Barakallah Fii Umrik Mrs. A - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Barakallah Fii Umrik Mrs. A

31 Mei 2023

Barakallah Fii Umrik Mrs. A

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Barakallah Fii Umrik Mrs. A. Semalam 30 Mei adalah birthday Mrs. A yang ke empat ooopps! biarlah rahsia mana yang tahu-tahulah ya. Actually semenjak Jumaat lepas Mrs. A tak berapa sihat sangat, demam, batuk dan juga selsema. Makan ubat demam yang ada kat rumah aje rasa macam okaylah sikit. Tapi tulah gigih  ke sana ke mari itu yang semakin lemau kot. 

Jumaat petang bergegas menjemput Along ke IKTBN selalunya Mr. A yang amik tapi dia outstation so kenalah ibu ambil alih tugas menjemput Along. Hari Sabtu petang walaupun demam gigih tu pergi selection bowling di Ampang Superbowl dah tu hari Ahad ke training netball pulak. Hari Isnin terus lemau ya'amat so kekdahnya haruslah ke klinik jumpa doktor. Dapat pelbagai ubat dan dapat jugak MC sehari.

Eh! panjangnya intro happy birthday Mrs. A muahahhaaa.....birthday tahun lepas [SINI] Mungkin disebabkan demam tu yang Mrs. A tak kisah sangat pun dengan birthday sendiri lagipun dah umur veteren ni sejujurnya dah tak beria pun. Tapi masih mengharapkan orang pertama yang wish pada waktu tengah malam itu adalah Mr. A none-hado ha! πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘ so Mrs.A tidur jelah. Lagipun Mr.A keluar malam tu balik pukul berapa pun tak pasti sebab Mrs. A dah tidur. 

Pagi nak pergi kerja barulah dia wish 😊. Pagi-pagi sampai office keluar aje dari kereta, ada seorang adik officemate ni wish "akak! happy birthday ya hari ini birthday akakkan" Allahu terharunya so sweet si Fahren ni tau. Semoga cepat bertemu jodohnya yang baik-baik. Sebelah malam kekdahnya ada small celebration by Mr. A dan kids  ada cake dan juga sate 😍😍😍 Itupun Mrs. A dah happy gitttewww....

Barakallah Fii Umrik Mrs. A

Happy BIrthday
Mrs. A potong cake Aryssa nyanyikan lagu happy birthday hehehhee...

Happy Birthday
Cake Ice Cream pun sodap

Happy Birthday
Yeay! dapat gift jenama Poh Kong I likes 😍😍😍

Sebelum orang lain bagi gift eh! confident sangat ni muahahahaaa... Mrs. A dah terlebih dahulu reward diri sendiri πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ Disebabkan dah terjebak menjadi ahli Triumph kekdahnya di bulan birthday tu sudah beberapa kali dak Triumph hantar sms mewar-warkan e-voucher enam poh henggetnya tu sehinggalah Mrs. A terjebak hangus 200++

Happy Birthday
Kerana diriku begitu berharga. I treat myself 😝

Alhamdulillah syukur masih dikurniakan kesihatan yang baik olehNYA. Terima kasih juga kepada semua sahabat, saudara-mara yang telah ucap selamat dan juga mendoakan InsyaAllah moga doa-doa yang baik akan berbalik jua pada kalian semua. Barakallah Fii Umrik dear Mrs. A 😊😊😊




14 ulasan:

  1. happy birthdau kakak santekkkkkπŸ’πŸŽ‚πŸ’πŸŽ‚πŸ’πŸŽ‚

    syafakillah...

    BalasPadam
  2. happy belated birthday dear.

    BalasPadam
  3. Sanah helwah Mrs A...reward diri sendiri is a must....happy selalu!

    BalasPadam
  4. Happy belated birthday, Mrs. A. Semoga sihat, murah rezeki dan dirahmati Allah. Best tu, dapat e-voucher Triumph.

    BalasPadam
  5. yes, terbaik mrs a.. appreciate yourself.. happy birthday ye semoga tercapai segala hajat

    BalasPadam
  6. sanah helwah MRSA moga tiasa sihat sejhtra sedapnya kek besday

    BalasPadam
  7. Selamat Hari Jadi Mrs A...moga panjang umur, murah rezeki dan sihat walfiat selalu

    BalasPadam
  8. Selamat hari lahir Mrs A! Seronok sambut birthday dengan anak2 dan suami. Kek tu nampak sedap.

    BalasPadam
  9. Selamat Hari Lahir kak. Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan. Aamiin...
    usia memang patut kita rahsiakan:)

    BalasPadam
  10. Happy Belated Birthday! Semoga Allah berkati usiamu, kehidupanmu Dunia akhirat Dan sentiasa tabah dalam apa jua perkara yang berlalu dalam kehidupan..Aamin!

    Sabo jela.. birthday dalam keadaan tak sihat ek..

    BalasPadam
  11. Happy Belated Birthday Mrs A..Moga yang baik2 saja,sentiasa sihat, happy di samping family...

    BalasPadam
  12. happy belated birthday Mrs A.. semoga sentiasa dirahmati & dilindungi Allah...
    happy always!

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©