As Salam and greetings to dear readers.
Pengalaman Pertama Berbekam. Alhamdulillah tercapai jugak hajat Mrs. A nak merasa berbekam. Dah beberapa kali dengar pengalaman officemate pergi berbekam. Depa pun kata best badan terasa ringan, dah lama jugak simpan angan-angan nak berbekam ni syukurlah last Sunday 04102020 angan-angan menjadi kenyataan ngeh! ngeh! ngeh!
Hajat Mrs. A nak berbekam ni pernah jugaklah cerita kat Mr. A tapi time tu dia macam endah tak endah jer... tapi ntah! macam mana awal September hari tu di suatu petang ketika Mrs. A kat office tiba-tiba dia WhatsApp kata nak buat bekam kat Spa Bekam Ar Rayyan, Senawang. Mulanya dia buat appointment untuk dia seorang tapi bila Mrs. A kata nak ikut dia pun setuju terus booking untuk dua orang. Tapikan, tapikan... unfortunately appointment Sunday 10092020 itu tidak menjadi kenyataan ini gara-gara Mrs. A yang lambat bersiap.
Appointment pukul 11 pagi tapi tulah Mrs. A ingatkan keluar rumah pukul 11. Mr. A time tu pun dah angin satu badan. Naik jugaklah kereta pergi tapi on the way tu dia calling-calling dengan orang Spa tu ntah! apa butir bicara Mrs. A pun tak dengar tapi yang pasti patah balik rumah tak jadi pergi sobs...sobss..sobsss... sabar yolah Mrs. A padan muka ko! so berhuhuhuhu... yolah kekdahnya pada hari yang sungguh trajis itu.
Pengalaman Pertama Berbekam
Walaupun gambar sedikit blurrrr.... tetap nak letak jugak. Time nak snap ni tiba-tiba dia panggil masuk bilik rawatan tu yang terkejut tu |
Okay lupakan kisah itu, yang penting Mrs. A dah melalui pengalaman merasai sendiri berbekam. Kali ini Mrs. A pergi seorang diri. Selepas kejadian lambat bersiap itu Mr. A dah pergi dulu, iaitu sebelum pergi Pulau Pinang tu. Senyap-senyap jer dia buat appointment dan pergi sendiri. Bila dia balik rumah tu baru pecah tembelang bila Aryssa tengok belakang tengkok dia ada kesan bekam. Dia pun dengan selamba jawab a'ah! senang pergi sorang. Ibu ko lain kalilah katanya huhuhuuuu....
Mrs.A buat bekam ni di Spa Bekam Ar Rayyan, Senawang. Mrs. A ambil pakej bekam sunnah untuk 13 cup - RM100 (halfbody). Actually ada pelbagai pakej. Nak tahu details sila cek FB Spa Bekam Ar Rayyan ya... eh! macam iklan la pulak! Sebelum nak pergi buat bekam di Spa Bekam Ar Rayyan ni Mrs. A dah booking siap-siap to be exact Mr. A yang tolong bookingkan secara online. Tak berapa lama selepas booking tu Mrs. A pun dapat WhatsApp daripada Spa reminder berkaitan tempahan telah diterima hari bila, masa dan tarikh serta,
Nota peringatan seperti:-
- sila bawa kain batik/pelikat (new normal),
- tulis nama@check-in MySejahtera,
- pakai mask,
- tiada peneman (kecuali dalam situasi yang ada keperluan: wargatua/anak bawah 17 tahun) dan
- tidak demam, batuk & selsema
Untuk wanita period boleh bekam, tetapi pastikan bukan ketika heavy flow.
Sila datang tepat pada waktunya untuk mengelakkan pertindihan jadual dengan pelanggan lain.
