Kucing ku bukan kucing-kucing ku - sakit mata

March 05, 2014

Kesian.......kesian..kesian... itulah perasaan aku pada kekucing ni. Mata meka sakit, actually tiga ekor tu bukanlah kucing aku, tapi kekucing ni suka jer...menebeng kat rumah aku. My kids kata kucing ni neighbor sebelah punya, cos my kids pernah nampak kekucing ni ada time dikurung kat dalam sangkarnya. Kucing aku sekor jer...Midnite tu pun kucing datang so we all jadikanlah kucing angkat. Aku dah pernah blogkan pasal Midnite tak lama dulu. Nak tau kisah search sendirilah ya.

Memula memang aku tak layan langsung datang jer aku suruh my kids halau keluar, tapi lelama give-up. Pintu dan tingkap tak boleh nak buka langsung haiishhh... rimas dan haru-biru betul. Bila time we all nak makan ke, time aku nak masak ke, time siang ikan/ayam haishhhh.... mengiau-ngiau kelibang-kelibut tak tentu arah macam beruk kena belacan gayanya. Dah tu makanan kucing aku si midnite tu habis they all makan. Kekadang tu Midnite tak dapat nak makan beri laluan kat depa makan. Huh! baik hati la sangat ko Midnite yer... pas tu ko bising miau..miau...miau (hoi!aku lapar la..tadi tak dapat makan) kenalah pulok aku bagi si Midnite ni makanan yang lain.

Meh! sini kau Vet mau letak obat ko punya mata. My kids namakan dia KITIKI. Amboi!  Midnite  kemain lagi ko rileks jap lagi turn ko pulak.
Si warna kuning putih ni yg memula sakit mata dulu, memula sebelah jer...then aku buat tak reti jer..lepas dua tiga hari dah kena dedua belah, adoyai! kesian betul aku tengok, mata dia banyak taik mata dan berair-air, risau pun ada gak takut buta la pulok dia nanti. Tu yang tengahari tadi aku beli ubat mata tapi manusia punya.     ngeh..ngeh..ngeh...Masa chit-chat dengan kakak cat lover kat ofis aku pun bagitau ler...pasal kucing aku sakit mata then aku nak letak ubat mata yang aku beli tadi. Dia pulak cakap tak sessuai... lor letak kat mata kucing. ermmm...serba salah la.. pulak aku. 

Terus aku pi google kat internet cari info pasal kucing sakit mata. Dapatlah tau serba sedikit then ada satu ubat tu aku rasa samalah macam ubat mata manusia yang Doc. pernah bagi aku. Balik rumah geledah peti ais mujur ada, memang betul serupa nama dan rupa bentuk tubenya.

Ha.. ni ler ubatnya aku guna yg tube tu jer... letak kat tepi bawah kelopak mata depa. sama kekdahnya macam masa aku sakit mata. Yang titis tu aku tak letaklah tak confident.
Adoi...tolong! jangan apa-apakan aku tidaaakkkkk jangan.  Mungkin itulah dia cakap kot if dia boleh berkata-kata.
Amik turn, Kitiki ko first cos mata ko paling teruk. Memula aku bersihkan mata dia, aku suruh my kids amik kapas dan basahkan lap-lap kat mata dia yang banyak taik dan berair tu.. tapi Kitiki ni duk diam jer... tak meronta pun mungkin katanya "bagus buat lagi...buat lagi...lega sikit sejuk n selesa sket". Bila dah bersih aku pun sapukan ointment tu time ni dia reronta tapi takdelah tahap extrem slow-slow jer... under control. Arysaa yang pegangkan then siap cakap sabar ya, sabar ya Kitiki then berdoa agar Kitiki sembuh. Hahhaaaa..hahhaaa memang Aryssa sungguhlah ko ingat dia faham ke Nak oii...

Ni masa mata dia dah dibersihkan.. Oiii... buka mata la...  Vet nak sapu ubat ni
Ni dah lepas sapu ointment, tertidur la pulak kat  Vet Aryssa ni ha...


Okeh! turn si Comel pulok... sama gak kekdahnya memula aku bersihkan mata dia then aku sapukan ointment tu kat bawah kelopak mata dia.

Time ni Vet Aqil Hayyi pulak sedia untuk berkhidmat. "Apa pulak manusia ni  nak buat kat aku ni...tidakkkk....tolong... jangan sakiti daku"  maybe tulah antara dialog dia

Mata Comel cuma sakit sebelah kiri jer... tengok tu macam kenyit matalah pulok gayanya.

Last sekali turn si Midnite. Mata Midnite macam baru nak kena sebelah kiri jugak... tapi Midnite ni rileks jer... dia siap memain lagi bila aku nak sapu.


Malam ni baru sekali sapu jer... Esok petang nak tengok perkembangannya camna, better or worst. 

Harapan we all sekeluarga semoga dengan sedikit usaha menyapu ubat tu kekucing ni akan segera sembuh matanya. Bagi tempoh dalam tiga empat hari lagi, aku ada cakap dengan hubby tolong belikan ubat mata kucing kat pet shop. Tengoklah nanti kita bawak gi jumpa Vetlah katanya. Kengkawan tolong sekali ya...doakan agar mata meka sembuh. 

You Might Also Like

0 comments

Top Commenters

Shout Me