Hari Pendaftaran - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Hari Pendaftaran

24 Ogos 2022

Hari Pendaftaran

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Hari Pendaftaran. Dah 10 hari berlalu baru nak up-date kisah hari pendaftaran pelajar baharu Aryssa huhuhu..... We all check-out Homestay Tok Ani lebih kurang pukul 11.30 pagi. Check-out awal sebab planning nak pergi lunch dulu.

Mr. A bawa pergi lunch di tempat dia pernah lunch time dia out-station ke utara baru-baru ini iaitu di Dkashmiry. Very the rare tempatnya bagi Mrs. A 😊😋😉

Hari Pendaftaran sebelum tu pergi lunch dulu.

Hari Pendaftaran
D Kashmiry Kubang Semang Bukit Mertajam

Hari Pendaftaran
Lunch dengan view sawah padi

Hari Pendaftaran
#ootd 😝

Selepas lunch S.i.l bawa jalan-jalan tunjukkan Station keretapi paling dekat dengan Poli Aryssa nanti senang nak balik Seremban naik ETS gittewww... Kononnya nak pergi Aoen/ Jusco Bukit Mertajam Aryssa nak beli iron dan jugak jajan unfortunately dah tutup tempat tu sadis sungguh s.i.l cakap punyalah besar dan  meriah dulu bolehkan dah tutup pulak huhuhuuu... Jalan-jalan lagi rupanya dekat sangat dengan Poli tu dah ada Mydin.

Dah hampir pukul 2 petang tu selepas settled membeli barang-barang Aryssa. S.i.l sekeluarga dan Adik anak Mrs. A yang kecik tu dah nak ke tempat lain pulak. Jadinya Aryssa dan depa berpisah dulu.

Hari Pendaftaran
Sebelum berpisah arah tu haruslah bergambar dulu 😘😘😘

Maksu cakap sampai sini aje Maksu hantar ya belajar rajin-rajin belajar semoga dapat sesuai diri di sana.
Hari Pendaftaran
Sementara itu sempat juga S.i.l singgah bergambar tempat dia study dulu 😀

We all bertiga pula terus menuju ke destinasi pendaftaran Aryssa iaitu ke pendaftaran pelajar baharu dan juga pendaftaran asrama di Politeknik Seberang Perai.

Hari Pendaftaran

Hari Pendaftaran
Snap gambar pintu gerbang dari dalam keta

Hari Pendaftaran
Kena turun barang-barang kemudian parking ibu-bapa tunggu di khemah disediakan

Hari Pendaftaran
Okay! complete dah boleh ambil kunci kamsis

Hari Pendaftaran
Barang-barang. AJK bertugas tolong angkat ke kamsis. Yang sedihnya ibubapa tidak dibenarkan masuk sampai ke bilik nak tolong susun atur dalam mimpi yolah

Hari Pendaftaran
Sebelum ibubabah balik wefie dulu. Mata dah merah-merah dek nangis

hari Pendaftaran
Madani nama kamsis Aryssa 😭😭😭

Hari Pendaftaran. Tabahkan hati kuatkan semangat Aryssa Hani. Ibu sentiasa mendoakan cita-cita Sha tercapai, berjaya di dunia dan juga di akhirat kelak. Ya Allah kelilingi anakku Aryssa Hani dengan orang-orang yang baik-baik. Aaamiin... Ya Rabbal Alamin. Hasbunallah Wani'malwakeel.



13 ulasan:

  1. Insha Allah Aryssa dapat sesuaikan diri sebaiknya 🤲

    BalasPadam
  2. Tidak pernah berpisah jauh mesti sedih.

    BalasPadam
  3. Tahniah buat ibu dan anak..... Mula2 jer Mrs. A.... Akak pun dulu macam tu, now bila hantar dah tak banjir lagi......

    BalasPadam
  4. menarik resto DKashmiry...selamat belajar Arissa..InshaaAllah, seronok dia dapat kawan2 baru..

    BalasPadam
  5. tahniah Aryssa...jauh skit dr family...smoga dpt sesuaikan diri

    BalasPadam
  6. Allahu... tak boleh bygkan macamana nnt berpisah dgn anak2 bila dieorg sambung belajar. Belajar sungguh2 Aryssa. Banggakan ayah ibu.

    BalasPadam
  7. All the best Aryssa. Terimbau memori daftar belajar dulu. Harap dapat sesuaikan diri

    BalasPadam
  8. TAHNIAH ARYSA SERONOK TU BELAJAR DI UTARA/SBP

    BalasPadam
  9. anak member dapat gak kat sini.... dia akan register 5hb sep nnt

    BalasPadam
  10. Sama macam kolej matriks la. Lagi la parents tak boleh turun kereta. Main campak je anak dengan barang-barang. Insya-Allah, doa-doa selalu, kita sebagai ibubapa. Semoga anak-anak kita yang belajar di tempat orang dilindungi Allah selalu. Aminn...

    BalasPadam
  11. Seronok baca story Mrs. A sekeluarga pergi menghantar Aryssa.. Tetiba di akhir cerita terasa sebak pula..

    BalasPadam
  12. aryssa boleh punya! lps ni kalau ada rezeki belajar ke luar negara laggiiii mencabar. btw all the best utk aryssa!

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©