Ke Masjid Kampung Hulu dan Minum Cendol Kampung Hulu - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Ke Masjid Kampung Hulu dan Minum Cendol Kampung Hulu

1 Mac 2023

Ke Masjid Kampung Hulu dan Minum Cendol Kampung Hulu

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Ke Masjid Kampung Hulu dan Minum Cendol Kampung Hulu. Selepas menghadiri majlis jemputan kahwin cousin Mrs. A di Felda Jelai 1 tu, [SINI] Mr. A ajak pulak ke Masjid Kampung Hulu eh! I likes muahahaaaa.... sambil tu Mrs. A pun cakap nanti bolehlah singgah minum cendol jugak ngeh! ngeh! ngeh! 

Sesiapa yang suka jalan-jalan cari makan mesti tahu tempat makan Cendol Kampung Hulu ni kan..kan..kan... Cendol Kampung Hulu dengan Masjid Kampung Hulu ini dekat-dekat aje walking distance kekdahnya. Dari Felda Jelai 1 nak ke Masjid Kampung Hulu pulak takdelah jauh sangat, perjalanan kurang lebih dalam satu jam.

Sampai di Masjid Kampung Hulu dalam pukul 3.00 petang. MasyaAllah ditakdirkan dapat parking betul-betul depan masjid syukur dipermudahkanNYA. Keluar kereta terus melintas jalan depan masjid tercangak-cangak cari pintu nak masuk tiba-tiba ada pakcik tu lambai sini katanya sini pintu masuk  Allahu macam tahu-tahu aje we all nak ke masjid mungkin jugak sebab dia nampak Mrs. A bawa beg telekung ngeh! ngeh! ngeh! pakcik tu rupanya dia memang penjaga kat situ. Sampai depan masjid terus dia cakap bahagian lelaki sini perempuan ikut sana ke ruang solat perempuan sebelah belakang. So berpecahlah Mrs. A ke bahagian perempuan sementara Adik dan babahnya ke bahagian lelaki.

Ke Masjid Kampung Hulu 

Masjid Kampung Hulu Bandar Melaka
Sempat dia bergambar di sini 😊

Dari apa yang Mrs. A baca Masjid Kampung Hulu ini adalah masjid yang tertua di negeri Melaka. Ianya dibina sewaktu zaman pemerintahan Belanda oleh seorang mualaf yang berasal dari cina. Mungkin disebabkan itu jugak binaan masjid ini ada ciri-ciri seni bina cina.

Ke Masjid Kampung Hulu 
Masjid Kampung Hulu Bandar Melaka
Pintu masuk ke ruang solat perempuan di bahagian belakang

Masjid Kampung Hulu Bandar Melaka
Depan pintu masuk masjid atasnya ada tabuh #yeketabuh kalau salah mohon betulkan

Masjid Kampung Hulu Bandar Melaka
Kolah di bahagian depan masjid

Kolah ini agak besar juga boleh guna untuk ambil air sembahyang. Kolah ini dipercayai kolah asal yang telah wujud sejak dahulu lagi. Pelik ada yang ambil air kolah masuk dalam botol depa simpan untuk buat ubat. Siapa pernah dengar cerita orang ambil air kolah masjid untuk berubat? Mrs.A  pernah dengar ambil air kolah dari 7 masjid berbeza untuk dijadikan ubat. Kenapa air kolah bukan air paip sebabnya sifat air yang boleh merakam. 

So air kolah itu dipercayai mungkin telah merakam doa-doa/zikir/wirid ataupun bacaan wali-wali Allah atau sesiapalah alim ulamak yang singgah bersolat di situ oleh kerana mereka itu wali ataupun alim ulamak kekdahnya doa mereka senang diangkat atau diterima. Wallahualam. Hanya Allah yang maha mengetahui. Sebagai salah satu ikhtiar dan usaha tak salah tapi tetaplah percaya hanya Allah yang mampu menyembuh sesuatu penyakit itu.

Setelah selesai bersolat Zohor kita minum dulu....so we all pun gerak ke Cendol Kampung Hulu.

Cendol Kampung Hulu.

Kampung Hulu
Adik sedang menikmati cendol buah kabong 😋RM9.50

Kampung Hulu
Mrs. A pilih cendol tapai pulut RM9.50. Mr. A cendol durian RM18.50

Kampung Hulu
Bergambar atas tangga river belakang tu adalah laluan Melaka Rivercruise

Selain daripada cendol ada pelbagai jenis makanan lagi yang terdapat di Makan Avenue Kampung Hulu ini. Sewaktu Mrs. A pergi kali kedua ini alhamdulillah tak ramai sangat orang selesa nak membeli dan duduk-duduk lepak. 

Pertama kali pergi dahulu adalah pada bulan September tahun lalu. Pergi bersama-sama emak dan family adik-beradik side Mrs. A. Ketika itu ramai betul umat manusia mungkin waktu tu ramai excited dapat makan-makan di luar almaklumlah no more PKP. Okay nak share jugaklah gambar sewaktu bulan September 2022 yang lalu ehsan dari phone Angah.

Kampung Hulu
Portion cendol ni besar kalau budak-budak susah nak habiskan

Kampung Hulu


Kampung Hulu
Time ni Mrs. A order cendol original jer... untuk semua 😁




13 ulasan:

  1. ada yg ckp kalau minum air kolah masjid ni nnt boleh pregnant. sy nmpk sis minum air kolah tu... 🤭🤭🤭abis laaa....👶 larikkkkkkkkkkk #gurau

    BalasPadam
  2. Suka cendol ni ...nasibaik kt kl ada cawangan

    BalasPadam
  3. Macam-macam jenis cendol dan aisnya dikisar halus berbeza cendol mamak.

    BalasPadam
  4. lama tak singgah situ...menjak2 PJJ nie..x dan nk xplore melaka...BTW salam kenal lah...kita baru stat nk berblog balik nie...

    BalasPadam
  5. Masjid tertua di Melaka, patutlah siap ada bahasa Inggeris pada sign board.

    Meriah sungguh orang makan cendol, mesti sedap sangat ni.

    BalasPadam
  6. Mula baca tu tertanya² juga apa istimewanya masjid ni :)
    Sedapnya layan cendol 😋

    BalasPadam
  7. wah sonoknya jenjalan Melaka

    BalasPadam
  8. Last sekali ke Melaka, tak sempat nak singgah makan cendol kat sini. Mesti sesak Melaka time cuti sekolah ni.

    BalasPadam
  9. Waduhh cendol manis potong kaki nihh.. ;

    BalasPadam
  10. Wow! Kolah dia klasik sungguh!

    BalasPadam
  11. makan cendol di tepi sungai..best..Masjid Kpg Hulu yg klasik, pernah sampai dua2 tempat ni...tapi masa tu cendol tu belum viral lg...hehe..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©