Kejohanan Bola Jaring Piala Datuk Bandar MBS - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Kejohanan Bola Jaring Piala Datuk Bandar MBS

23 November 2023

Kejohanan Bola Jaring Piala Datuk Bandar MBS

Bismillahhirahmannirrahim... 

As Salam and greetings to dear readers.

Kejohanan Bola Jaring Piala Datuk Bandar MBS. Kisah Sabtu lepas 19112023 Mrs. A terjebak bermain bola jaring untuk kejohanan bola jaring piala Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban short formnya MBS. Pada mulanya Mrs.A suka-suka aje ajak team SAINS join. Entah macam mana ramai pulak berminat. 

Itu yang timbul cadangan nak minta Kelab Sosial dan Rekreasi (KSR) SAINS sponsor team netball dan guna nama syarikat. Gigihlah Mrs.A dan beberapa orang dari team netball buat proposal untuk mendapatkan bajet menyertai kejohanan tersebut. Malangnya pihak KSR SAINS yang telah bermesyuarat memutuskan proposal itu perlu di bawa ke Mesyuarat Pengurusan Kanan Syarikat pula ini kerana jika mengikut perlembagaan KSR SAINS mereka perlu mendapat kelulusan semua ahli dan menurut mereka ada ahli yang tidak bersetuju. Kekdahnya KSR SAINS akan memohon bajet di peringkat syarikat bukan kelab. Okay sebelum sambung cerita up-gambar Mrs.A pergi training dulu😝

Kejohanan Bola Jaring Piala Datuk Bandar MBS.

Kejohanan Bola Jaring
Walaupun banyak team turun training/ FM, SAINS hanya kami bertiga sahaja 😇

Sementara menunggu mendapatkan bajet dari syarikat yang tak pasti lagi tu. Tambahan pula bukan semua netballer menunjukkan kesungguhan yang tinggi. Dapat juga info suruh segera register sebabnya sambutan hangat dah nak hampir cukup 20 team, ding-dong-ding-dong ada yang tak sependapat, haish! macam-macam drama hahahhaa... kekdahnya Mrs.A dan 4 orang lagi SAINS join team luar guna bajet sendiri. Biarlah yang tinggal tu join kemudian atas nama SAINS. Cenggitulah hasrat kami berlima. 

Sewaktu kami berlima dah join team luar tu team SAINS yang tinggal tu tak tahu kisah lagi. Setelah keputusan mesyuarat diumumkan, syarikat hanya akan sponsor yuran penyertaan sahaja lain-lain bajet seperti sewa court sewaktu training dan makan-minum sewaktu hari kejadian sendiri tanggung daaa...So masa tu adalah sorang team netball ni calling-calling Mrs. A terus Mrs. A ambl kesempatan bagitahu dia Mrs. A dan 4 orang lagi dah join team luar. Uols yang tinggal tu set-uplah untuk join atas nama SAINS sambil minta dia maklumkan dalam group WhatsApp netball tapi dia tak maklumkan. Mrs. A pun masa tu busy dah terlupa. Hah! drama bermula selepas seseorang mengamuk kat group muahahhaa kenapa takde yang pm tepi dia.Terjadilah perang dingin seketika. Mrs. A tak salahkan dia pun tak tahulah orang yang sampaikan pada dia tu cakap apa sebabnya yang lagi dua orang bila Mrs A bagitahu okay je depa. 

Eh! panjang lebar pulak iklannya. Okay sambung semula cerita kejohanan bola jaring Piala Datuk Bandar MBS. Sebelum hari kejohanan tu sempat 2 kali aje we all training bersama itupun tak cukup korum ialah faham masing-masing busy with life 😜.

Kejohanan Bola Jaring
Kami Felix

Kejohanan Bola Jaring
Training sambil FM

Kejohanan Bola Jaring Piala Datuk Bandar MBS.

Kejohanan Bola Jaring Piala Datuk Bandar MBS diadakan di Paroi Center Court. Waktu pendaftaran bermula dari pukul 8 pagi sehingga 8.45 pagi. Untuk turut serta di dalam kejohanan ini semestinyalah ada syarat-syarat dan terma yang mesti dipatuhi. Di antara syarat utamanya adalah KP mestilah 05 iaitu lahir di Negeri Sembilan syarat ini terpakai untuk mereka yang mendaftar atas nama kumpulan/ kelab sendiri. 