Pengalaman Pertama Berbekam
Spa Bekam Ar Rayyan Senawang ni berada di tingkat satu masuk pintu ni naik tangga terus ke pintu Spa |
On Sunday 04102020 tu awal lagi Mrs. A dah bersiap tak mau pisang berbuah dua kali. Alhamdulillah sampai di Spa di dalam waktu yang dijanjikan Mrs. A tak drive pun Mr. A yang tolong hantarkan. Time Mrs. A sampaikan tu dah ada dua tiga orang jugak yang menunggu giliran. Mrs. A diminta duduk dulu tak lama kemudian staff panggil dan interview serba sedikit hal berkaitan tahap kesihatan kita.
Bila depa tanya ambil pakej yang mana Mrs. A pun cakaplah yang 13 cup. Tapi ntah macam mana Mrs. A ubah fikiran nak tambah satu cup lagi kat kepala cause ada migrain boleh ke tidak depa kata boleh aje cuma kena tambah bayaran jugaklah iaitu tambah lagi RM13.00. Mrs.A pun setuju so kekdahnya total cup yang Mrs. A amik adalah 14 cup. Bila dah siap isi borang tu tak lama kemudian staff yang ditugaskan untuk buat bekam Mrs. A pun panggil Mrs. A masuk bilik rawatan.
Pengalaman Pertama Berbekam
Masuk aje kat bilik rawatan tu staff minta Mrs. A buka baju get ready dan pakai kain batik yang dibawa sendiri tu seluar tak perlulah buka cause Mrs. A buat separuh badan sahaja. Kemudian baring secara meniarap letak muka kat lubang tu. Lepas tu dia sapu seluruh bahagian badan yang nak dibekam dengan apa ntah hahahaa... tak tanya pulak. Sebelum tu dia ada jugak suruh baca ayat Kursi, Al-Fatihah dan Selawat Nabi sebagai nak hilangkan nervous al-maklumlah ini pertama kali. Kemudian proses nak bekam pun mula sambil Adik tu terangkan yang Mrs. A buat ini bekam angin dan point-point tu adalah point sunnah. Bila jarum tu mula aje cucuk-cucuk terasalah sedikit perit tapi takdelah sakit manapun. Sempat jugaklah Mrs. A minta Adik tu snapkan gambar bahagian belakang point-point ketika Mrs. A sedang berbekam tu. Tapi tak bolehlah tunjuk sini nak maaatey!!! hahahaaa... Mrs. A pinjam gambar ajelah macam kat bawah ni
Pengalaman Pertama Berbekam.
Bila cup-cup tu dah banyak darah Adik tu akan lap dengan tisu dan ulang lagi proses sedup angin pada cup tu dan cucuk-cucuk jarum jugak. Proses itu berulang kali sampailah lebih kurang 45 minit cenggitu. Adik tu cakap banyak jugak darah Mrs. A ni terutama di bahagian tengkuk, kepala dan bahu. Hurm... itu macam tempat-tempat yang selalu sakit-sakit je patutlah banyak darah kot.
Setelah proses bekam selesai point-point tu akan diletak minyak gamat ataupun gel aloe vera. Adik tu tanya Mrs. A nak letak minyak gamat ke aloe vera. Mrs. A pilih nak letak minyak gamat. Kemudian dalam masa dua jam selepas bekam tidak boleh mandi dulu takut pedih tempat kena cucuk-cucuk jarum tu. Di sunnahkan juga berpantang selama tiga hari jangan makan dan minum benda-benda yang sejuk, jangan makan seafood, jangan minum kopi, nescafe, teh dan yang sewaktu dengannya iaitu benda-benda berangin ha gittewww.... fuhhh!!! paling mencabar yang part tak boleh minum nescafe tu namun begitu alhamdulillah Mrs. A berjaya uols! Mrs. A tukar minum susu kurma, tapi adalah sekali time lunch hari kedua berpantang terlupa pi order air lemon tea suam dah separuh baru teringat sedang berpantang kah! kah! kah! sabar yolah!
Adik tu ada bagitahu jugak sewaktu proses sedang berbekam dan selepas berbekam sekiranya merasa sakit kepala dan pening-pening itu adalah simptom normal orang berbekam kira macam healing proses gittewww... tapi bukan semua oranglah ada jugak yang tiada sebarang simptom. Macam Mrs. A alhamdulillah tak rasa apa-apa pun rasa ceria dan terasa badan ringan jer....
