As Salam and greetings to dear readers.
Yesterday 23112016 adalah 'Graduation Days' Tahun 6 di sekolah Aryssa. Amboi! anak-anak sekarang baru tahun 6 dah merasa pakai topi empat segi dan berjubah bagai. Bukan setakat itu sahaja semalam murid-murid tahun 6 diberi kelonggaran untuk tidak memakai seragam sekolah. Bak kata guru kelas Aryssa biarlah mereka hari ini hari mereka katanya.
Walaupun ibu bapa tidak dijemput hadir tetapi cukuplah gambar yang berbicara.
Berbaris menunggu giliran untuk naik ke pentas |
Aryssa sedang ambil sijil. Mujur Sir sempat snap |
Apa keputusan UPSR Aryssa? Alhamdulillah Mrs. A terima seadanya jadilah ada juga A walaupun tak seperti yang Aryssa target hurmm... Keputusan keseluruhan memuaskan adanya. Sewaktu mula-mula Aryssa dapat resultnya tu dia macam nak nangis pun ada. Mrs. A kata kat dia dah tak perlu nak nangis dah usaha awak setakat itu kan..kan..kan...?! Terima aje. Masih ada PT 3, nanti buat lebih baik lagi. Hurmmm... ialah ibu jawabnya.
Ini gambar beramai bersama-sama guru kelas Aryssa nun terselit kat belakang sekali Sir Nasrul |
Sesungguhnya zaman persekolahan itu adalah memori yang sangat indah untuk dikenang. Semoga anak-anak semua akan berjaya di dunia dan juga di akhirat kelak. Terima kasih yang tak terhingga buat guru-guru di SKKGV terutamanya Sir Nasrul teruskan usaha anda dalam mendidik anak-anak penyambung masa depan.
Sekian, secebis kisah 'Graduation Day' Tahun 6.
Alhamdulillah...
BalasPadamseronokkan...skrg tahun 6 pun dah ada graduasi..
zaman nieyl dlu xde pun...:)
wow tahun 6 pun da ada graduasi!!! tbaik la, ZAMAN UNNI pun xda :(
BalasPadamSeronok dan beruntung anak anak sekarang. Kecik kecik dah ada graduasi :)
BalasPadamalhamdulillah dah abis tahun 6.. result tu boleh perbaiki utk pt3 nnti yer.. yg penting result spm tu.. :)
BalasPadamMai first time graduate form 5, hahaha.. Adik mai pun bermuram durja je haritu tak capai target dia, mmg menurun pun upsr thun ni, daripada 45 org straight A 2015 dah jadi 9 orang je straight A tahun ni utk sekolah diorang tu...
BalasPadamTahniah Arissa walaupun x dpt straight A byk lagi masa Jauh lg perjalanan..u do the best
BalasPadamzaman saya sekolah dulu, takde jubah-jubah bagai ni.
BalasPadamzaman universiti baru ada. barulah best!!
wahhhh syok nyer jd bebudak sekarang siap ada jubah grad gituuuu.... tahniah aryssa!!
BalasPadamTrend sekarang ade graduation ceremony.. My graduation ceremony was during degree je. Earlier than that x pernah lagi merasa any graduation event ;)
BalasPadambdk2 skrg best hbis drjah 6 habis spm ada graduasi. tahniah juga ada A semoga tak patah semangat
BalasPadamtahniah. muda umda dah ade majlis graduasi
BalasPadam