Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Corat-coret 1 Syawal 1444H. Corat-coret 1 Syawal Mrs. A sekeluarga seperti tahun-tahun sebelumnya akan pulang beraya ke kampung Mrs. A di Kg. Hj Sulaiman, Panchang, Linggi Lubok China. Kampung Mrs. A ni dalam daerah Rembau bersempadan dengan Melaka kiranya kalau nak ke pekan tu yang paling dekat adalah Pekan Lubok China, Melaka gittewww... Tahun ini Mrs. A balik sehari sebelum raya. Kebiasaanya memang begitu akan balik sehari atau dua hari sebelum raya untuk menolong emak membuat persiapan akhir raya eecewah! 😊
1 Syawal tahun ini semua adik-beradik Mrs. A beraya di kampung. Beza dengan tahun lepas adik bongsu a.k.a Maksu beraya di Kelantan dulu sebelah husband. Tahun ini dia dah balik kampung paling awal iaitu 3 hari sebelum raya. Ntah! di mana silapnya Mrs. A takde pulak snap gambar 1 Syawal tu bersama family Maksu dan Along a.k.a Paklong asyiklah duk minta depa snap gambar we all sebabnya nak gerak ke Jiboi pulak tapi tak pulak ajak bergambar bersama bengong betul!
Tahun lepas tema
dusty green [
SINI] tahun ini tema kuning diraja. Meh! Mrs. A belanja gambar corat-coret di 1 Syawal.
Corat-coret 1 Syawal 1444H. Gambar-gambar di kampung Mrs. A sebelum gerak ke Jiboi.
|
Dalam banyak-banyak snap tu inilah gambar paling menjadi tapi Mrs. A tidur pulak 😀 |
|
Tangan dihulur maaf dipinta gittewww... |
|
Tahun ni mak sedondon dengan family the A's 😍 |
|
Niece yang terpaling comel |
|
Panas leting ha! gigih 😅 sebelum gerak ke Jiboi |
Dah settle bergambar lebih kurang pukul 11.00 pagi we all gerak ke Seremban pula. Dalam
group WhatsApp Jiboi dah ada yang bertanya di mana we all? Depa tunggu ni nak bergambar katanya. Tahun ini Mr. A singgah ke makam Tuan Hj Said terlebih dahulu untuk ziarah kubur arwah ibu mertuaku. Adeh! salah percaturan betullah dia ni huhuhuu... jalan dalam makam tu
traffic jem uols dek ramainya sanak-sedara yang menziarah kubur sedara-mara masing-masing ada juga yang menjual bunga kekdahnya. Tahun lepas we all ziarah petang sebelum pulang semula ke Lubok China jalan
clear jer..
Corat-coret 1 Syawal 1444H.
Alhamdulillah dah sampai Jiboi tu terus aje bersalam-salaman dan bergambar tak sempat makan/ minum uols! muahahaaahaa...
|
the A sekeluarga bersama Atok. Sama macam tahun lepas baju Atok sedondon Mr. A tempahkan sekali untuk abah dia 😍 |
|
Seperti yang diwar-warkan tema paling banyak tahun ini hitam. Family ateh dan along pun tema hitam.
|
|
S.i.l sekeluarga bersama Abah |
|
Alang (b.i.l) sekeluarga tema kuning jugak, tak janji pun ditakdirkan sama pulak temanya dengan we all ngeh! ngeh! ngeh! |
|
Family Along incomplete ini aje yang ada 2 orang kerja 3 orang lagi raya Serting dulu. |
|
Abah bersama menantu-menantunya Kaklong je takde |
|
Mr. A bersama Abah dan adik-beradiknya |
|
Gambar beramai-ramai kuning vs hitam 😆 |
|
Girls only 💛💚❤ |
Seperti kebiasaanya sebelah petang selepas asar Mrs. A sekeluarga akan balik semula ke kampung cenggitulah we all pulang-balik-pulak balik aje syukurlah sebab dekat aje Seremban dengan Linggi Lubok China tu. Kalau sebelum ini otw ke kampung tu akan singgah beraya rumah bapa saudara Mr. A yang di Taman Tuanku Jaafar tu tapi bermula tahun lepas dah tak singgah dah sebabnya Pakteh dan Makteh dah tiada lagi dunia yang fana ini. Ada pun anak-anak beliau tapi 1 Syawal memang tiada orang kerana balik kampung masing-masing.
