As Salam and greetings to dear readers.
2 Syawal pergi beraya dan layan tetamu datang raya. Pada 2 Syawal dalam tengahari Mrs. A pergi beraya rumah D.A childhood friend Mrs. A. Actually ini adalah rumah emak dia yang di kampung. Tak berapa lama dulu pergi kenduri rumah dia yang di [SINI]. Pada 2 Syawal tu depa ada buat kenduri tahlil dan doa selamat teruslah dia buat open house sekali. Awal-awal lagi masa tu masih di bulan puasa D.A calling-calling Mrs. A menjemput datang pada 2 hari raya dia buat open house kat kampung kecil-kecilan aje katanya.
Dah namanya childhood friend bukan setakat D.A aje yang Mrs. A kenal family members yang lain pun Mrs. A kenal juga sama jugaklah D.A dengan family Mrs. A semua adik-beradik kenal 😘😘😘.
2 Syawal beraya di rumah emak D.A.
Sebelum pulang sempat bergambar bersama cikpuan rumah 😍 |
Happy dan seronok dapat jumpa dengan adik-beradik D.A yang Mrs. A kenal iaitu KakNdak dan suami Abang H, Kaklong. kakcik dan anak-anak buah beliau yang dulu kecil sekarang dah besar-besar dan ada jugak yang dah berkahwin dan ada anak hahahaaa... terasa dah tua pulak eh! memang dah tua pun. Alhamdulillah yang penting sihat. Terima kasih D.A atas jemputan dah tu pulak foodnya meriah dan sedap.
Selepas beraya rumah emak D.A di Pekan Lubok China tu we all tak ke mana pun terus aje balik rumah mak Mrs. A semula malas nak keluar uols jalan sana, sini, situ trafficnya macet huhuuhuuuu.... Dah tu pulak pada 2 Syawal tu cuaca panas yaa'mat so lepak-lepak dalam rumah aje adalah pilihan terbaik.
Pada 2 Syawal lebih kurang selepas waktu Asar tu sampai pulak segerombolan tetamu dari Jelai [SINI] iaitu bapa sedara/ pakcik Jeff/ adik emak Mrs. A bersama isteri dan anak-anak cucu menantunya. Alhamdulillah seronok sangat dapat jumpa dengan sepupu-sepapat Mrs. A serta anak-anak, isteri dan suami masing-masing. Sepupu-sepapat Mrs. A ni ramai lelaki 7 ke 6 orang pastu seorang je pompuan yang kaklong tu hehehee... Lama juga depa beraya tu ialah masing-masing sibuk bercerita kisah masa kecik dan juga isu semasa ngeh! ngeh! ngeh!
2 Syawal layan tetamu datang raya.
Tudung kuning kakak (emak Mrs. A) baju melayu kelabu adik (Pakcik Jepp) |
Sebelum depa nak balik tu Kaklong ajak semua bergambar beramai-ramai. Eh! macam dia dengar pulak bisikan hati Mrs. A nak ajak bergambar jugak 😍😍😍 Semoga amalan kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarahi akan terus menjadi amalan pada generasi seterusnya. Sama-sama doakan. Aaamiiinnn... InsyaAllah.
hhehehe meriah ye... selamat hari raya mrs A :)
BalasPadamseronok kalau jumpa childhood friends kan.. auto rasa kembali ke zaman muda remaja 😅
BalasPadamseronoknya jumpa kawan2 sek dulu...mengimbau kenangan zaman remaja,
BalasPadammeriah tahun ni lepas geram beraya dengan bebasnya. Syukur masih ada rezeki
BalasPadamramainya datang beraya, mesti meriah rumah masa raya haritu. Selamat Hari Raya Mrs A :)
BalasPadamwah...nampak sungguh meriah juga tu...selamat hari raya dan maaf zahir dan batin
BalasPadamAda gambar kenangan. Kadang-kadang lupa untuk bergsmbar, sibuk borak.
BalasPadamalhamdulillah..meriah sgt raya this year kan. selamat hari raya!!!
BalasPadamAlhamdulillah, masih terjalin silaturrahim, kawan sejak kecil.
BalasPadamSeronok dapat berjumpa sepupu, saudara-mara masa hari raya. Meriah rasa. :)
Kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarahi wajib diteruskan ...jika tidak, feeling raya akan berkurangan dan muram..
BalasPadammasa ni laa kita dpt pulun ziarah dan jumpa ramai org. nk harapkan hari lain mmg payahlah... syukurrr ada aidilfitri sebegini...
BalasPadamtang cuaca tu mmg x dpt nak elak. rs nak tumpang mandi je bla tiba setiap rumah beraya😂