Potluck Pra-Ramadhan 1444H - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Potluck Pra-Ramadhan 1444H

21 Mac 2023

Potluck Pra-Ramadhan 1444H

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Potluck Pra-Ramadhan 1444H. Alhamdulillah hari ini potluck pra-ramadhan yang dirancang oleh beberapa orang officemate telah berjaya direalisasikan. Sewaktu officemate yang sorang ni bertanyakan Mrs. A mengenai planning nak adakan potluck pra Ramadhan ini Mrs. A okay jerrr... layannn.... 

Bila berbincang menu masing-masing nak bawa apa ditakdirkan pula masih belum ada yang membawa buah-buahan kekdahnya Mrs. A pun cop untuk membawa buah sahaja. Haish! orang terlampau rajin cengginilah bawak buah aje senang gittewww...

Kekdahnya petang semalam selepas habis waktu kerja Mrs. A pun singgahlah ke kedai buah di Jalan Rahang. Mrs. A beli buah tembikai dan tembikai susu. Tembikai tu Mrs. A pilih yang besar bila timbang beratnya dalam 7 kg. Pusing keliling cari tembikai susu kat kedai tu tak nampak Apek tu tanya nak apa lagi? Mrs. A  pun tanya tembikai susu takde ke? Ada kat dalam sekejap ya saya check sudah masak ke belum? La patutlah tak display sebab belum banyak yang masak lagi huhuhuuu... Tapi alhamdulillah rezeki officemate ada 3 biji yang dah masak. 😊😊😊 Manis ke tidak ni tanya Mrs. A? Apek kata manis la...

Potluck Pra-Ramadhan 1444H.

Potluck
Penganjur Pra-Ramadhan we-fie sebelum majlis bermula 😍

Untuk potluck pra-Ramadhan yang ini penganjurnya adalah cubicle sebelah Mrs. A dari hujung ke hujung ini sahaja dan seorang akak PA cubicle front door. Kekdahnya mereka yang dari cubicle lain tu we all jemput mana yang rapat dan dekat-dekat sahaja sebagai tetamu. Ideanya tak mahu menyusahkan dan juga tak mahu ganggu tugas yang lain.

Potluck
Pulut kuning rendang ayam by FF 😋

Potluck
Station makanan berat

Potluck
Station kuih-muih

Potluck
Station buah, kek & minuman

Tembikai merah dan tembikai susu tu je yang Mrs. A bawa tembikai susu tu pun tak habis potong. Itulah sape suruh potong pagi-pagi tadi tu yang tak sempat tu tengok masa dah pukul 6.40 pagi haish! cukuplah kot tiga bekas tu. Ok last sekali nak tunjuk jugaklah gambar bebuah sebelum di potong 😝😝

Potluck
Alhamdulillah dedua buah ni manis isinya

Alhamdulillah potluck Pra-Ramadhan 1444H berjalan lancar dan meriah ramai tetamu dari cubicle lain yang sudi hadir. Makanan pun cukup dapat makan sehingga ke lunch hour. Okay itu sahaja nak share kisah Potluck Pra-Ramadhan 1444H.

17 ulasan:

  1. Meriahnya juadah
    Selamat menyambut kedatangan ramadan

    BalasPadam
  2. meriah juadah macam2 ada bestkan, happy
    mkn puas puas sblm berpuasa khamis nanti

    BalasPadam
  3. uiiii meriah betul kompem kenyang smpi blk😁

    BalasPadam
  4. Bawa buah senang sedikit. Hehe patut cari tidak payah kupas.

    BalasPadam
  5. masyaAllah meriah.. seronoknya.. dah macam feel raya. Selamat menyambut bulan Ramadan. Semoga Allah beri peluang dan kekuatan utk kita beramal sebaiknya & rebut ganjaran2 di bulan Ramadan yg barakah ni.

    BalasPadam
  6. meriah menu2 nya..selamat menyambut ramadhan

    BalasPadam
  7. wah meriah... selamat berpuasa MRS A :)

    BalasPadam
  8. Wah... macam-macam ada. Seronok buat potluck macam ni.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah kenduri kecil sambut Ramadan

    BalasPadam
  10. Seruuuu kalo mengadakan potluck macam nih 😍😄. Suka karena varian makanannya jadi banyak . Btw, tembikai susu itu maksudnya melon ya kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. melon yang merah yang putih tu tembikai susu or honeydew hehhehee..

      Padam
  11. bagus sungguh ada aktiviti begini...selain boleh makan dapat juga eratkan silaturrahim antara staff yang ada

    BalasPadam
  12. ni mesti makan dari pagi sampai waktu balik. hehe

    BalasPadam
  13. betul Mrs A, kalau saya pun amik yg paling senang je..beli buah..haha..

    BalasPadam
  14. cantik pulut kuning tu...meriah..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©