As Salam and greetings to dear readers.
Scaling Dan Cabut Gigi Di Lantara Dental, Sendayan Metro Park. Bila ditanya bila last Mrs. A pergi check gigi jawapannya [SINI] muahahaaaha... Itulah orang kata perangai memang boleh diubah tapi susah kalau tak bersungguh. Memang Mrs. A ni sejenis kalau tak sakit gigi takdelah nak berjumpa dentist ha gittewww
Yang pergi scaling last weekend tu pun sebabnya Mr. A borak-borak malam Jumaat tu dia cakap gigi dia sakit so dia planning nak pergi cabut gigi di Lantara Dental hari Ahad 10 haribulan. Demi mendengar aje tu Mrs. A pun ambil kesempatan nak ikut sekali nak buat scalling ngeh! ngeh! ngeh! Mr.A dah pernah pergi Lantara Dental ni dia suka servisnya puashati.
Scaling Dan Cabut Gigi Di Lantara Dental, Sendayan Metro Park.
Kaunter |
Eh! tak sangka, Adik pun nak ikut buat scalling ππ |
Sebelum ke Lantara Dental ini kena buat appointment dulu. Appointment dibuat melalui Whatsapp. Sehari sebelum tu Mr. A dah contact klinik bila waktu ada slot untuk cabut dan scaling. Itu yang mereka bagi beberapa pilihan waktu. Kekdahnya Mr. A pilih Ahad pukul 2.30 petang untuk tiga orang. Mr. A nak cabut gigi manakala Adik dan Mrs. A pula nak scaling.
Selepas zohor dalam pukul 1.00 lebih we all gerak dari rumah. Sebelum tu sebelah pagi sempat pergi kenduri rumah jiran sebelah rumah lama dulu di lorong sama tapi nombor rumah mestilah dah berubah kan... haish! mengenang kembali kisah pindah rumah short notice ni dulu kelam kabut betul dibuatnya. Takpelah kalau rajin nanti Mrs. A buat post.
Eh! sempat iklan pulak. Okay sambung kisah scaling dan cabut gigi, we all sampai setengah jam awal di Lantara Dental. Mr. A sempat pulak pergi kedai mainan sebelah klinik tu dulu. Haish! macam-macamlah Mr. A ni. Kemudian dalam 2.20 petang macam tu Mrs. A tengok dah ada orang keluar so Mrs. A masuk dulu. Staf kaunter macam dah jangka appointment seterusnya tu untuk 3 orang lagi we all lettewww... terus mereka minta K/P dan register. Oleh sebab masa tu Mrs. A yang ada dekat kaunter Adik dan Mr. A masih lagi di luar kekdahnya Mrs. A yang dipanggil masuk dulu hah! padan muka Mr. A terpaksalah tunggu turn selepas Mrs. A settle scaling ya.
Aduh! dah lama tak jumpa dentist berdebar pulak nak snap gambar pun tak sempat muahahaaa. Bila disuruh baring kat kerusi bertambah berdebar. Sebelum mula tu pembantu minta berkumur-kumur dulu dan disediakan tisu untuk lap mulut. Kemudian dentist pun mulakan procedure scaling sambil dibantu oleh pembantunya. Pembantu maklumkan kalau ngilu boleh bagitahu sambil angkat tangan kiri ππdoktor akan stop ataupun kalau sakit tak tahan doktor boleh bagi ubat bius.
Sepanjang procedure berjalan adalah sekali Mrs. A terasa ngilu sangat terus doktor stop dan minta Mrs. A berkumur dia tanya nak letak ubat bius ke tidak? Mrs. A kata tak perlu I boleh tahan eeecewah! hahaha... Seterusnya Mrs. A okay je sampai doktor sendiri yang stop dan minta Mrs. A berkumur maybe dalam mulut dah banyak sangat kaladak karies kot π Dah hampir selesai tu sementara doktor nak polish. Doktor tanya bila last pergi check gigi. Hurm Mrs. A terus terang ajelah dah dekat 5 tahun kot tak pergi check gigi. Hahahaa tergelak doktor sambil bagitahu karies Mrs. A jenis yang tersorok bawah gusi itu yang susah sikit nak bersihkan.
Doktor bagitahu juga satu gigi sebelah atas kanan ada lubang kecil seeloknya ditampal. Oh! yeke takde sakit pulak doktor jawab Mrs. A. Iya tapi jangan tunggu dah sakit baharu nak tampal katanya. Mrs. A ingat nak tampal masa tu juga tapi bila fikir semula procedure tampal tu akan ambil masa setengah jam lagi. Mrs.A tak jadilah maybe next time buat appointment lain sebabnya takut Mr. A bebel pulak lama sangat dia kena tunggu nanti. Sambil tu doktor bagilah sepatah dua kata #consultation seeloknya kena buat pemeriksaan gigi berkala iaitu setiap 6 bulan sekali ha! gitu.