Mrs. A baru tahu jugak yang Spa Bekam Ar Rayyan ni ada servis untuk buat urut (massage) samada urut tradisional mahupun urutan aromaterapi untuk lelaki dan juga untuk perempuan. Kebetulan lah pulak Adik yang buat rawatan bekam untuk Mrs. A tu memang pandai urut. Mrs. A pun ceritalah masalah bahu kanan Mrs. A yang tak boleh lurus dan tangan kanan yang tak boleh bengkok ke belakang nih! bila dia tengok-tengok sambil tekan dan pusing-pusingkan pergelangan tangan Mrs. A ni katanya berkemungkinan tulang bahu Mrs. A ni dah terkeluar sedikit dari landasan kena betulkan cepat-cepat cause katanya bahu Mrs. A tu dah keras dah tinggi sedikit dari bahu kiri. Ntahlah Mrs. A rasa sakit je tak perasan pulak part keras dan tinggi sebelah tu. Adoilaaa... sedeh!! tapi Adik tu cakap lepas bekam tak boleh berurut kena tunggu lebih kurang seminggu atau lebih baru boleh urut. So kekdahnya Mrs. A kena tunggu dululah kalau nak berurut pun Adik tu ada bagi contact nombor junior dia yang pandai urut urat saraf dan pandai nak allocate semula tulang terkehel ke tempat asalnya. InShaAllah later Mrs. A nak calling-calling dia.
Sambil tu Mrs. A nak share jugaklah kat blog Mrs. A ni mengenai Manfaat Bekam Sunnah:-
- Menguatkan daya ingatan
- Melegakan masalah gastrik
- Menghilangkan kejang dan ketidakselesaan pada otot
- Melegakan penyakit mata dan rabun serta menajamkan penglihatan
- Memperbaiki aliran pembuluh darah
- Mengatasi bisul, jerawat dan gatal-gatal kulit
- Mengatasi kelesuan badan
- Membantu menghilangkan pening dan migrain
- Membantu membuang angin dalam badan
- Melegakan pernafasan
- Meningkatkan sistem perkumuhan
- Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam
- Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan sendi
- Meningkatkan mutu tidur
- Membantu melegakan stress (tekanan)
- InshaAllah mendapat hikmah dan faedah kerana menghidupkan Sunnah Nabi SAW.
Alhamdulillah pengalaman pertama Mrs. A berbekam di Spa Bekam Ar Rayyan ini sangat menyeronokkan. Kalau tanya Mrs. A nak buat bekam lagi tak selepas ini jawapan Mrs. A semestinyalah nak. Kalau diizinkan olehNYA Mrs. A nak jadikan berbekam ini sebagai satu lifestyle Mrs. A. Kekdahnya sebulan sekali akan usahan diri ini pergi berbekam yang pertama ini amik pakej sunnah, maybe second nanti amik pakej 22 cup pulak pakej untuk satu badan. Lagipun di Spa Bekam Ar Rayyan ni ada macam-macam jenis bekam, ada khas untuk migrain sahaja ada jugak bekam seri wajah.
Jika ada readers yang teringin untuk berbekam Mrs. A rekomen sangat untuk pergi buat bekam di Spa Bekam Ar Rayyan. Berdasarkan pengalaman pertama ini Mrs. A suka sebab staff mereka yang sangat fiendly, keadaan persekitaran Spa yang bersih, islamik, menarik dan sangat privasi. Tidak semestinya nak kena pergi Senawang kat tempat-tempat lain pun ada jugak kalau tak silap Mrs. A Spa Bekam Ar Rayyan ada 25 cawangan di seluruh Malaysia. Mrs. A reviews ikhlas hokeh! lagipun ini bukanlah post berbayar pun.
