5 Ogos 2009 - 5 Ogos 2022 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: 5 Ogos 2009 - 5 Ogos 2022

8 Ogos 2022

5 Ogos 2009 - 5 Ogos 2022

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

5 Ogos 2009 - 5 Ogos 2022. Alhamdulillah 13 tahun sudah setiaku di sini eecewwahhh! ngeh! ngeh! ngeh! Sebenarnya entry ni dah taip dari Jumaat lepas tapi hari ni baru siap. Jumaat lepas genap sudah 13 tahun Mrs. A berkhidmat bersama SAINS. Love and hate relationships gitttewww.... Ada hari dan masa rasa seronok aje nak pergi bekerja ada masa pulak macam sakit hati, nyampah dan malas pulak nak pergi bekerja. Rasanya ramai aje yang ada perasaan macam Mrs. A ni ialah dah nama pun manusia tiada yang sempurna pun.

Mrs. A dah pernah rasa juga perasaan menjadi seorang penganggur sejujurnya status penganggur bagi seorang Mrs. A pada ketika itu bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Walaupun waktu tu Mrs. A dah berkahwin tapi in between nak mencari pekerjaan tu hidup langsung tak ceria mudah sangat terasa nak nangis. Tempat favorite Mrs. A nangis kat dalam bilik air πŸ˜†πŸ˜…πŸ˜‚ Husband selalu aje pujuk katanya tak mati de takde kerja sayakan ada apa guna saya ni cenggitulah selalu kata-kata dia bila tengok Mrs. A nangis. Tapi tak jalan pun pujukan dia tu Mrs. A tetap juga menangis adoiii! bila diingat-ingat balik kelakar pulak rasa.

Those were the days zaman muda remaja Mrs. A bekerja di Kuala Lumpur kiranya pernah bergelar warga kota selama beberapa belas tahun. Pada ketika itu dalam tahun 90an kerja senang dapat. Kekdahnya selalulah tukar-tukar kerja. Tapi bila dah bekerja dengan company yang kira bagus tu foreign company to be exact bos pun mat salih ha πŸ˜™ Mrs.A setia aje di situ sampailah company tu dah mengalami masalah terutamanya yang base di Malaysia. Projek baharu tak dapat, projek-projek sedia ada pulak dah banyak yang siap. Projek Dubai mereka bungkus itu yang company mereka di Malaysia pun terus sakit. Kalau ada pun waktu tu projek di Ipoh, Perak haish! tak gigihlah nak ke Ipoh laki den pun tak bagi muahahhaaaa so grab ajelah retrenchment benefit yang company offer tu jadilah Mrs. A penganggur bermula Mei 2009 lebih kurang 2 bulan tanam anggur. Alhamdulillah rezeki Mrs. A diterima bekerja di SAINS bermula 5 Ogos 2009 sehinggalah hari ini.

5 Ogos 2009 - 5 Ogos 2022. 

Pagi Jumaat lepas ditakdirkan office ada buat bacaan Yasin. Alhamdulillah rezeki Mrs. A berkongsi laksa bersama-sama jemaah yang lain sebagai tanda syukur genap 13 tahun bersama SAINS😍😍😍. Tradisi di office ni jika ada baca Yasin kakitangan akan sumbang makanan ikut suka hati masing-masing nak sumbangkan apa ikut kemampuan. Alhamdulillah setakat ini ramai aje penyumbang-penyumbang yang budiman selalu ada banyak aje makanan yang dikongsi semoga Allah memberkati kita semua.

Ogos
Sebelah pompuan

Ogos
Selalunya bidai tu akan dibuka jika ada majlis/ baca Yasin bersama-sama

Terjumpa gambar sewaktu last day di Leighton Contractors (M) Sdn Bhd sajalah nak tepek sini sebagai kenangan huhuhuuu...

LCM
Bersama gang retrenchment 😝 yang sempat bergambar. Masa ni Mrs. A takde smartphone pun guna camera digital siap ada tarikh gittewww...





11 ulasan:

  1. Tahniah Mrs A...Lama dh tu...semoga kekal setia ye

    BalasPadam
  2. Tahniah kak, bila dah selesa kan tak suka ke penat ke tetap kita hadap juga. Dana tahun ni genap 15tahun kerja di JUPEM pada april lepas.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. semoga penat lelah bekerja diberkati dan diredhai Allah.

    BalasPadam
  4. Tahniah
    Lama tu kan.
    ciknur pun bwh sikit thn ni genap 12 thn setia

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah masih bekerja. Haah belanja makan ini senang. Semua orang suka.

    BalasPadam
  6. wah..lama tu. saya pun pernah rasa jadi penganggur. masa tu memang stresslah. nasib baik buat muka tak malu kerja retail lah, ikut event lah selagi tak dapat kerja tetap. semoga terus sukses dan naik pangkat

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah setiaku di sini selamanya la agaknya Mrs A :D
    PH dulu pun kerja 1 company je, hampir 11 tahun sblm jadi "home minister" :D

    BalasPadam
  8. alhamdulillah, semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rejeki senantiasa., aminn

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah.......❤❤❤

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©