Selamat Bersara HA - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Selamat Bersara HA

31 Julai 2023

Selamat Bersara HA

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Bersara HA. HA adalah initial untuk nama seorang Pengurus Kanan di syarikat tempat Mrs. A bekerja ini. Beliau adalah antara bos yang dah lama Mrs. A kenal iaitu semenjak 13 tahun yang lalu. Kiranya dari awal Mrs. A join SAINS sehinggalah sekarang dan pada 24 Julai 2023 tamatlah tugas beliau  di SAINS iaitu bersara wajib (cukup umur). Eh! dah macam kat gomen pulak ayat bersara wajib tu muahahhaaaa.... 

Actually tarikh lahir beliau adalah pada keesokan harinya iaitu 25 Julai. Oleh kerana pada 25 Julai beliau dah tak perlu hadir, so we all celebratelah pada hari Isnin 24 Julai. Majlis santai dan sederhana diadakan di ruang terbuka rooftop ibu pejabat. 

Selamat Bersara HA.

Selamat Bersara
Sebelum majlis bermula sempatlah Mrs.A group photo bersama HA

Selamat Bersara
Majlis dimulakan dengan bacaan doa 

Selepas bacaan doa tu pengerusi majlis meminta Tn Ir Ts. Pengurus Besar Kanan berucap sepatah dua kata dan seterusnya beliau meminta HA berucap kata-kata pesanan terakhir. HA mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan-rakan sekerja dan jugak mohon maaf segala salah dan silap. Aduhai! HA dah nak bersara pun masih lagi bercerita hal berkaitan kerja-kerja di jabatan beliau dan sasaran NRW syarikat hehehee.... terharu pulak Mrs. A dengar masih bersemangat walaupun di saat akhir bekerja. Kemudian setelah selesai berucap ada acara bertukar-tukar cenderahati dan potong pulut kuning. 😍

Selamat Bersara
Selamat bersara HA sambil we all nyanyi lagu birthday!
 Allah selamatkan kamu😍

Kemudian acara yang ditunggu-tunggu pun tiba jamuan makan-makan lerr...eh! muahahhaaa....

Selamat Bersara

Selamat Bersara
Station makanan ringan

Alhamdulillah mewah rezeki pada pagi hari itu. Disebabkan food masih banyak kekdahnya semua yang berminat diminta tapau food sendiri untuk lunch nanti. Apa lagi rezeki jangan ditolak. Disebabkan masa breakfast Mrs. A makan nasi hujan panas lauk ayam sambal. So untuk lunch Mrs. A amik laksa dan jugak kuih-muih bawa pulang ke tempat sendiri ngeh! ngeh! ngeh! so lunch hour memang tak keluar dah makan aje apa yang ada.

Selamat Bersara HA. Semoga sihat-sihat selalu dan menjalani umur persaraan dengan gembira di samping keluarga tersayang.






18 ulasan:

  1. Selamat bersara...selamat berehat...banyak makanan, free breakfast & lunch..

    BalasPadam
  2. syoknyaaa dah bersara hehehe... dah krg dah beban setiap hari dok fikir kerja kerja 😁

    BalasPadam
  3. Mewah betul makanan yg disediakan 👍
    Selamat bersara utk Tn HA.

    BalasPadam
  4. SELAMAT BERSARA HA SIHAT SEJHTERA N SUKSES TIASA

    BalasPadam
  5. Bestnya dah bersara..Rehat rehatkan diri.. Moga terus panjang usianya..Amin

    BalasPadam
  6. Selamat bersara En. Hamdan.. Alhamdulillah meriah hari persaraan En. Hamdan..

    BalasPadam
  7. rambutnya masih hitam semua, mesti orang tak sangka dah 60 tahun

    BalasPadam
  8. Banyak betul makanan. Tertarik dengan kuih tako.

    BalasPadam
  9. Selamat besara, Semoga terus success. Best jugak buat event di rooftop. Meriah makanannya pun.

    BalasPadam
  10. waahhhh 13 tahun.. selamat bersara HA.. boss baik, staff sayang hehe

    BalasPadam
  11. ohh baru tau ternyata berasa itu udah meninggalkan dunia untuk selama lamanya, thanks sharing bahasanya

    BalasPadam
  12. Seronok bila ada majlis macam ni. Yang bersara akan rasa dihargai, selain merapatkan silahturahim antara pekerja. Kita pun rasa macam nak bersara pula.

    BalasPadam
  13. Meriahnya semua food tu. Yg dirai pasti seronok dan dalam pada masa yang sama sedih nak tinggalkan tempat jatuh lagi dikenang kan...

    BalasPadam
  14. wah..meriah juga...banyaknya makanan..best2...

    BalasPadam
  15. Meriah nya... Makan makan outdoor tu.. Terbaik

    BalasPadam
  16. masih segak lagi Mr HA ini...mungkin kesan menjadi seorang bos atau ketua yang baik

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©