Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Makan Sate Di Restoren Satay Kajang Hj Samuri.
Sempena cuti umum Maulidur Rasul last Tuesday Mr. A terlajak rajin bawa we all jalan-jalan tengok movie dan makan sate di Restoren Sate Kajang Hj Samuri. Tempat favorite Mr. A nak tengok movie tak lain tak bukan semestinyalah di TGV cinemas KLCC. Ntah apalah yang dia suka sangat ke KLCC ni pun Mrs. A tak tahu. Haishh... tak kisahlah mana-mana pun yang penting family bonding time di situ.
Makan sate di Restoren Sate Kajang Hj Samuri ni actually takde dalam plan pun plan asalnya nak tengok movie dan makan-makan di KLCC jer... ntah macam mana habis tengok wayang Mr. A dapat idea nak makan sate la pulok!...
|
Makan Sate Di Restoren Sate Kajang Hj Samuri |
Ohh! ya sebelum tu nak tahu tak movie apa we all tengok? Movie ini adalah movie yang netizen minta pakat-pakat boikot jangan tengok tu. Memang pun asalnya Mr. A and Mrs. A tak nak tengok sebab nak boikot. Tapi tulah Adik yang beria-ria nak tengok yang babah dan ibu pulak layan hurmmm berhuhuhuu betullah mak/pak ko nih Adik oiii.. Along dan Aryssa follow jer mana-mana pun boleh. Lagi satu sebab kenapa we all layankan Adik showtime untuk lain-lain movie tak bersesuaian dengan time yang we all nak tengok.
Dipendekkan cerita movie tu we all tengoklah jugak. Pendapat peribadi Mrs. A setelah menontonnya ada benarnya apa yang sesetengah netizen viralkan itu. Memang pun movie tu sedikit-sebanyak menggambarkan islam itu sebagai terrorist dan kejam. So memang patut boikot pun. Okay tak perlu kot mention tajuk movie tu mana yang faham-fahamlah bak kata Ustaz Kazim.
Okay, back on track kisah makan sate di Restoren Sate Kajang Hj Samuri setelah habis movie lebih kurang dalam pukul 5.30 petang cenggitu we all pun terus menuju ke Kajang. Tadi tu we all tak makan pun kat KLCC sebab masih kenyang, pagi tu masing-masing heavy breakfast kat rumah. Bila tanya nak makan apa masing-masing diam jer... itu yang babahnya decided terus tengok movie lepas tu baru makan.
Seriously Mrs. A terkejut beruk bila sampai kat Restoren Sate Kajang Hj Samuri tu 360 darjah dah berubah. Ialah giler lama Mrs. A tak sampai sini dah 16 tahun kot hahahhaaa... dulu rajin makan sate kat Kajang ni time bercinta. Dah kahwin dah beranak tiga la... ni, baru jejak balik. Hah! haiiii... kesian ko Mrs. A hoi!!
Konsep order kat sini adalah layan diri. Ko pergi kaunter orderlah apa yang patut giteww...
|
Mr. A yang pi order tetiba dia kembali ke meja dengan membawa sedulang ini ngeh! ngeh! ngeh! |
|
Sate sampai kemudian abangla yang hantar |
|
Banyak nau-nau Mr. A order all together 50 cucuk. sate daging, sate ayam and sate perut |
|
Tak habis tak pe boleh tapau bawa pulang |
Restoren Sate Kajang Hj Samuri ni ada 2 tingkat tapi Mrs. A tak naik pun yang tingkat atas tu. apa yang ada kat atas pun tak tahu mungkin sama je kot macam yang di bawah ni.
|
Kat tepi tangga dan bawah tangga tu tergantung basikal dan barangan antik hurm... menarik dan kreatif. |
|
Wefie seketul bersama Aryssa. Kat sebelah tempat duduk we all ni |
|
ada benda ni 'Lanca' kot nama dia adoiii! kena bukak buku sejarah balik ni. Sebelah Lanca ni ada meriam tapi tak snap pun takut meletop!!! hokeh! tipu |
|
Kat dalam kawasan restoren ni area car-park ada jugak gerai-gerai menjual barang-barangan, ada beg, ada kasut, ada jeruk eh! ada macam-macam lagi |
|
Aksi lompat Adik yang tak berapa nak menjadi.
Kat sebelah kawasan restoren ni ada jugak taman permainan kanak-kanak. Mak/pak yang ada anak-anak kecil boleh arrr... take turn layan anak kat sini sambil yang lain tu makan dulu |
|
Kasi chance mak kau #ootd seketul dik oiii!!!
