Mata kami dah! baik...

March 19, 2014


Tak berapa lama dulu aku pernah blogkan pasal kekucing yang mata depa sakit. Ingat lagi tak? Kesian betul tengok kekucing tu walaupun aku nih! bukan tuan sebenar mereka. Tapi naluri kemanusian dan keibuan aku tetap menebal. eh! cewwahhh.. perasan sendiri la pulokk...My kids lagilah all of them suka sangat kucing depa wat kekucing tu macam baby expecially Aryssa. Alhamdulillah sekarang kekucing tu dah sembuh.

Tak percaya tengok nih! 
Hi! I'm Midnite..apalah pompuan ni buat ni asyik dok kata tengok sini.. tengok sini (agaknya itulah yg dia cakap if dia boleh berkata-kata ngeh!ngeh!ngeh!)
Memang cool giler...dia nih! senang jer...aku nak amik photo dia. tapi dia tak gheti bila aku suh dia pandang camera. Memanglah diakan kucing muuuahhaaaaa...

Mata dia yang sakit dulu sebelah jer... byk taik dan berair. Sekarang dah sembuh dah bersih pun mata dia. Actually aku guna jer...dua-dua ubat mata aku tu, yg oitment dgn titik. Cos bila aku guna oitment jer... takde perubahan sangat bila aku guna sekali dengan yang titik barulah nampak kesan positifnya.

Kitiki kucing ku yang bukan kucing ku ni yang paling worst masa tu. Kedua belah mata dia sakit, but now dah sembuh, dah bersih no more taik mata & air mata.
 

Ermmm...sempat pulak dia jejilat bulu dia, penat Vet Aryssa arahkan dia show your eyes Kitiki
Susah sikit nak amik gegambar kucingku yang bukan kucing ku ni, menggeletis tak duk diam tak cool macam Midnite.

Comel mata dia yang sakit masa tu sebelah jer... selalu jer...dia tutup sebelah mata dia macam Jack Sparrow la pulak. Sekarang tadaa... dah pulih, dah bersih dari taik-taik mata dia.






Apalah manusia ni buat asyik cakap tengok sini, tengok sini hoi! cepatlah aku nak makan ayam goreng ni cepatlar...lepas ni nak upah ayam goreng tau! (kekata Tam dalam hati ngeh!ngeh!ngeh!)

Yahoooo! dapat pun ayam goreng letak banyak-banyak tau nasi, we all dah ler..4 ekor. Ayam kasi lebih
Tam & Comel tak sabar nak makan. Tam mata dia tak sakit maybe antibodi dia kuat.

Alhamdullillah syukur padaNya.

You Might Also Like

0 comments

Top Commenters

Shout Me