As Salam and greetings to dear readers.
Hi-Tea bersama Tok Mat. Tok Mat adalah gelaran mesra rakyat Negeri Sembilan kepada YABDSU Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan dan juga merupakan Pengerusi Syarikat tempat Mrs. A bekerja.
Actually majlis Hi-Tea ini telah berlangsung dua hari lepas iaitu pada 14022017 amvoi! sama tarikh pulak dengan valentine day muahhhahhaaa....
|
Hastag bukan main win #kamisayangtokmat |
Majlis Hi-Tea bersama Tok Mat ini adalah permintaan Tok Mat sendiri. Dalam ucapan beliau pada petang itu katanya. "Saya sendiri yang minta kepada pihak pengurusan supaya diadakan majlis ini sebab saya nak bagi tahu sendiri dengan tuan-tuan dan puan-puan supaya bila dah dapat pelarasan gaji nih kojolah rajin-rajin, janganlah buek muko bongih yo! macam tertolan penyongek. Pagi-pagi datang kojo dah buek muko bongih kat GM kat Pengarah janganlah camtu marah kek dio berduo pulak. Dio tak salah pun".
Katanya lagi "bersyukurlah kita company ada buat keuntungan dalam keadaan sekarang ini banyak syarikat yang buat dasar berjimat-cermat dengan kurangkan gaji tapi tuan-puan pulak lain dapat pelarasan gaji ha! kan untung tu".
Lagi satu kata beliau, "tuan-puan jangan salah sangka pasal bonus nih! bonus hanya akan dibayar pada hujung tahun itupun kalau syarikat mendapat keuntungan. Ini... sibuk nak bonus time ghayo mano buleh, itupun syarikat bagi jugak tuan-puan saguhati samo banyak dengan orang kerajaan ha! itu pun nak bising-bising laie."
Memang benar apa yang Tok Mat cakapkan tu Mrs. A pun setuju. Sana, sini, situ dengar banyak rungutan kawan-kawan terutama sekali company oil & gas. company kurangkan budget syarikat, sekat OT, sekat claim haish! macam-macamlah. Syukur alhamdulillah company yang terlibat dalam industri air tidak terasa sangat.
Jom layan gambar pulak...
|
Grand Ballroom Klana Resort, Seremban |
|
Rewang-rewang santai sementara menunggu ketibaan Tok Mat dan lain-lain Ahli Lembaga Pengarah |
|
Pia...(officemate) tolong ambilkan gambar akak. #ootd |
Okay gambar last nih! nak tunjuk jugak walaupun gegar dan blurr bukan salah Tok Mat tapi salah Mrs. A yang terkejut sebab time Mrs. A nak snap tu Tok Mat senyum sambil posing gitew menggigil tangan iols.
|
Adoi...yai.. tangan gigil punya pasal snap gambar pun blurr |
Alhamdulillah majlis Hi-Tea Bersama Tok Mat pada petang itu berjalan lancar dan menggembirakan kalau pun orang lain kurang gembira tapi gang-gang Mrs. A semuanya happy sesangat.
Semoga syarikat akan terus maju jaya bersama dengan pemimpin-pemimpin yang berjiwa rakyat.
wahhh best tu... igt kan ada gmbr sekali dgn tok mat ;-)
BalasPadamTulah Anies ingatkan nak ajak Tok Mat selfie sekali tapi malu
PadamItulah untungnya kalau sykt ada sandaran dgn org politik
BalasPadamKakak ni kan Mrs A, hari raya memang tak ada langsung pun duit imbuhan
Bonus pun dpt selepat yearly audit. Bukan akhir tahun tapi awal tahun.
segak lagi bergayo tok mat,
BalasPadamTeruja sangat yaa Mrs. A sampai bergoyang gambar.. hehehe
BalasPadamAlhamdulillah.. betul pesanan tok mat tu..
BalasPadamhehehe sampai gigil tangan ye kak. belum lagi kalau selfie tu.
BalasPadamDahlah dapat makan, dapat naik gaji dapat pulak bonus.... rezeki berganda nampaknya MA tahun ni hihi...
BalasPadamSebelum ni memanglah bongih yo MA, gaji tak laras laras hihi
Wah bebat tu.
BalasPadamkenapa tak berswaphoto dengan Tok Mat.
Bestnya hi tea ! Mek lame dh tk join event ni.
BalasPadam