Kat belakang Mrs. A tu stesen MRT Kajang. Rasanya lagi senang kalau datang ke Restoren Sate Kajang Hj Samuri ni naik MRT jer... |
Hurmm... camne rasa sate Kajang Hj Samuri di Restoren Sate Kajang Hj Samuri sendiri sama tak kualitinya di branch Senawang? Hahaahaaa.... soalan kemahen!!! Alhamdulillah pendapat peribadi Mrs. A sama aje rasa sate tu. Bak kata Adik sate dia lembut senang nak tarik keluar dari lidi. Kuah kacang dia Mrs. A suka expecially kalau dicampurkan dengan sambal tu. Sambal tu agak pedas tapi pedas-pedas sedap. Cuma yang lainnya feeling makan kat restoren ini lebih wow! sebab pertama kali makan sini setelah ianya bertukar wajah.
Okay itu sahaja nak share kisah Makan Sate Di Restoren Sate Kajang Hj Samuri
dah make-over..lama jg tk makan sate di situ..mana2 abangla yg tukang layan..hihi..
BalasPadamLama sgt tu xdtg..hehe..sure dh bertukar byk ..skarang dh byk francise tp xsama yg main kt kajang ni..suka kuah die..dlu2 femes kn..skarang ni dh pelbagai sate org jual
BalasPadamNostalgia sungguh. Lama sudah tak makan kat sini. dulu time kekecik je salu pergi. rindu nak pergi lagi
BalasPadamkesedapan sate tu terletak pada kuahnya.
BalasPadamdah lama teringin jg nk mkn kt sini nak2 lps ada MRT...tp smpi ke sudah x dtg2 jg sbb dkt rumah pun ada jg cawangan sate ni... banyak jg tu 50 cucuk. kenyang... btw hirisan bawang kita request ke?
BalasPadamAda bawang kat kaunter tapi we all tak amik pun.
PadamSamalah kita Mrs A, lama tak pekena Sate Kajang Hj Samuri.. Last LZ makan kat restoren cawangan Uptown Damansara, ntah ada lagi ker idak tak dapat dipastikan. Nak pi Kajang sana memang tak dapek laa sebab Mr Hubby akan kata jauh! Hampa...
BalasPadamselalu klu pi sate hj samuri, kami pi yg kt tmn melati je...
BalasPadambanyak tu 50cucuk... mmg kekenyangan betul klu blh abis...sate nya bsr2 jgk kn
Fuh, rindunya nak makan Sate Kajang, dah lama tak makan
BalasPadamPernah juga singgah yang kat r n r Dengkil tu.
BalasPadamSama ke?
sedapnya kalau dpt sate skrg.
BalasPadamkuah dia memang sedap. kalau raya Haida siap beli kuah dia. teringin la nk makan dekat kedai tu sebab tak pernah pergi lagi.
BalasPadamLama dah tak datang sini.. last datang nak sate arnab tapi tak de haha
BalasPadamTeman last pegi makan satay kat sini masa test MRT dari Sungai Buluh ke Kajang... Berjanggut menunggunya untuk sampai ke Kajang... Nasib baik sempat makan satay...
BalasPadamDah lama tak makan sate Hj Samuri. Beli sate pun dah lama juga tidak. Tapi adalah makan yang anak beli dari warung sate kat Kg Pandan. Sedap juga... :)
BalasPadamTetiba pulak teringin nak makan sate Kajang mlm mlm ni. Haih....
BalasPadamBukan main lagi ye dr KLCC terus ke Kajang. Tak jem ke? Kalau kitaorang dengan jumlah manusia, 50 cucuk tu sedang sedang MA just nice gitu haha...
Dah lama tak ke sini, memang dah berubah :)
BalasPadamfav! setiap kali ke kajang mesti ambik peluang singgah situ untuk makan satay. then lepas makan satay akan ke padang pulak tengok budak2 main. hehe
BalasPadamSate kajang dah berwajah baru sekarang ni kan. Ana suka juga makan sate kajang hj samuri ni. Plg best sebab cepat.
BalasPadamWah sedapnya ninfeveret kitaorg anak beranak
BalasPadamSebelum penutupan nya Cawangan Satay Kajang Hj Samuri di tempat saya ( hanya km plus dari rumah) ia menjadi penyelamat bila mana tiba tiba ada gerombolan serbu kerumah.
BalasPadamJM suka Willy Satay
BalasPadamlamanyaa tak singgah sini... kalau ke KL ke tempat lain bila balik utara lupa semuanya
BalasPadamserious lama dah tak makan satay kajang! Paling last 20018 kot?? Zaman study haha
BalasPadamMyra | The Grey Lines Between