Klinik Seremban 2 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Klinik Seremban 2

21 Januari 2026

Klinik Seremban 2

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Klinik Seremban 2. Tak sengaja terpergi ke Klinik Seremban 2 planning nak pergi Klinik Mediviron tapi dah tiada di situ lagi (depan bangunan pejabat a walking distance) Semenjak bila dah takde Mrs. A tak perasan pulok! ngeh! ngeh! ngeh!

Actually dari petang semalam Mrs. A dah rasa-rasa sakit kepala sebelah kiri, on and off. Stok ubat migrain pulak takde kat rumah dah habis. Sebelum lunch today dah plan dalam hati lepas lunch nak pergi Klinik Mediviron depan office jalan kaki sajo. (tak tahu pulak dah takde kah! kah! kah!)

Lunch tadi pakat-pakat dengan gojesrian J keluar awal 5 minit sebab bosses semua takde today and tomorrow muahahahaa 💃👻 lah makan kat foodcourt belakang je pun, dramatik sangat nak keluar awallah sangat tu. Masa Mrs. A turun kat lobby tengok J sedang minta paracetamol dekat pakcik guard katanya dia sakit kepala hurm... sakit kepala pun boleh gang ghupernya. Tapi Mrs. A takdelah minta ubat sekali haish! abih pulak ubat pakcik guard tu nanti ngeh! ngeh! ngeh!

Hari ini lunch berdua saja banyak hal yang dibawangkan boleh pulak takde rasa sakit kepala masa tu. Nampak sangat hormon kortisol menurun pada ketika seronok chit-chat sambil makan tu kan.. kan..kan... Dalam pukul 2.04 minit petang J ajak gerak masuk office dah. Selangkah seiring berdua to the office tapi Mrs. A berpisah bila nak sampai lobby J terus masuk kerja Mrs. A melencong nak pergi klinik nak minta ubat migrain.

Klinik Seremban 2. 

Klinik Seremban 2
Setelah berjumpa doktor selfie seketul sementara menunggu ubat

Kisahnya tadi tu terasa lucu pulak adeh! bila sampai seberang jalan depan MJ Curtain panik sekejap sebab tak nampak Klinik Mediviron yang ada Klinik Pakar Wanita. Dalam hati tukar plan la pergi Alpro je beli ubat. Eh! tiba-tiba terpandang Klinik Seremban 2 sebelah kiri jalan sebelah Ar-Rahnu. Terus laju Mrs. A ke situ. Alhamdulillah klinik buka dan tak ramai orang.

Klinik Seremban 2
Jalan kaki sahaja dari office lebih cepat

Bila Mrs. A masuk Klinik Seremban 2 terus tanya di kaunter situ ada PMCare tak. Adik tu kata ada dan tunjukkan Mrs. A code PMCare untuk di scan. Sebab pertama kali ke situ haruslah berjumpa doktor untuk ambil ubat. Doktor tanya apa yang patut sambil check blood pressure dan tekanan jantung. Sambil tanya ada alergi apa-apa ubat ke tidak? Alhamdulillah so far Mrs. A tiada alergi ubat-ubatan. 

Sampai office terus makan ubat migrain, alhamdulillah dengan izinNYA migrain Mrs. A pun beransur hilang. Sekarang dah sembuh sepenuhnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MRS.A my blog my stori ©