Aktiviti Last Saturday - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Aktiviti Last Saturday

14 April 2023

Aktiviti Last Saturday

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Aktiviti Last Saturday.  Kisah last Saturday outing bertiga nak ambil baju raya Aryssa dan Mrs. A yang dah siap dan juga beli barang Adik. Alhamdulillah baju raya tema sedondon the girls ๐Ÿ˜Š Aryssa dan Mrs. A dah siap. Mulanya Mrs. A planning nak pergi ambil sendiri aje. Tapi bila bagitahu Mr. A dia ajak pulak outing sama-sama sekali dengan Adik dan dia eh! lagilah Mrs. A suka tak payah nak drive sendiri ke Yi Mei Ent. di Taman Desa Dahlia ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ tempat the girls tempah baju. Okay belanja gambar baju untuk readers Mrs. A my blog my stori.

Aktiviti Last Saturday.

Aktiviti
Tema kuning diraja tapi girls punya dua tone biar lain sikit dari the boys

Mr. A ajak outing sekali sebabnya dia plan nak belikan barang-barang Adik. Katanya nak belikan T-shirt dan jugak jeans sehelai dua. Kemeja dan baju sedondon yang ditempah untuk the boys tu belum siap lagi so tak dapatlah nak ambil sekali last Saturday tu. 

Kekdahnya on Saturday lebih kurang 11.00 pagi tu pergi ambil baju Aryssa dan Mrs. A dulu kemudian barulah ke kedai Jeans Levi di tengah-tengah Bandar Seremban tu. Mr. A suka pergi situ sebabnya ada servis alter. Macam kes Adik tu jeansnya muat elok tapi kaki jeans panjang terlebih so terus alter jer... cuma we all tak amik time tu sebab malas nak tunggu. 

Destinasi seterusnya adalah ke kedai komputer S2 IT Avenue di Aeon Mall sebabnya Adik request nak beli laptop. Dua tiga hari sebelum tu Adik bagitahu Mrs. A dia nak beli laptop sebab senang nak buat kertas kerja subjek perniagaan dia. Teruslah Mrs. A menyampaikan hasrat Adik tu kepada babahnya. Alhamdulillah rezeki Adik dapat beli laptop yang dia nak. Adik ni dia suka pilih sendiri apa yang dia nak itu yang kalau beli barang-barang eloklah bawa dia sekali so nanti takdelah ada kes-kes tak puashati dan tak berkenan ha! gittewww...

Aktiviti Last Saturday.

Aktiviti
Adik sedang key-in ID email dan create pw untuk Microsoft office berlesen ๐Ÿ˜ 

Urusan di kedai komputer ni ambil masa juga. Mulanya bila dah bayar tu sales person tu suruh jalan-jalan dulu selepas satu jam datang semula sebab dia nak install Microsoft office tu.Kekdahnya dalam masa satu jam tu sempatlah rounder-rounder di outlet di ground floor tu cari-cari Tshirt Adik tak banyak choice pun ada sehelai je yang dia berkenan. Kemudian Mr. A terbekenan pulak dengan set bedset so rembat 2 terus sebab ada offer sempena hari raya gittewww...

Selepas satu jam kembali semula ke kedai komputer ingatkan dah settle haish! belum settle lagi urusannya sales person yang incharge laptop Adik tu cakap sorry bos tadi ramai sangat orang belum sempat key-in lagi. adoiiilaa sabar yolah lebih kurang satu jam lagi duk melepak kat kedai komputer tu. Selain dari beli laptop Adik. Mr. A beli jugak printer sebabnya printer kat rumah dah buat perangai. Bila Mrs. A mintak hantar servis katanya lecehlah baik beli baru jerrr... haish! suka hatilah darling bukan duit I pun.

Lagi satu Mr. A beli adalah mesh wifi tahu pasal mesh wifi ni pun dari orang yang delivery TV ke rumah we all sebelum ni. Bila mana dia nak install app samsung online kat smart TV tu meloading slow ya'mat. Al-kisahnya line Unifi kat rumah Mrs. A area tingkat bawah memang selalunya ada satu atau 2 bar aje. Itu yang deliveryman tu suggest guna mesh wifi sebab bila guna mesh wifi ni boleh dapat full bar. Pung pang pung pang dia bercerita pasal mesh wifi tu sebab dia pun guna kat rumah dia. Hurm... terus Mr. A terjebak membeli mesh wifi. Inilah yang menambah masa lagi di kedai komputer tu sebab nak menunggu dia settingkan mesh wifi tu jugak. Ding dong ding dong dah pukul 3.00 masa tu so kekdahnya terus pulang ke rumah aje lagipun Mrs. A nak kena masak untuk berbuka.

Esoknya tu Adik dan Mr. A sambung lagi shopping ke Seremban Prima pulak sebab nak cari Tshirt dan amik jeans yang depa alter tu. Mesh wifi tu pulak we all dah pasang pun so far so good nanti kalau rajin InSyaAllah Mrs. A review.



8 ulasan:

  1. Cantik baju raya. Rumah 2 tingkat memang macam tu. Anak saya dulu sampai pindah bilik bawah, sebab tingkat atas, line internet tak kuat.

    BalasPadam
  2. wow weee warna kuning diraja gituuu... dari jauh dah nmpk family sis nnt๐Ÿ˜€

    sy tggu jg review mesh wifi tu nnt... share tau! mn laa tau nnt kena bli jg

    BalasPadam
  3. Rumah kitorang pakai extender sebab tidak cukup liputan.
    Hehe warna kuning diraja. Nasib baik tidak semua kuning. Saya pernah pakai warna itu menarik perhatian orang ramai.

    BalasPadam
  4. wahhhh tal sabar tggu entry Mesh Wifi hehe

    BalasPadam
  5. la ni musim shoping xhbs kan sonoknya jelang raya meriah sungguh

    BalasPadam
  6. wahh, cantik baju raya, kuning diraja....seronok cari baju raya time menjelang hari raya..meriah suasana...

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©