Alhamdulillah settle scaling untuk seorang Mrs. A π selepas itu turn Mr. A pula untuk cabut gigi. Sewaktu turn Mr. A tu pintu tak bertutup kekdahnya terdengarlah sikit-sikit perbualan di antara doktor dengan Mr. A. Doktor tanya ada sakit apa-apa dan makan ubat apa? Mr. A bagitahu dia makan ubat cair darah. Sebab tulah agaknya doktor check blood pressure dia dan diminta makan ubat sebelum cabut tu.Tak tanya pulak ubat apa, ke itu ubat tahan sakit. Tak lama kemudian Mr. A keluar sambil bagitahu fuh! lega dah cabut alhamdulillah mudah dan lancar kata dia.
Akhirnya tibalah giliran Adik. Mulanya Adik nak scaling dan whitening. Tapi procedure whitening tu lebih kurang satu jam. Haish! tak jadilah so scaling ajolah. Next time kita whitening ya Adik. Masa scaling Adik lebih cepat dari Mrs. A maybe karies dia tak banyak kot hiks!
Scaling Dan Cabut Gigi Di Lantara Dental, Sendayan Metro Park.
Sebelum pulang sempat snap gambar klinik nun dari keta π |
Ini pengalaman pertama Mrs. A scaling gigi di Lantara Dental, sejujurnya Mrs. A suka, dentist yang buat procedure scaling untuk Mrs. A tu helok lemah lembut dan ikut rentak Mrs. A. Tak tanya pulak nama dia yang pasti dia chinese dan bukan Dr Afifah eh!
Harga untuk scaling full mouth tu tak sama tak pasti pula kenapa itulah Mrs. A ni bukan seorang yang teliti π tak bertanya pula kenapa. Ada kemungkinan sebab scaling berjemaah kot? So orang yang kedua dapat discount ataupun berdasarkan tahap susah atau mudah procedure seseorang individu sebabnya harga Mrs. A RM160.00, harga Adik pula RM130.00. Consultations fee masing-masing sama RM30 seorang. Manakala untuk Mr. A pula cabut sebatang gigi RM120.00, ubat RM10 dan consultation fee RM30.00.
Personally Mrs. A rasa harga tu okay dan berpatutan. Kalau nak murah lagi pi la klinik gomen di UTC tu ha! nasiblah ko kena pegang penyedut tu sendiri muahahaaa... Lagi pula company tempat Mrs. A kerja ni ada dental benefit untuk kakitangan. Dibolehkan claim dental berjumlah RM200.00 setahun. So dapatlah Mrs. A full claim sebab harga scaling tu total RM190.00 sahaja, ada extra lagi RM10.00. Psssttt Mrs. A dah hantar borang claim pun InSyaAllah tengah bulan nanti masuklah claim tu kot. π
Okay itu sahaja nak share kisah Scaling Dan Cabut Gigi Di Lantara Dental, Sendayan Metro Park.
bagus tu ada dental benefit, boleh claim...selalu time birthday dentist bg diskaun utk scaling, tapi asyik terlepas je...bunyi alat tu yg buat bertambah ngilu..hihi..
BalasPadamkhidmat terbaik tu pada yg nk cuba
BalasPadamWalau dah 5 tahun tak pergi, tapi kira eloklah gigi MrsA tak banyak masalah. Saya ni terpaksa jumpa tiap 6 bulan sebab ada masalah π
BalasPadamUncle takut dentist
BalasPadamMemang kak, kalo nak murah dental goverment pastinya. Tapiiii kalo di siniii susah sangat nak buat janji. Memang lah saya pun better ke dental private. Toh CIMB mencover pengobatan gigi karyawan dan family langsung.
BalasPadamTapi saya selama ini ke dokter gigi biasa hanya utk tambal. Saya takut lah scaling. Takut ngilu tak kuat π. Makanya sampai skr tak pernah.
lama btul tu last visit jmpa dentist tp tula kita selagi bole mls kn nk p dentist haha...kita last year last pegi...ni last week gusi bengkak tkleh cabut so dh surut ni nk kena cabut la..seram haha
BalasPadampart dpt claim tu laa paling syok.sekali #ytjt ππ
BalasPadamkenapa angkat tgn kiri ya?
BalasPadamBoleh je kot mana-mana tangan cuma masa Mrs. A tu sebelah kiri adalah pembantu tu
PadamW'salam Mrs. A..
BalasPadamBerurusan dengan dentist memang mendebarkan tapi takde apa pun sebenarnya.. LZ pun ada dentist kegemaran demi keselesaan, hehehe..
kalau boleh dental claim, kita gunakan sebaiknya. saya pun suka gi scaling gigi, rasa suci betul. last pergi bulan 9 haritu
BalasPadamBila baca entry, rasa insaf sekejap, nak pergi klinik gigilah tapi fikir balik, bila nak pergi ntah.. hehehe..
BalasPadam