As Salam and greetings to dear readers.
Tugas Sekretariat Membawa Mrs. A Ke Parlimen Malaysia. Kisah 28022023 Selasa yang lalu tugas Mrs. A sebagai sekretariat [SINI] telah membawa Mrs. A sampai ke Parlimen Malaysia 💃. Jika mengikut takwim tempat MLP adalah di Klana Resort Seremban. Tetapi disebabkan pada tarikh tersebut YAB Pengerusi syarikat dan salah seorang lagi ALP yang juga merupakan Ahli Parlimen ada sidang Parlimen kekdahnya tempat mesyuarat pun ditukar ke sana supaya MLP dapat diteruskan juga.
Mrs. A ingatkan MLP yang akan ditunda tapi none hado ha! MLP diteruskan juga tempat yang bertukar huhuuhuuu... Kalau tanya apa perasaan Mrs. A hurmm... bercampur-baur uols risau + excited. Risau disebabkan macam manalah nak uruskan bilik mesyuarat dan refreshment di Parlimen tu dah tentu-tentu bukan tempat permainan seorang Mrs. A 😟. Excited pun ia juga dapat pergi ke Parlimen Malaysia bukan semua orang boleh pergi pun gittewww...
Tugas Sekretariat Membawa Mrs. A Ke Parlimen Malaysia.
Untuk ke tingkat 3 kena guna pas Aras 3 |
Actually yang request tukar tempat ke Parlimen adalah ALP yang juga Ahli Parlimen a.k.a YB C sebabnya dia tak boleh nak confirm samada dapat hadir MLP atau tidak disebabkan sidang Parlimen tu sama tarikh dengan MLP. Kehadiran YB C adalah penting untuk mencukupkan kuorom mesyuarat jika tidak MLP tidak dapat dijalankan. Dipendekkan cerita setelah mendapat persetujuan daripada YAB Pengerusi syarikat, pihak Pengurusan setuju dengan cadangan YB C tempat mesyuarat ditukar ke Parlimen. YB C akan uruskan dengan pihak parlimen cumanya semua yang akan hadir ke MLP tersebut Mrs. A kena maklumkan nama penuh dan juga No K/P masing-masing kepada pihak YB C. Pihak YB C perlu buat surat rasmi permohonan kebenaran untuk hadir ke Parlimen kepada Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.
As for Mrs. A pula urusan ke Parlimen pergi dengan kenderaan syarikat bersama driver dan dua orang lagi Ketua Jabatan yang perempuan. MLP dijadualkan pukul 3.30 petang iaitu selepas YAB Pengerusi selesai berucap di sidang Parlimen. We all gerak dari office lebih kurang pukul 1.00 petang biar cepat takpe manalah tahu dibuatnya traffic jam teruk naya Pak Karim 😝. Alhamdulillah sempat singgah lunch di Kampung Baharu ngeh!ngeh! ngeh! selesai lunch terus gerak ke Bangunan Parlimen.
Kawalan nak memasuki Bangunan Parlimen agak ketat juga. Nak masuk tu wajiblah stop di guard post duluan untuk dapatkan pas masuk sambil tunjukkan surat permohonan kebenaran tersebut dan juga diminta tinggalkan K/P masing-masing untuk mereka yang terlibat di dalam MLP tersebut driver tak perlu sebabnya driver hanya drop passenger. Selepas itu we all pun dibenarkan ke Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran. Dah sampai di situ kena scan bar code yang terdapat di pas masuk tadi isi detail di website kemudian scanning muka pulak dah settle scanning tu kena tukar pas masuk tadi dengan pas untuk ke aras 3 yang macam gambar kat atas 👆 tu. Ingatkan dah settle rupanya ada lagi kena scan yang macam kat airport tu pulak adehhh! hazab nau nak masuk ke aras 3 tu muahahahahaa...
Tugas Sekretariat Membawa Mrs. A Ke Parlimen Malaysia.
Ketika Mrs. A sampai di Bilik Mesyuarat tersebut terasa bersalah pulak sebabnya sekretariat sampai kemudian daripada Pengurusan Tertinggi Syarikat (PTS). Company secretary pun dah sampai dulu dari Mrs. A tak seperti MLP sebelum ini selalunya orang pertama sampai adalah Mrs. A tapi mujurlah PTS takde komplen apa-apa agaknya mereka faham Mrs. A datang bersama yang lain-lain lagipun pada waktu tu YAB Pengerusi belum masuk lagi. Bila Mrs. A masuk aje ke bilik mesyuarat tengok refreshment dah tersedia, biliknya agak luas PC dan projektor juga lengkap tersedia cuma tinggal cucuk pen drive aje untuk slide presentation. Haish! nyesal bawak laptop office tu dah lah berat mujur tak hangkut projector sekali eh! poyo jerrr... 😆
Mesyuarat yang dijadualkan pada pukul 3.30 petang tertunda sedikit ke pukul 3.50 petang. Namun begitu mesyuarat berjalan lancar, pembentangan daripada pihak pengurusan juga smooth and steady eeecewahhh! Alhamdulillah mesyuarat ditangguh lebih kurang pukul 6.00 petang. Selepas mesyuarat ada makan-makan di Restoran Chakri KLCC tapi Mrs. A yang naik sekereta tu tak join pun sebabnya nak pulang awal ke Seremban. Sebelum pulang tu haruslah bergambar di Parlimen Malaysia ntah! bila lagi dapat datang kan..kan..kan..
Tugas Sekretariat Membawa Mrs. A Ke Parlimen Malaysia.
Sebelum Chairman masuk kita bergambar dulu 😊 |
Dalam lif pun jadi |
Tunjuk pas katanya |
Ini sewaktu dah nak gerak balik we all parking kereta then bergambar |
Okay itu sahaja nak share kisah Tugas Sekretariat Membawa Mrs. A Ke Parlimen Malaysia.
mantap kunjungan ke parlimen
BalasPadamwahhhh dasat nyaaaa👍👍👍 x selfie dgn MP MP ke?🤭
BalasPadamHahhahaaa... takde yang terserempak la Anies
PadamUntung dapat masuk Parlimen...kami cuma tengok gambar dan video jer tau !
BalasPadamwah.. kenangan di Parlimen..
BalasPadambekerja sambil bergambar. untung dpt masuk parlimen.. kita tgk dlm tv aje
BalasPadamAlhamdulillah terbaik kekdahnya kan
BalasPadamSlaam 2023 MA hihi…. Semakin maju nampaknya sekarang …. Hampir jadi menteri tu. Selamat Berpuasa juga utk MA ye…. Mailah kita berhunung di Tik Tok or IG - OKje
BalasPadamWah best gmbr tu
BalasPadamWow bukan calang2 Mrs. A, biar gambar berbicara kannns.. :)
BalasPadamBestnya..pengalaman manis..
BalasPadamWah... pengalaman yang tak semua orang boleh alami ni. :)
BalasPadamrezeki tu. bukan senang merasa masuk dalam parlimen. kalau saya pun akan ambil gambar
BalasPadam