Catuan Air Berjadual Di Daerah Rembau & Tampin 2014 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Catuan Air Berjadual Di Daerah Rembau & Tampin 2014

26 September 2014

Catuan Air Berjadual Di Daerah Rembau & Tampin 2014

Catuan Air Berjadual Di Daerah Rembau & Tampin 2014

Buat penduduk-penduduk di daerah Rembau & Tampin syarikat tempat aku kerja ni terpaksa menjalankan catuan air berjadual. Sebenarnya satu keputusan yang agak sukar juga oleh pihak-pihak atasan untuk menjalankan catuan ni. Walaupun syarikat telah berusaha bagi melaksanakan pembenihan awan di kawasan kolam tadahan Empangan Gemencheh namun sukar dilaksanakan berikutan ketiadaan awan kumulus yang menjulang (towering cumulus) di lokasi empangan [apo bondo ea kumulus2 ni nak tahu google sendiri]. Kiranya ini langkah terakhir setelah pelbagai usaha sebelum ini gagal. Penduduk-penduduk kat daerah ni dapat bekalan air dari Empangan Gemencheh oleh kerana keadaan air Empangan Gemencheh pada masa sekarang berada di paras kritikal syarikat terpaksalah membuat catuan. Memetik kata YAB Dato' Seri Utama Pengerusi Syarikat "sekiranya kita tidak buat catuan, paras air hanya mampu bertahan selama 22 hari sahaja". Kiranya ini tindakan jangka pendek tindakan jangka sederhana dan jangka panjang pun ada nak tau leh baca kat paper Sinar Harian 24092014. Kurang rajin aku nak tulis pepanjag hai...

Tetapi jangan risau syarikat takdelah kejam catu pun ikut jadual so para penduduk boleh bersiap sedia secukupnya sebelum catuan tu tapi kalau ikut update aku ni memang lewat sket actually notis pemberitahuan ni dah keluar sebelum hari catuan bermula. Unit yang berkenaan dah edarkan awal notis ni dan kat website pulak memang dah keluar awal. Cuma aku sekadar nak berkongsi juger... kat blog aku ni.

Kalau nak tahu lebih lanjut dan cek kawasan terlibat sila klik disini Notis Catuan Air Berjadual

Air sumber kehidupan gunakan dengan berjimat cermat. Lagi satu nak pesan bil air jangan lupa bayar.

3 ulasan:

  1. haha..cepat2 simpan air Mrs.A..Selangor ni dah lali dah bab catuan air..semoga dipermudahkanNya jua..:)

    BalasPadam
  2. simpan air banyak-banyak...saya pun pernah rasa catu air ni..memang seksa

    BalasPadam
  3. Suka dengan pesanan khidmat masyarakat Mrs. A - "Lagi satu nak pesan bil air jangan lupa bayar"..

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©