Jika mendaftar atas nama syarikat mestilah syarikat di Negeri Sembilan dan kad pekerja adalah syarat yang mesti ditunjukkan. Seandainya team SAINS yang join mereka yang lahir di Selangor dan Melaka masih lagi menepati syarat kerana bekerja di Negeri Sembilan gittewwww...

Kejohanan Bola Jaring
 Banner ni tergantung tinggi sejajar dengan tangga tu yang gambar mendongak tu hahhhaaa...

Kejohanan Bola Jaring
Total ada 8 kumpulan Felix di kumpulan E. Jumlah pasukan bertanding 24 pasukan

Masa permainan adalah 7-1-7 iaitu 7 minit masa bermain dan rest 1 minit. Terdapat 2 court untuk pertandingan dijalankan. Felix dapat court 1. Sewaktu di peringkat kumpulan team Felix menang sekali dan kalah sekali kekdahnya we all naib johan kumpulan dan layak untuk ke pusingan seterusnya iaitu pusingan kalah mati.

Cara untuk ke pusingan seterusnya itu adalah dengan cabut undi haruslah cross sebagaimana lazimnya naib johan akan bertemu johan kumpulan. Punyalah ghisauuu seandainya bertemu X Tiger team yang terpaling kuat tu unfortunately memang itu takdirnya we all jumpa X Tiger uols! hurmm... pasrah yolah lawan tetap lawan walaupun dah boleh agak keputusannya ngeh! ngeh! ngeh!

Kejohanan Bola Jaring
Muka pasrah hahahaa...

Pusingan kedua itu dilangsungkan pada pukul 1.50 petang. Kiranya ada masa satu jam lebih jugalah we all melepak di court sambil isi perut dan chit-chat. Coach team SAINS sewaktu ke SBAM pun ada datang juga siap bawa cookies dan kek brownies yang di buat sendiri. Dah lama tak jumpa masing-masing sembang kencanglah 😆😆😆

Untuk pusingan kalah mati tu team Felix bermain di court 2. 1st half Mrs. A tak main, 2nd half baharulah main kiranya semua pun dapat bermain oklah tu kalah 2-22. Kalah menang adat pertandingan apa yang penting dapat menambah lagi pengalaman dan ukhwah.

Kejohanan Bola Jaring
Kerana netball kami bersama ecewahhh! hahahaa....

Mrs. A tak tunggu sampai habis pun dah pukul 3 petang masa ni. So nak balik cepat nak solat zohor. Ada juga team Felix yang tunggu sampai habis kejohanan katanya johan adalah team X Tiger, naib johan team Kirana, tempat ketiga MBS dan keempat team yang ada beberapa orang ex-Sweeties (dodulu famous) sebabnya tak kenal team tu yang kenal ahli ex-Sweeties tu yang panggil Sweeties pun boleh! kan...

Sambung kisah team netball SAINS yang ada drama tu. Alhamdulillah sekarang ini we all dah berbaik semula. Kiranya yang marah-marah tu dah tak marah lagi so dah senyum dan borak-borak seperti biasa. Peace yo! ✌😍


8 ulasan:

  1. Ada drama pulak ye, di balik kejohanan netball. Apapun, tahniah, Mrs. A. Dapat timba pengalaman. Simple and sweet, baju team Felix. :)

    BalasPadam
  2. hahaha
    marah marah sayang tu...
    nanti ajak pekena ikan bakar ok dah tu...
    chaiyok u ols👍👍👍

    BalasPadam
  3. Merah jambu baju.
    Macam-macam cerita sebelum masuk pertandingan.

    BalasPadam
  4. cantiknya outfit!! simple yet elegant gituu! congrats! <3

    BalasPadam
  5. Bila aktif bersukan....badan lebih cergas dan sihat

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, dah ok semuanya...

    BalasPadam
  7. Boleh lak ada drama bagai yer.. Bertabah lah naknwat cane sape suh lambat respon kan hahaha..
    Tak apa kalah janji berani kehadapan.. Insyallah boleh cuba lagi next time.. :D

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©