Cerita Raya 2016 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Cerita Raya 2016

11 Julai 2016

Cerita Raya 2016

As Salam and greetings to dear readers.

Sekejap aje dah hampir seminggu kita beraya. Mesti banyak cerita rayakan??? Jomlah share kat blog. Blog Mrs. A pun dah seminggu sepi, busy di dunia nyata ngeh! ngeh! ngeh! Tahun ini tiada gambar pun memasing mood ntah pape jer... di pagi raya 1 Syawal tu sodeh mokcik tau sob..sob..sob.. lagipun phone Mrs. A problem time tu. Gambar yang ada pun dalam kamera adik Mrs. A tapi tak download lagi katanya.

As usual selepas solat raya we all gerak balik side Mr. A pulak iaitu ke Jiboi. On the way tu haruslah buat trade mark Mrs. A wefie-wepot ngeh!ngeh!ngeh!

Mrs. A - the boys
The boys tu mood ke laut sebab malam raya tu tidur lambat pi takbir punya pasal. Aryssa tak nampak kesian....

Mak kau hijau! sampai salah orang Atuk kau.

Ha.. tulah tema we all hijau daun pisang. Kalau diri sebelah pokok pisang mesti orang confused tak dapat cari. Ok... tipu.

Alhamdulillah highway Pedas - Seremban time tu clear no traffic jam. Cepatlah sampai ke Jiboi kononnya dapatlah catch-up the biras and siblings. Walaupun cepat tetapi adik-beradik Mr. A dah gerak awal jugak depa dah pi rumah mak pak mertua depa pulak.

As usual time ni akan tinggal family we all aje kat Jiboi tapi tahun ini ada family sil lepak-lepak sampai lebam pastu dah petang pi raya rumah Pakteh (bapak sedara Mr. A) di TTJ kemudian pulang semula ke Lubok China. 

Oh! ya sehari sebelum raya sempatlah jugak tolong Mak Mrs. A melemang. Tahun lepas tak buat tetapi tahun ini rajinlah pulok mak Limah tu nak buat lemang lagipun beli tak puas makan dan tak ikut specifications mak katanya. Amboi! mak kemain lagiks tapi yang menjaga api tu hangat tekau!!!

Mrs. A - ni.salah.seorang.penjaga.lemangya
Ni salah seorang penjaga lemangnya

Mrs. A - adoiii.cepat.arr.paneh.tekau
Adoiiii! paneh! tekau!!

Alhamdulillah lemang tu masak mengikut spec. Mak Limah sedap dan puas hati. Dapatlah bawak sebatang ke Jiboi walaupun Jiboi pun ada jugak melemang tapi lain tukang masaknya lain rasanya.

Okay sambung sikit lagi cerita raya. Pada hari raya kedua |Mrs. A konvoi ke Jelai 1 dan Palong 7 pulak sama seperti tahun lepas cuma kali ini Mak Limah tak ikut, Mrs. A adik-beradik aje.


Sementara tuan rumah nak keluarkan hidangan kita wefie dulu

Hari raya ketiga tak plan ke mana-mana masing-masing lepak kat rumah tunggu orang datang. Hari raya keempat sambung semula raya. Kali ini Mrs. A pi beraya side Mr. A pulak rumah mak pak sedara di Seremban. Oleh kerana phone Mrs. A problem kekdahnya takdo arrr... gambar beraya kat rumah pak mak sedara tu.

Setelah pergi beraya tu. Sempat pulak singgah kat Seremban Prima dulu coz nak betulkan phone Mrs. A yang problem tu. Mujur boleh settle dalam masa setengah jam, alhamdulillah. Hah! tengok tu phone dah ok boleh arr... selpi-selpot kembali ngeh!ngeh!ngeh! #tolongjangankecam.

huhuuuhu...siaran ulangan yalah mak bukan retis ada 30 pasang baju raya noks!!

Sementara Mrs. A pi beraya side Mr. A tu Kakngah dan Mak Mrs. A pun beraya jugak side Mrs. A. Ha! betullah tu memang Adik! dia tak nak ikut family sendiri tapi pi ikut Makngahnya. Suka hati kaulah dik!! yang penting happy.

Sebelum balik Adik ajak singgah McD kata neneknya.
Hari raya kelima kids pi beraya rumah makngahnya ikut paksu dan paklang depa tapi Mrs. A tak ikut pun coz ada orang nak datang beraya. Sikit punya tunggulah tapi yang ditunggu tu tak datang pun. Kalau tahu baik Mrs. A ikut jer... depa pi Melaka sekali. Selepas beraya kat rumah kakngah Mrs. A tu depa sempat pulak pi dataran Klebang berfoya-foya.


Mrs. A

Kalau naik ATV nih RM20

Si tecik nih! dah naik tak mau balik dah! kata Daddynya.

Motor pun nak naik jugak. Hurmmm...koyak poket pak sedara ko dik

Alhamdulillah syukur dapat meraikan hari raya aidilfitri bersama keluarga tercinta. Sambutan Aidil Fitri Mrs. A dan keluarga serba-sederhana aje itulah yang terbaik buat Mrs. A dan keluarga. Okay! itu sahaja cerita raya 2016. Lepas ini mesti banyak open house dan open office pulak.


6 ulasan:

  1. tak panas ke dok lepak2 kt klebang tu? kami dok umah je sbb pns ya amattt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Time tu dah petang takdelah panas sangat kot

      Padam
  2. selmat hari raya utk mrs a sekeluarga

    BalasPadam
  3. P/s menjwb soalan, menggl krn SLE

    BalasPadam
  4. Selamat Hari Raya.
    Meriah Mrs.A sambut raya taun ni.

    BalasPadam
  5. Selamat hari raya.. nak duit raya?

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©