UMK Kampus Kota - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: UMK Kampus Kota

5 Oktober 2023

UMK Kampus Kota

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

UMK Kampus Kota. Kisah weekend lepas Mrs. A hantar niece side Mr. A register masuk Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Kota di Pengkalan Chepa. Mula-mula niece dapat tahu dia dapat UMK ni menangis dia, jauh sangat katanya. Calling-calling bapa sedaranya iaitu Mr. A sambil nangis-nangis. Minta tolong nak tukar universiti lain. Boleh tu boleh tapi tetap juga satu semester kena study di UMK sebabnya dah ada penempatan, dah terlambat baharu nak bagi tahu huhuuu. Actually dari 10 pilihan yang diminta UMK adalah senarai pilihan terakhir kalau tak silap ceritanya.

Mr. A kata takpelah dah rezeki ke situ pergi ajelah study di UMK tu lagipun Kampus Kota bukan Jeli atau Bachok sebabnya Kampus Kota ni dekat dengan  air-port Kota Bharu pergi/ balik boleh aje naik flight sekejap aje dah sampai. Kawan babah ada kat KB tu so takyah risau-risau nanti babah arrange kata Mr. A memujuk anak sedaranya mendengarkan itu ceria kembali si Keyna tu ngeh! ngeh! ngeh!

Alhamdulillah bapa sedara ada rezeki lebih so kongsi-kongsilah dengan anak sedaranya Mrs. A okay je sokong apa yang baik. Jadi itulah sebabnya yang pergi hantar adalah Mr. and Mrs. A, Keyna and mama (Kaklong) sahaja.

UMK Kampus Kota - di KLIA

UMK Kampus Kota
Bergambar bersama kaklong sebelum boarding KUL ✈ KBR 😊

Flight we all pagi 7.25 boarding time. Semua family Keyna hantar dia ke KLIA 😍😍😍 termasuklah bf dan mak/pak bf dia ngeh! ngeh! ngeh! Keyna mama/papa dan adik-beradik serta uwan gerak dari rumah seawal 5 pagi kemudian mereka solat subuh di surau KLIA. As for Mr. and Mrs. A pulak gerak dari rumah selepas subuh dihantar oleh kawan Mr. A. Keyna kena awal sebab dia kena check-in luggage. As for us sekadar hand luggage sahaja sampai time boarding pun dah kira okay gittewww...

UMK Kampus Kota
Inilah dia budak yang calling-calling sambil nangis tu 😇

UMK Kampus kota
Dah boarding tunggu panggilan untuk masuk kapal terbang 

UMK Kampus Kota
Dapat seat kat kepak huhuu... menghalang view di bawah

UMK Kampus Kota
Sebelum take-off kita bergambar dulu ✌

Masa di dalam kapal terbang lebih kurang 50 minit aje diantara Klia ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bahru. Dalam pukul 9.30 cenggitu we all dah selamat mendarat. Sampai sahaja di KB kawan Mr. A dah sedia menunggu. Oleh kerana masih pagi dan belum breakfast we all pun planning nak pergi breakfast kemudian ronda-ronda dan jalan-jalan cari makan #jjcm. Kisah jjcm Mrs. A buat entry lainlah ya InsyaAllah.

UMK Kampus Kota.

Hari Keyna register adalah esoknya tu iaitu Ahad 1 Oktober 2023. Masa register adalah dari pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari setelah register boleh keluar semula bersama family dan masuk semula selewat-lewatnya 4.30 petang. 

UMK Kampus Kota
Ready to go

Dalam pukul 8.30 pagi we all dah keluar hotel sebab planningnya nak pergi breakfast dahulu di Kopitiam Kita. Setelah selesai breakfast we all pun menuju ke destinasi 😊 Register adalah secara drive-thru. So we all duduk aje di dalam kereta sehinggalah tiba di bawah khemah. Barulah turun bawa barang-barang sambil Keyna pergi ke meja registration ambil kunci bilik dan T-shirt untuk new student. 