Oh! petang tu actually Mr. A ada surprise untuk Aryssa dan Adik sempena birthday mereka yang sama tarikh dengan 1 Syawal iaitu 22 April 2023. Pagi tadi tu sebelum gerak Jiboi Mr. A bagi duit dan mintak tolong Paksu a.k.a adik ipar Mrs. A untuk belikan kek dan KFC. Kiranya balik dari Jiboi nanti sajalah buat small celebration potong kek dan makan kepci bersama sepupu-sepapat yang ada.
Corat-coret 1 Syawal 1444H. Sambut birthday Aryssa dan Adik yang sama tarikh dengan hari raya.
|
Tarikh lahir sama 22 April |
|
Kek red velvet SR yang ramai suka |
Alhamdulillah walaupun sekadar potong kek sahaja anak soleh dan solehah ibu/babah tetap happy katanya. Kemudian bila petang tu dah lepak-lepak di luar verandah Aryssa cakap ibu kita takde gambar berdua lagi... teruslah we all bergambar dengan stand ring light yang siap dibawanya dari rumah Seremban tu. Kemudian bila Mrs. A scroll gambar di phone gambar Mrs. A dan dan Mr. A berdua pun langsung takde hurm... sabar yolah.
|
Ada banyak pose tunjuk satu jelah |
Sebelah malam tu pulak sebelum main bunga api Alang ajak semua bergambar katanya bukan selalu semua ahli keluarga cukup semua berkumpul macam ni. Alhamdulillah memori tercipta walaupun tema caca-merba tak kisahlah yang penting dapat bergambar.
|
Family sebelah Mrs. A |
Corat-coret 1 Syawal 1444H. Dah-dah jom main bunga api macam-macam ada, merdeka, ace, butterfly, das eh! ntahlah tak tahu semua nama bunga api tu.
|
Setahun sekali 😔 |
Alhamdulillah syukur di atas rahmat dan nikmat kurniaanya.
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fa bi`ayyi ālā`i rabbikumā tukażżibān
Ertnya: "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"
[Surah Ar-Rahman ayat 13]
Salam idilfitri
BalasPadamMeriah sambutannya
alhamdulillah..meriah sgt...
BalasPadamsiap ada bday celebration lagi...nice
cantik pulak color kuning diraja ni..menyerlah sgt..
Salam Aidilfitri Mrs A. Cantik warna tema tahun ni. Berseri2 semua termasuk mak sis.
BalasPadamMeriahhh..seronok..kpg dekat2, boleh ulang-alik....
BalasPadammeriahnya raya...salam Aidilfitri maaf zahir batin
BalasPadamMat ri Ye kita!
BalasPadamwah kuning di raja gitu hehehe
BalasPadamselamat hari raya..wah kuning di raja...jrg sgt ada bj color kuning...dlu masa bersanding je pakai kuning hehe
BalasPadamsalam aidilfitri buat sis sekeluarga. maaf zahir batin andai ada salah silap sepanjang perkenalan kita di dunia maya ni
BalasPadambla beraya ni, selain mkn minum dan ziarah, bergambar adalah agenda wajib buat...😁
Selamat Hari Raya Mrs A & family..Warna hitam mmg menawan tapi macam kurang sesuai sbb tahun ni panas bebenor...Ramai ni tgk kat sosial media mmg ramai pun pilih tema hitam...
BalasPadamSenang kampung dekat-dekat, boleh ulang alik je. :)
BalasPadamBanyaknya mercun...