sambil tu Mrs. A ada juga bagi Bobot supplement vetri DMG liquid. Harapan Mrs. A mestilah nak Bobot sembuh segera risau dan sedih bila tahu kucing sakit ni.
Akhir kata Mrs. A juga mohon jasa baik rakan-rakan blogger untuk sama-sama doakan Bobot dikurniakan kesembuhan dengan kadar segera. InSyaAllah mungkin ada doa rakan-rakan blogger yang diangkat dengan cepat oleh Allah SWT manalah kita tahukan. Amin Ya Rabbal Alamin.
Ya Allah harap sembuh hari ke-7.
BalasPadamJangan lupa kemaskini lepas hari ke-7.
setakat malam tadi kencing dia dah banyak sikit tapi tak sebanyak yang biasa.
PadamSetuju, kalau kita jenis sayang kucing dan anggap mereka bukan kucing tapi anak, naluri kita automatik akan rasa lain walau ada sedikit perubahan pada anak bulu kita. Sebab PC pun macam tu kak. Beberapa bulan lepas kucing PC pun kencing tak lawas. Bawa pergi vet, dr bg antibiotik dan suruh makan RC untuk uninary yang hanya ada jual di vet je. Kena makan 6 bulan. Sekarang alhamdulillah. Dah ok. Lega rasanya. Semoga bobot cepat sihat ya nak.
BalasPadamKannn... heheheee... Ya betul RC urinary S/O ni tak jual kat pet shop kalau ada pun jenis RC urinary yang lain.
Padamsian bobot moga bobot cpt pulih n lawas kucingnya
BalasPadamwaalaikumusssalam. kesian kat bobot. moga cepat la sembuh. aamiin
BalasPadamsiannye dia.. semoga cepat sembuhhhh..
BalasPadamKasihannya si Bobot! Moga ubat yang doktor bagi tu serasi dengan Bobot dan boleh kencing lawas lepas ni. Cepat sembuh, Bobot!
BalasPadamsaya juga sayang kucing dan kucing juga suka dengan saya hehehe
BalasPadamKucing saya pernah kena batu karang. Dia makan samlah macam Bobot ni. Masa tu 2 hari dia tak bole kencing, ingatkan sembelit. bawa pergi klinik rupanya batu karang. Saya selalu bagi dia cuka kurma. Satu sudu kecil campur dengan air sampai cair sikit. Cuka apple pun boleh. Takpun bagi air daun dukong anak. Rebus daun tu sampai keluar air pati dia. Ambil air tu dalam 1.5ml lepas tu campur dalam separuh gelas air (gelas besar gelas ikea tu). Bagi dia minum, laju aje dia kencing lepas tu
BalasPadamdaun dukong anak tu rebus dengan akar sekali ke? Air nak rebus berapa banyak sebab ada pokok tu kat area depan rumah ni
Padammoga bobot cepat sembuh
BalasPadamDah sihat ke bobotnya tu?
BalasPadamAlhamdulillah dah tak kerap ke litter box dah
PadamSemoga bobot kembali sihat dan cergas..
BalasPadam