As Salam and greetings to dear readers.
April Birthdays. Kisah campak belakang, macam-macam kisah di bulan April di antaranya meraikan birthday anak bongsu Mrs. A si Adik dan juga Aryssa. Tahun lepas birthday mereka berdua sama tarikh dengan hari raya 1 Syawal 1444H tahun ini 13 Syawal 1445H.
Walaupun Aryssa di Penang boleh saja celebrate online gittewww... Seperti biasa yang sibuk merancang dan urusan membeli kek dan piza adalah Mr. A 😊 Al-maklumlah ibu sibuk kerja kena ikut waktu pejabat 😇 tak sempat nak pergi membeli kek.
Pada petang Isnin 22 April sewaktu Mrs. A sampai di rumah kelihatan telah tersedia sekotak kek. Manakala piza belum sampai lagi babah minta tolong Along belikan piza on the way dia balik kerja tu. Adik ada di bilik tak pastilah dia dah maklum ke belum ataupun dia pura-pura tak tahu sengaja duduk dalam bilik eh! 😀
April Birthdays.
Kek pilihan babahnya 😍 |
Sewaktu Adik nak potong kek tu babahnya video called Aryssa kiranya wakil potong kek untuk Aryssa sekali ngeh! ngeh! ngeh! |
Alhamdulillah |
Pada 29 April pula birthday Mr. A. Yang ini Mrs. A plan dengan Along dan Adik petang 29 April selepas Along dan Mrs. A balik kerja we all nak buat small celebration jugak. Tengahari tu waktu lunch hour Mrs. A ajak Kak N temankan pi beli kek di SR Aeon S2. Mrs. A beli slice by slice ikut citarasa Mrs.A ngeh! ngeh! ngeh!
April Birthdays.
Tulisan tu print-out sendiri |
Mrs. A beli 8 slice pelbagai flavor. Papan alas tu kalau nak kena beli jugak ya bukan percuma huhuhuuuu...
Manusia merancang Allah merancang sampai rumah lain kisahnya. Mendapat khabar duka ayah mertua adik ipar Mrs. A yang Alang tu terlibat kemalangan. Mrs. A ingatkan kemalangan biasa aje sebab dekat dalam group WA family takde apa-apa update. Message terhenti bila Along kata tunggu situ sekejap bila yang lain tanya kau kenapa senyap aje. Mrs. A pulak tak ambil port sangat ada pun pm tepi Along tanya kepci dah beli ke belum? tapi Along tak reply pun. Hurm...
Mrs. A dengan Adik yang kat rumah yang tak tahu apa-apa ni sibuk prepare nak celebrate birthday
Mr. A 😔😔😔 SubhanAllah ditempat kejadian berlaku kekecohan rupanya.
Ada ceritanya di Astroawani. Actually kejadian kemalangan ini pada petang 29 April waktu puncak masa ni orang tengah balik kerja |
Didoakan roh arwah ayahanda N, Hasni bin Mohd Taib dikurniakan syurga tanpa hisab olehNYA |
Dipendekkan cerita petang tu planning Mrs. A tidak diizinNYA. Kek tu simpan dulu dalam peti ais. Malam tu kami semua iaitu family sebelah Mr. A ke rumah arwah iaitu rumah N di Taman Desa Rhu untuk tahlil arwah. Alhamdulillah arwah telah selamat dikebumikan keesokan harinya iaitu pada 30 April sebelum masuk waktu zohor di Tanah Perkuburan Taman Zaiton. Tempat yang sama dengan arwah isterinya. iaitu ibu N.
Hectic betul Mrs. A pada 30 April 2024 sebelah pagi tu Mrs. A minta kebenaran bos masuk lambat sebab nak ke hospital. Urusan post-mortem tu family serah pada Mr. A so kena pergi hospital, dia pulak minta Mrs. A ikut sekali. Dah selesai urusan post-mortem Mrs. A terus balik rumah bersiap nak pergi kerja pulak. Mrs. A terpaksa pergi kerja jugak sebabnya petang tu ada Mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat nak tak nak kena datang sebab Mrs. A sekretariat huhuuhuu... Mesyuarat pada 30 April tu pulak drag sampai ke malam banyak isu hoi!!! adoiii! sabar yolah nasib orang makan gaji camnilah eh! iklan pulak 😝 Okay sambung sikit lagi kisah April Birthday.
Punyalah busy dengan kehidupan sendiri sampai terlupa yang 30 April tu adalah birthday adik bongsu Mrs. A jugak a.k.a Maksu Zimah. Selepas dia sendiri forward gambar kek di WA baru Mrs. A teringat dan wish.
April Birthdays.
Happy birthday Dik Zimah sorry kakcik terlupa |
Barakallah Fii Umrik buat kesayangan semua yang menyambut birthdays di bulan April. Lagi sekali Di doakan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik di dalam umur yang berkat.
happy belated birthday utk april babies.....alfatihah utk arwah ayah mertua adik ipar Mrs. A
BalasPadamHappy belated birthday
BalasPadamSemoga sihat-sihat selalu, dan murah rezeki untuk yang menyambut harijadi.
BalasPadamAlfatihah pada yang telah tiada.
happy belated birthday..
BalasPadaminnalillahiwainnailaihirojiuuunnn...
happy beday semua on april moga tiasa sht sjhtra alfatihah utk yg tiada takziah MRSA n fmilii
BalasPadamwishing the happiest of birthdays to all april gems!
BalasPadamsalam takziah... اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
BalasPadamHbb april babies
BalasPadamSalam takziah
Takziah........
BalasPadamHappy Belated Birthday....
hepi belated besday semua.. dan salam takziah
BalasPadamLambat ucap. Selamat harijadi terlewat. Baca dengan pelbagai emosi
BalasPadamhappy belated birthday for April babies...sian kakak, jauh di Penang, celebrate online, ingatan itu penting...salam takziah kpd keluarga adik ipar Mrs A..semoga mereka tabah..
BalasPadamhappy belated birthday utk april babies
BalasPadamHappy Belat5 Birthday..Al Fatihah buat arwah yang meninggal tu..Semoga syurga buat semua...
BalasPadamSedih sangat, di tengah birthday gembira ada terselip berita duka 😔. Semoga almarhum dilapangkan selalu kuburnya dan diberi kekuatan untuk seluruh keluarga yg ditinggalkan
BalasPadamAl Fatihah untuk ayahanda mertua adik Mrs A.. Semoga ditempatkan bersama mereka yg dijanjikan syurga amin. Kdg2 diuji dalam kegembiraan pasti ada kedukaan.. apa pun kita doakan yg terbaik utk semua
BalasPadam