As Salam and greetings to dear readers.
Ibu Pejabat (HQ) Tutup Seminggu iaitu office Mrs. A yang di Seremban 2 tu tutup seminggu yeay! hooray... tak yah gi kerja muahhahaaa... boleh gittewww... Awalnya bila terima WhatsApp dari bos tu Mrs. A tak kisah sangat disebabkan pada minggu tersebut memang Mrs. A punya turn work from home (WFH). So tutup ka bukak ka Mrs. A tetaplah clock in dari rumah jer... (online attendance).
Ha! mesti dah boleh agakkan kenapa office Mrs. A closed. 😁😁 Iyalah betullah tu ada staff yang positif Covid 19 dan yang kena tu pulak top management.
Ibu Pejabat (HQ) Tutup Seminggu
Staff yang WFH kena check-in dan check-out ikut link seperti kat atas ni! |
Di awal pagi Monday 17052021 tu Mrs. A dah siap-siap check-in dan up-date status WhatsApp. Kemudian ada pulak officemate yang reply status Mrs. A katanya kena masuk online attendance ya? then petang nanti pergi office ke tidak? Mrs. A cakaplah tak pergi cause Mrs. A memang WFH. Di awal pagi tu HR belum announce lagi yang office closed. Cuma HR ada bagi tahu staff diminta masuk office selepas pukul 2.00 petang iaitu bila sanitasi Bomba dah habis.
Suddenly sebelum tengahari tu pulak HR dah keluar Memo lagi sekali maklumkan office tutup 2 hari iaitu 17 dan 18 Mei 2021. Time ni dah tahu ada 3 orang staff positif Covid 19 masing-masing tu contact rapat di office bolehlah dikatakan telah menjangkiti di antara satu sama lain. Adoila... suspend doh! Masing-masing mana yang rasa contact B dan contact C kena bagi nama pada HR cause nak maklumkan pada KKM untuk buat Swab. Alhamdulillah Mrs. A bukan contact B kepada yang positif tu sekadar contact C sahaja. Kena bersabarlah sikit tunggu result contact B sambil tu kena kuarantinkan diri duduk rumah sahaja. Nak tahu anda di kategori mana boleh rujuk jadual kat bawah ni.
Ibu Pejabat (HQ) Tutup Seminggu
Ketahui siapa anda dalam rantaian wabak Covid 19 (kredit KKM) |
Dalam masa sehari 2 tu kecoh betullah staff di HQ muahhaaaaa... debaran kekdahnya masing-masing menunggu status contact B dalam masa yang sama jugak HR telah maklumkan seramai 8 orang staff SAINS telah disahkan positif Covid 19 dan ada dua orang tu bukanlah staff di HQ mereka ada yang terdiri daripada 2 pejabat SAINS yang berlainan tetapi masih di Daerah Seremban. Itu yang suddenly Chairman SAINS terus maklumkan Ibu Pejabat di arah tutup terus demi memutuskan rantaian katanya.
Notis makluman untuk semua termasuk consumer |
Asbab Covid 19 Ibu Pejabat (HQ) tempat kerja Mrs. A telah tutup selama 5 hari to be exact. Tapi tulah untuk PKP 3.0 ni Mrs. A nak pujilah bos a.k.a Ketua Bahagian L&S cause bertindak pantas terus arahkan staff departmen L&S WFH rasanya department pertama di HQ yang buat WFH ngeh! ngeh! ngeh!
WFH untuk department Mrs. A bermula dari 17 Mei hingga 7 Jun selari dengan arahan MKN untuk PKP 3.0 aritu. Penggiliran terbahagi kepada 3 orang bekerja di office setiap minggu selama 3 minggu. Minggu pertama dah habis pun mana nak sangka pulak office closed kira rezekilah yang WFO minggu tu hiks! Mrs. A minggu ni masih lagi WFH start minggu depan baharulah WFO.
Okay setakat ini dulu nak share kisah Ibu Pejabat (HQ) Tutup Seminggu. Jangan berhenti berdoa untuk kita semua dilindungiNYA daripada virus Covid 19. Kita jaga hubungan dengan Allah. Allah jaga kita. InSyaAllah.
bestnyer dpt wfh .,. puanA kannns., ;p
BalasPadamYeayyy mama boleh teman saya BDR, hehehehe
BalasPadamMUdah2an bebas daripada jangkitan.
BalasPadamkekdahnya kena kerja dari rumah teruslah.
opis saya dua orang dah positif tp macam takde apa-ape jer berlaku. staff kene macam biasa, sanitasi pon takde.. hampeh...
BalasPadammoga kita semua dilindungi dr virus covid ni...aamiin...
BalasPadamAduhai... mudah-mudahan pejabat akan beroperasi semula, dan bersih 100% dari jangkitan wabak.
BalasPadamAlhamdulillah, bagus opis ambil tindakan tutup. Semoga kita semua dijauhi penyakit dan dilindungi dari covid-19 ni..Aamin
BalasPadamskrg ni byk opis2 dah terkena 'cemaran' kuman C19 ni kan..
BalasPadamopis kita pun sama... nasib la setakat ni mmg sentiasa wfh...
Debar juga ye, kalau dah ada yang kena, satu ofis. Semoga kita semua selamat hendaknya.
BalasPadamMoga baik-baik saja utk Mrs A.
BalasPadamKdg tu geram juga kan, ada majikan still nak staff masuk office pdahal work load tu boleh buat di rumah :(
Sudah makin hampir Covid. Kena makin lebih berhati-hati.
BalasPadamOpis saya kalau ada kes selalu senyap2 je, tau pun dari khabar angin. Geram betul. Tu kalau WFO pakai mask memanjang walau nak g toilet
BalasPadamofficemate akk pun ada sorang yg positive covid tapi weekend dah sanitize, takde chance nk tutup office..
BalasPadamsemoga kita semua dilindungi Allah..takutnya kes makin naik..
Itulah yg sebaik2 nya... kekal di rumah.
BalasPadamSamalah, pejabat saya tutup juga, cuma kalau ada kerja perlu disegerakan yang diminta oleh big boss, saya siapkan di pejabat.
BalasPadamKeep safe Mrs A selamat WFH kes di N9 kita ni dah bertambah di bandar tepi pantai ni pun keadaan membimbangkan juga.
BalasPadamSelalu yg kena top management sebab diorg selalu meeting org luar
BalasPadam