Okay sekian kisah pengalaman pertama berbekam. Eh! hampir terlupa pulak nak tulis malam selepas Mrs. A berbekam tu Mrs. A punya tidur sangatlah nyenyak letak kepala aje tiba-tiba bila tersedar dah time nak bangun pagi. Sesungguhnya sesuatu yang mengikut sunnah nabi itu adalah amalan yang terbaik.
Saya pun teringin hendak berbekam tapi masih belum ada kesempatan.
BalasPadamBantu ceritakan pengalaman berurut.
Padamterasa nak buat bekam tp pnakut..haha
BalasPadamhaaaa betul kn ckp sy x skt? 😊😊😊😊 nnt buat full body ada yg terlajak tido smpi lps subuh hahaha
BalasPadamteringin juga nak buat bekan, tapi takut sakit hahaha
BalasPadampengalaman yang menarik kan. Best je badan rasa
BalasPadamJemput singgah www.rancangantivi.com
Banyak kebaikkan berbekan kan MrsA.Tidak hairan ada sesetengah orang menjadikan berbekam ni rutin.
BalasPadamDah lama x berbekam sejak pkp..bagus servis ar rayyan..lepas ni massage pula..moga sembuh sakit bahu..
BalasPadamTak pernah berbekam lagi :( Maybe boleh try juga. Macam best je.
BalasPadammacam best, harap2 saya diberi keberanian nak cuba haha
BalasPadamWak tak pernah berbekam lagi
BalasPadamPernahlah juga berbekam tapi tak adalah cucuk-cucuk jarum tu. Just letak aje bekam tu atas badan. Hahaha
BalasPadammcm scary jer berbekam ni
BalasPadamsaya selalu migraine.. ramai juga yg cadang supaya bekam.. tapi smpai skrg belum cuba lagi..
BalasPadamBanyak manfaatnya tu. Nak berbekam ni kena ada hari hari dia. Itu yang kena set appointment tu. Senawang dekat jugalah dengan rumah. Kot berani nak cuba boleh try kat sini.
BalasPadamInfo berguna tentang bekam. Baru saya tahu..
BalasPadamsaya x pernah lagi berbekam.
BalasPadamnak juga try buat tp kat sini tiada servis berbekam pula.
Nak try, tapi rasa seram pula.. tapi bagus juga banyak kelebihannya ya
BalasPadamBila baca entri ni, saya pun rasa macam nak berbekam. :D
BalasPadamKata orang selepas bekam badan terasa lebih sihat dan segar.
BalasPadamBagus bekam ni. Sunnah Rasulullah
BalasPadamThanks share Mrs. A. Seronok baca cerita orang sebab sendiri tak berani. Darah dahla sikit, kena sedut apa je tinggal. Huhu
BalasPadamSha pernah buat.. dengan orang asing dan selalunya dengan arwah abah.. Memang lega.. Ini dah lama tak buat sebenarnya..
BalasPadamZumal ni seram kalau bekam ni. Memang belum pernah cuba sebab takut.
BalasPadamTeringin tapi takut >_<
BalasPadamServis SEO Malaysia
BalasPadamPerkhidmatan SEO
alhamdulillah, wak pun baru buat 22 cup tadi (2022), abes mrs A ada buat bekam lg tak? hehe
BalasPadamTakde wak huhuhu... lagipun Mr. A sekarang buat bekam di rumah panggil orang datang rumah buat
PadamSEO Marketing Google sangat berkesan untuk membantu perniagaan tempatan mencapai kedudukan Google yang tinggi dan secara konsisten.
BalasPadamServis SEO Malaysia
Perkhidmatan SEO
Pengalaman berbekam memang menarik, terutama bila dapat rasa badan lebih ringan dan segar selepas itu! Sama seperti penjagaan kesihatan, bisnes juga perlukan perhatian dan strategi yang betul. Dengan menggunakan servis seo malaysia, anda boleh memastikan perniagaan dalam talian terus berkembang dan kekal relevan di pasaran. Terima kasih atas perkongsian ini!
BalasPadam