Dibenarkan seorang sahaja peneman tapi Mrs. A ikut aje sekali kaklong dan Keyna. Barang-barang banyak memang tak terbawa kalau setakat 2 orang. Dahlah Keyna punya bilik di tingkat 3 naya pak karim nak hangkut ke atas ha! Aduh! hazab juga hangkut barang-barang ke tingkat 3 tu sampailah di mata terakhir tangga di tingkat 3 tu satu roda bag Keyna tercabut. 

Mujurlah ada seorang pakcik ni kesian kat Keyna tak tahulah ayah sape tu dia pun ambil beg tu tolong hantar hingga ke pintu bilik. Actually bukan we all aje yang terlebih peneman hampir kesemuanya bawa lebih dari seorang ialah hakak-hakak senior tu pun takdenya nak tolong hangkut beg junior, depa biarkan aje famiy yang hangkut.

UMK Kampus Kota

UMK Kampus Kota
Dapat katil no 2

UMK Kampus Kota
Ingatkan 1st come 1st serve rupanya ikut di form register tu siap
dah tulis no katil huhuu kesian Keyna dah cop tepi tingkap kena tukar katil no 2

Setelah selesai susun-susun barang Keyna we all keluar semula #jjcm. Kemudian dalam pukul 4.00 petang hantar semula Keyna ke hostel. Tibalah sangat berpisah sementara lebih kurang 4 tahun gittewww...

UMK Kampus Kota
Pesan mamanya dah siap pasang niat tu nak menimba ilmu jadi manusia bermanfaat

UMK Kampus Kota
😢😢😢

UMK Kampus Kota
Bye-bye Keyna jaga diri 💪

Kemudian we all pun gerak ke air-port boarding time dalam pukul 5.55 petang. Alhamdulillah selamat touch down di KLIA dalam pukul 8.00 malam sampai rumah Seremban lebih kurang pukul 10.00 malam. Esoknya tu kerja seperti biasa huhuuuu...


13 ulasan:

  1. tak apa keyna. mana2 belajar pun sama. yg penting kita belajar betul. banggakan family.

    habis laa lps ni tekak nak pekena buduuu je🤭

    BalasPadam
  2. Untunglah, boleh naik flight. Yang kurang mampu, berapa jam la drive tu, ye. Semoga anak sedara Mrs A dipermudahkan urusan belajar. Cantik dah tu, tempatnya.

    BalasPadam
  3. Tahniah Keyna 👍
    Suka tgk bonding family Mrs A & Mr A...

    BalasPadam
  4. selamat belajar keyna xkenal xcinta bila dah di sana xingat nak balik nogori dah

    BalasPadam
  5. best dapt kampus Pengkalan chepa..dkt je ngn airport..:)

    BalasPadam
  6. travel dalam negeri yang sangat singkat...betul kata Mr A...sudah direzekikan untuk di UMK...maka layan sahaja la

    BalasPadam
  7. Ooh belum apa2 dan ada bf. Siap mak ayah pun turun sekali kira nak jadi dah ni.

    BalasPadam
  8. Walaupun nama U tu diletak di pilihan Terakhir..tetaplah ia menjadi pilihan...Patutnya tak yah letak..haha.. Sabar jela ye..Moga menjadi pelajar Dan insan berjaya...Aamin! Best tuh naik flight selalu! Dapat tengok tempat orang..feeling masa hari raya tu best nanti bila jejauh ni 🤩

    BalasPadam
  9. Lama2 besok sukalah kat Kelantan tu

    BalasPadam
  10. oo ada erk Universiti Kelantan., hehe

    BalasPadam
  11. datang singgah sini sat dari http://www.thefox.my/ ^^

    BalasPadam
  12. nampak happy tu...hihi...belajar rajin2 Keyna..

    BalasPadam
  13. Seronok la Keyna dapat belajar jauh..Dania dapat dokek bonar..Alor Gajah..sambung degree pun nampaknya dekat situ jugak...

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©