Selamat Bersara Puan RA - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Selamat Bersara Puan RA

17 November 2023

Selamat Bersara Puan RA

Bismillahhirahmannirrahim... 

 As Salam and greetings to dear readers.

Selamat Bersara Puan RA. Jika pada bulan Julai yang lalu Mrs. A ada post kisah persaraan seorang pengurus kanan [SINI]. Pada bulan November 2023 ini seorang lagi officemate yang mesra di sapa Puan RA akan bersara wajib. Puan RA telah berkhidmat dengan Jabatan Bekalan Air NS terlebih dahulu sebelum SAINS ditubuhkan kiranya usia perkhidmatan Puan RA lebih tua dari umur SAINS ngeh! ngeh! ngeh!

Puan RA dan Mrs. A pernah jugalah partially di dalam satu department kira selalu jugaklah terlibat di dalam event yang sama. Lagi pula we both pemain bowling dan netball gittewww... Saja nak share Puan RA ni sejenis yang manja orangnya so sewaktu farewell pada 10.11.2023 tu asyiklah berendam air mata je muahahhaaaa.... 

Selamat Bersara Puan RA.

Selamat Bersara
Haruslah bergambar bersama untuk kenang-kenangan di masa hadapan 😊

Ada banyak juadah untuk breakfast pagi tu tapi tulah disebabkan busy ada kerja so Mrs. A pun tak dapatlah nak melawat kawasan sangat sambil snap-snap food yang begitu meriah pada pagi Jumaat tu huhuuhuu...

Selamat Bersara
Alhamdulillah cuaca pagi tu cerah seolah memahami ada majlis persaraan di rooftop

Selamat Bersara
Beberapa Pengurusan Tertinggi turut memeriahkan majlis

Aturcara majlis hampir sama dengan HA iaitu majlis dimulakan dengan bacaan doa, sepatah dua kata oleh CEO, ucapan Puan RA seterusnya acara serahkan cenderahati dari kakitangan, kemudian potong pulut kuning dan kek sambil diiringi lagu Allah selamatkan kamu. Kemudian jamuan makan untuk semua yang hadir.

Selamat bersara Puan RA semoga ceria dan sihat-sihat selalu didalam menjalani umur persaraan dah tak payah fikir pasal kerja pejabat lagi 😊



9 ulasan:

  1. SELAMAT BERSARA PUAN MERIAH MAJLIS PERSARAAN

    BalasPadam
  2. selamat bersara Puan RA.. sorang sorang dah start bersara ye...

    BalasPadam
  3. Selamat bersara Puan RA...mkn2 tu syok kn tp nk berucap tu pasti sedih

    BalasPadam
  4. Agak meriah majlis persaraan Pn. RA.. Sampai ke hari akhir masih juga Pn. berendam airmata.. Pasti tersentuh hati sebab banyak kenangan beliau sejak JBANS..

    BalasPadam
  5. Seronok bila dah bersara. Meriah majlis, ada banyak makanan. :D

    BalasPadam
  6. sudah lama bekerja bersama, mmg sedih kan...selamat bersara & berehat Pn RA..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©