Kejohanan Silat Terbuka Rembau 2016 - MRS.A my blog my stori MRS.A my blog my stori: Kejohanan Silat Terbuka Rembau 2016

11 November 2016

Kejohanan Silat Terbuka Rembau 2016

As Salam and greetings to dear readers.

Kejohanan Silat Terbuka Rembau 2016 tak tahulah macam mana mula asalnya Adik dan Imran cousinnya boleh terjebak dengan event ini. Mrs. A fikirkan kejohanan itu biasa-biasa sahaja tapi bila sampai ke sana di hari kejadian terkejut dibuatnya. Adik!!! ko takde pengalaman macam manalah ko bersilat nih! dik hoi!

Banner - Kejohanan Silat Terbuka Rembau 28 - 30 Oktober 2016
Tempat kejohanan adalah di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Chembong, NSDK

Pagi-pagi sampai haruslah warming-up dulu
Team Mega Cemandee

Sejujurnya Mrs. A tak amik port sangat pun pasal Adik dan silatnya tu. Suatu hari tu tak ingatlah tarikh sebenarnya sebulan dua yang lalu. Katanya ibu... cikgu cakap dia nak buat pemilihan untuk masuk pertandingan silat. Siapa terpilih akan jadi wakil kelab silat tu, kelab luar cikgu ahli kelab tu. Setelah sesi pemilihan selesai adik dengan happy bagitau dia dan Imran terpilih. So Mrs. A sekeluarga layankan ajelah lagipun tengok dia very looking forward to this event. (tapi di hari kejadian bila tengok mereka berlawan serius touching).

Walaupun Adik tak menang apa-apa pingat tapi game Adik yang pertama dia menang.
Konon nak snap time juri angkatkan tangan siapa yang menang. Unfortunately tak sempat la pulak.
Pemenangnya adalah !!! dari...sudut biruuuuu..... yeaa... Adik menanglah
Manakala cousin dia Imran sampai ke peringkat suku akhir (3 games), Semua games Imran penuh debar dan sangat menarik terjerit-jerit family Mrs. A dan suku-sakat lain yang turut datang beramai-ramai untuk support.

Imran dari sudut merah sedang bersedia untuk berlawan
Imran (sudut merah) sewaktu berlawan dalam salah satu games yang dimenanginya
Actually Mrs. A pun tidak tahu secara details berkenaan Kejohanan Silat Terbuka Rembau ini, tapi dari FB pages mereka ianya dianjurkan oleh kelab silat Seni Gayong Fatani, Chembong dengan kerjasama KBS dan Kerajaan Negeri.

Kategori yang dipertandingakan adalah mengikut berat badan dan peringkat umur:-

(i)  Pra Kanak-kanak - umur 4 hingga 6 tahun
(ii) Kanak-kanak - umur 7 hingga 9 tahun
(iii) Pra Remaja - umur 10 hingga 12 tahun
(iv) Remaja - umur 13 hingga 15 tahun
(v) SUKMA - umur 16 hingga 19 tahun dan
(vi) Dewasa - 20 tahun ke atas

Kejohanan Silat Terbuka Rembau ini memang meriah penyertaannya ada juga peserta jemputan dari luar negara iaitu dari negara Uzbekistan dan juga Singapura.

Hadiah adalah berbentuk wang tunai iaitu RM500 untuk juara, RM300 untuk naib juara dan RM200 untuk tempat ketiga.

Okay jom kita layan gambar lagi.




Berdoa dahulu sebelum bertanding. Sempat pulak Mr. A ni membeli T-shirt silat tu.
Hurmm... unfortunately tiada untuk Mrs. A 
Tu dia kategori Pra-Remaja. Dua orang ahli kelab Cemandee, tiga orang SKKGV 
Eh! ini peserta kategori apa nih!? Hahhhaaa ini Kaklong biras Mrs. A iaitu Mama Imran 
Ait...!? sempat ko tukar baju Mrs. A. Hurmm... takde makna tukar baju, ini adalah hari pertama 
Buat Adik dan Imran kalah menang adat pertandingan Ibu dan Mama tetap support dan bangga dengan you both. Tak teruk sangatlah ada jugak games yang menang kansss. Cuma belum ada rezeki untuk bergelar juara dengan pingat emas. Lagipun ini kali pertama masuk pertandingan masih belum ada experience takpe nanti kita cuba lagi dan cuba lagi ya... In Sha Allah.

Pendapat Mrs. A tentang Kejohanan Silat Terbuka Rembau 2016 dari segi penyertaan memang sangat menggalakkan. 

Tetapi dari segi penganjuran terdapat beberapa kelemahan yang wajib diperbaiki pada masa akan datang untuk kejohanan besar macam ini. Di antara kelemahan tersebut adalah:-

(1) Penganjur sepatutnya dah boleh agak hari pertama kejohanan berapa sahaja kategori yang mampu mereka jalankan. Ini berdasarkan gelanggang yang hanya ada 6 berbanding dengan peserta yang ramai (lebih kurang 600 peserta)

(2) Jadual perlawanan tidak sepatutnya dibuat secara manual. Setiap Pengurus pasukan masing-masing perlu ke meja urusetia untuk mengetahui jadual dan ambil gambar jadual perlawanan dari semasa ke semasa dan WhatsApp kepada ibubapa peserta pasukan mereka.

(3) Pada hari pertama kejohanan kategori Pra-remaja dan Kanak-kanak memang langsung tidak dijalankan kerana perlawanan untuk kategori lain-lain berlarutan sampai ke tengah malam. 

(4) Pengumuman berkenaan tiada perlawanan untuk kategori Pra-remaja dan Kanak-kanak sepatutnya dibuat awal-awal lagi. Maka tidak perlulah kami tertunggu-tunggu hingga ke petang anak-anak ada yang dah tertidur-tidur dan keletihan.

Okay itu sahaja nak share kisah suka duka di Kejohanan Silat Terbuka Rembau 2016. Majulah sukan silat untuk negara.


8 ulasan:

  1. apa2 pun tahniahhh... mgkin x de rezeki thn ni...thn dpn siapa tau kan?? keep it up!!!

    BalasPadam
  2. Uihh silat. watchaaaa. eh tu kungfu hahaha

    BalasPadam
  3. Thniah adik :) suka bju flip pink mrs a :)

    BalasPadam
  4. wah, 600 peserta? ramai tu

    saya kalau org bersilat berdebar, gerun je...

    bertabahlah mak bapak tunggu sampai malam

    BalasPadam
  5. Sangat setuju dgn cadangan pembaharuan tu awk. lg2 pasal jadual tu. yelah sekarang ni teknologi semua ada dah utk memudahkan lg tugas dan urusan kita

    BalasPadam
  6. lama x tgk pertandingan silat
    dulu masa zaman skolah suka juga tgk :)

    BalasPadam
  7. wow.. teringat dulu zaman join silat cekak

    BalasPadam

MRS.A my blog my stori ©