Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Aidil Fitri 1445H. Dah terlambat nampaknya Mrs.A nak ucapkan selamat hari raya Aidil Fitri serta maaf zahir dan batin buat readers dan rakan-rakan blogger 😔😔😔. Pejam celik pejam celik dah
1 Zulkaedah 1445H. My blog my stori pun dah hampir sebulan tak hap-date. Sedihhh! Okaylah untuk kenang-kenangan di masa akan datang Mrs. A gigihkan juga diri ini untuk memblog gitttewww...
Pada 1 Syawal yang lalu iaitu 10 April tu kiranya Mrs.A macam terkejut jugaklah tak sangka hari Rabu 10 April tu dah raya kufikirkan raya hari Khamis 11 April. Pada malam pengumuman hari raya Mrs. A sorang-sorang aje kat rumah. Anak-anak semua ada di Jiboi termasuklah Mr. A sebabnya malam tu depa berbuka di sana Mrs. A tak join tak berapa sihat dan jugak sendiri dah raya awal.
Aidil Fitri 1445H. Di pagi 1 Syawal berhari raya di Jiboi dahulu.
|
Sebelum berkumpul dengan family, Mr. A ajak ke makam Tuan Hj Said terlebih dahulu ziarah kubur arwah m.i.l |
Di pagi 1 Syawal tu planningnya adalah untuk bergambar beramai-ramai seisi keluarga side Mr.A seperti tahun-tahun sebelum [
SINI]. Unfortunately tidak menjadi kenyataan sebabnya ada
drama la pulak! huhuhuuu... kekdahnya masing-masing terus ajelah menjamu selera.
Sampai di kampung emak Mrs. A dah menunggu dan we all pun makan-makan lagi sebab dah lapar semula ngeh! ngeh! ngeh! Di kampung Mrs.A ada family Alang dan Angah sahaja. Adik bongsu Mrs. A sekeluarga beraya di Kelantan. Abanglong Mrs. A pulak beraya di KL sebab ada hal yang tidak dapat dielakkan. Maksu ada forward gambar di group WA family manakala Along as usual no photo katanya.
Aidil Fitri 1445H.
|
Maksu sekeluarga di beraya di Kg Jeli, Kelantan |
|
Angah sekeluarga tema oren di 1 Syawal 1445H |
|
Alang sekeluarga tema hijau tapi tak tahu kenapa bapaknya color lain sikit ngeh! ngeh! ngeh! |
|
Mereka yang di kampung bergambar kenangan beramai-ramai di pagi 1 Syawal 1445H |
Malam raya tu b.i.l Mrs. A yang Alang tu datang beraya. Actually dia dari Rembau (rumah family wife) nak ke pekan Lubok China beli ais katanya on the way depa singgah. Haish! jauh betul nak membeli ais kat Rembau sdah takde ais ke? tanya jerrr...
|
Alang & N sekeluarga |
Aidil Fitri 1445H. 2 Syawal tak ke mana lepak rumah di kampung tunggu tetamu datang dan bergambar. sahaja.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
BalasPadamMaaf Zahir & Batin ye Mrs A
Lama betoi menyepi hihi...
Selamat hari raya. Maaf zahir batin. Walaupun dah masuk Zulkaedah 😬
BalasPadamSelamat hari raya aidilfitri maaf Zahir dan batin kak
BalasPadamhahaha kemain jauh beli aisnya... kedai semua tutup ke tu kat rembau?😁
BalasPadamsama laa kite raya awal😀
BalasPadamKekdahnya dah habis sebulan syawal tahun ni
BalasPadamTunggu raya hajilah pulak
Selamat hari raya Mrs. A... Jauh bebenar beli aisnya... Rembau dah habis ais ya....kat Linggi pagi-pagi budak-budak ini dah tunggu lori ais depan kedai Rama...
BalasPadamRezeki juga itu untuk sempat berhari Raya bersama keluarga....sekarang umat Islam nak sambut raya Hari pulak
BalasPadammeriah sambutan aidilfitri 1445 tinggal kenangan kan
BalasPadamselamat hari raya, maaf zahir dan batin...
BalasPadamMacam2 tema warna bajunya ya kak 😄👍👍. Pasti cantik seandainya bisa berkumpul semua dan berfoto ramai2.
BalasPadamnk datang sini ucap selamat hari raya pun dah terlambat.. hahaha.. dah lepas syawal dah..
BalasPadamNampak meriah juga beraya walaupun kata ada drama.
BalasPadamComei lote Mrs. A. Walaupun dah lepas raya, saya nak minta maaf jugalah dengan Mrs. A, atas segala salah silap saya, sepanjang kita kenal di ruangan blog ni ye. Selamat hari raya, walaupun dah lepas. :)
BalasPadam