Kesian Kucing Pun Kena Fitnah - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Kesian Kucing Pun Kena Fitnah

30 Mei 2021

Kesian Kucing Pun Kena Fitnah

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Kesian Kucing Pun Kena Fitnah. Mrs. A ada jugaklah dapat WhatsApp poster berkaitan kajian tersebut. Bila baca caption WhatsApp tu terus emo sekejap muahahaaa sambil forward pada Aryssa dan bebel-bebel tanda tak puashati, "Sya, ntah! pape je kan kucing pulak nak dipersalahkan, haish! mengarutlah ni. Lepas tu biarkan aje WhatsApp tu bagi bluetick tak koser nak layan.

Kesian Kucing Pun Kena Fitnah.

kucing
Mangsa fitnah eh! πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡
Simba dan Upin pagi-pagi suka skodeng burung-burung di lorong belakang😜😜😜

Iklan jap muahahaaa sengaja bagi up gambar si Simba dan Upin walaupun depa dua ekor tu tidak berkaitan dengan kajian tersebut ngeh! ngeh! ngeh! 

Itulah segelintir manusia suka nak viral tapi tak baca dan hadamkan maksud sebenar poster tu

kucing
Poster ni tulis kajian ini bertujuan mengetahui kadar jangkitan covid 19 di dalam kucing. Erti kata lain bolehkah kucing mendapat jangkitan Covid 19 dari tuannya yang positif Covid 19.
 
Sebelah malamnya tu pulak Mrs. A terbaca yang viral tu fake!

kucing

Kucing


Kucing


Kesian kucing pun kena fitnah. Bagi orang yang bukan catlover mereka mungkin tidak rasa apa-apa pun bila dapat WhatsApp fake macam tu tapi bagi catlover macam Mrs. A ni memang akan timbul perasaan marah dan emo (betul tak catlover) nak-nak pulak orang yang WhatsApp berkaitan benda tu terus senyap dan buat tak tahu, takde pun inisiatif nak betulkan balik a.k.a forwardlah bagi tahu menda tu fake. [Hurm... husnuzon yolah Mrs. A oiii! anggap jelah dia pun tak tahu menda tu fake]. Eii..yolah

Okay itu sahaja nak share luahan rasa seorang cats parent eh! Kesian Kucing Pun Kena Fitnah.


13 ulasan:

  1. Haah salah faham. Ada pula kucing bawa Covid. Padahal sebaliknya.

    BalasPadam
  2. Harap2 tiadalah kes kucing pula dijangkiti Covid 19

    BalasPadam
  3. Kesiannn, kucing jadi mangsa keadaan :')

    BalasPadam
  4. Ada juga baca, mcm2 berita skang ni, kena selidik dulu...

    BalasPadam
  5. bukannya kucing jd pembawa.. diorg cuma nk pastikan kucing boleh dijangkiti jugak ataupun x.. dh tanya member di vet upm betul diorg buat kajian ni sbb kesian kt kucing kalau² dijangkiti

    BalasPadam
  6. kebanyakkannya memang suka memomok-momokkan.. bikin kecoh, nak viral n tunjuk hero.
    Salah faham selalu berlaku. sbb tu kena hadam betul2.

    BalasPadam
  7. Tu yang saya pun selalu tak percaya terus kalau baca di whatApp. Nak pasti, rujuk telegram MKN atau kementerian kesihatan dulu.

    BalasPadam
  8. Saya jenis tak mudah percaya apa-apa berita, khabar yang lalu di media sosial.. Kadangkala kita baca/lihat pun dah tahu akan perkara tersebut benar atau sebaliknya. Dan saya tak suka kongsikan, benda yang saya tak tahu. Dah tahu betul- betul dan jika bermanfaat, saya kongsikan.

    BalasPadam
  9. Zaman fitnah ni bukan saja manusia binatang pun kena

    BalasPadam
  10. Tak tau la kenapa Ada yg suka sgt sebar berita palsu

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©